Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, February 4, 2017

PAS BERPIJAK DI BUMI NYATA

Presiden PAS disambut dengan tarian Singa.
KUALA TERENGGANU: PAS berpijak di bumi nyata untuk target menang 40 Parlimen dan merampas kembali negeri Terengganu dalam pilihan raya umum ke 14 (PRU14) nanti kerana parti itu mempunyai lebih 190 kawasan dan cawangan di seluruh negara.

  Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, justeru itu PAS tidak bermimpi di siang hari untuk berusaha memenangi jumlah kerusi tersebut kerana parti itu mempunyai cawangan di seluruh negara manakala DAP dan PAN tidak sedemikian.

  "Kita (PAS) berpijak di bumi nyata, kita tidak bermimpi kerana kita mempunyai lebih dari 190 kawasan dan cawangan di seluruh negara, tidak seperti DAP dan PAN," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina (Lunar) di Perkarangan Pejabat Penyelaras PAS Kawasan Kuala Terengganu, di Jalan Banggol di sini 2 Februari lalu.

  Beliau mengulas dakwaan PAN kononnya, PAS bermimpi di siang hari untuk dapatkan 40 kerusi parlimen mempertahankan Selangor dan Kelantan serta merampas kembali Terengganu dari tangan Barisan Nasional (BoN) tanpa DAP dan PAN.

  Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi sambil menyindir kenyataan tersebut berkata jika tidur lena tanpa ada masalah sesiapa pun boleh bermimpi di siang atau malam hari.

  "Kita boleh bermimpi di siang hari atau malam hari kalau kita tidur dengan baik, yang pentingnya kita tidur dengan baik, jangan tidur dalam keadaan susah dan rungsing," ujarnya.

  Beliau menegaskan parti pembangkang lain termasuk DAP dan PAN bergerak di atas angin kerana parti-parti berkenaan tidak mempunyai kawasan dan cawangan seperti PAS.

  Sementara itu kira-kira 300 kaum Tionghua di sini diraikan oleh Presiden PAS dan beliau menyampaikan sendiri angpau kepada mereka di majlis tersebut.

  Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat, ADUN Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah, Pengarah Penerangan PAS Pusat, Haji Amzad Hashim, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bandar, Ustaz Ahmad Shah, Setiauasaha PAS kawasan itu, Ustaz Mohd. Soud Said dan beberapa pimpinan PAS kawasan itu yang lain.

  Haji Hanafiah dan Ustaz Wan Shukairi turut berucap di majlis berkenaan.

  Terdahulu dari itu Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata, PAS akan berusaha mendapatkan 40 kerusi parlimen, mengekalkan kemenangan di Kelantan dan Selangor, menawan semula negeri Terengganu dari tangan BN.

  PAS mahu melihat penguasaan ahli parlimen Muslim lebih ramai berbanding dengan bukan Islam, di Dewan Rakyat khususnya.

  Katanya, sebelum ini penguasaan ahli dewan rakyat di Parlimen tidak mengikut demografi penduduk di Malaysia.

  "Siapa yang salah dalam masalah ini? Umno dahulu yang bersalah bukan Umno sekarang," tegasnya ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan itu di Kuala Ibai di sini, 31 Januari lalu.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising