Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, February 4, 2017

PAS akan isytihar calon Parlimen Kuala Terengganu lebih awal

Ustaz Saiful Bahari berucap di Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU: PAS negeri Terengganu, akan isytiharkan calon bagi Parlimen Kuala Terengganu, lebih awal sekaligus peristiwa ahli parlimen berpaling tadah, tidak akan berulang lagi.

  Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Haji Saiful Bahari Mamat berkata, jika pucuk pimpinan parti bersetuju PAS negeri itu akan mengisytiharkan calon pilihanraya umum ke 14 (PRU14) lebih awal dari biasa bagi menghadapi pilihanraya itu dijangka akan diisytiharkan tidak lama lagi.

  "PAS Terengganu akan isytiharkan nama calon pilihanraya peringkat parlimen Kuala Terengganu, lebih awal jika pucuk pimpinan parti bersetuju dan kita akan pastikan tidak berlaku lagi, ahli parlimen belot dan bawa lari kerusi PAS," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS kawasan itu di Kuala Ibai di sini, malam 31 Januari lalu.

  Majlis itu dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Turut hadir Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat, Dato' Haji Wan Abdul Muttalib Embong.
  Kira-kira 1,000 petugas dari seluruh kawasan tersebut hadir di majlis berkenaan.

  Ustaz Haji Saiful Bahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, dalam pilihan raya Umum Ke 13 (PRU13) yang lalu, strategi PAS meletakkan calon di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi adalah satu tindakan yang betul.

  Katanya, walaupun PAS kalah di tangan calon Barisan Nasional (BN) di DUN tersebut tetapi berjaya memenangkan calon PAS di Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd. Ramli dengan majoriti 3,942 undi.

  Ustaz Wan Hassan memperolehi undi sebanyak 35,348 manakala calon BN, Rosli Mat Hassan, memperolehi 31,406 undi. Sementara calon bebas, Mazlan Harun mendapat 384 undi.

  Begitu juga di DUN Seberang Takir, walaupun PAS tidak menang di DUN berkenaan tetapi parti itu berjaya memenangi Kawasan Parlimen Kuala Nerus.

  "Ertinya, keberadaan calon PAS di DUN Seberang Takir memberi sumbangan sedikit sebanyak kepada kemenangan PAS di peringkat Parlimen Kuala Nerus," ujarnya.

  Calon PAS kawasan itu, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menang majoriti undi sebanyak 610 mengalahkan calon BN, Dato' Mohd. Nasir Ibrahim Fikri sebagai penyandang ahli parlimen kawasan tersebut.

  Dato' Dr. Mohd. Khairuddin mendapat 33,861 undi manakala Dato' Mohd. Nasir mendapat 33,251 undi.

  PAS juga katanya, berjaya menang di Unit Peti Undi (UPU) Felda Kerteh 1, dalam Kawasan DUN Kemasik Kemaman.
  "UPU Kerteh 1 adalah satu-satunya UPU di kawasan Felda yang dimenangi oleh PAS di seluruh negara, yang lain semuanya kalah," jelasnya.

  Ini kerana katanya, peneroka Felda disifatkan sebagai "tali hayat" Umno untuk memberi kemenangan kepada BN dalam sesuatu pilihan raya.

  "Kemenangan itu satu catatan sejarah dan satu rekod PAS kerana kita tak pernah pun menang sebelum ini di kawasan Felda," jelas beliau.

  Bagaimanapun ada sedikit perubahan di kawasan Felda tersebut, apabila buat pertama kali dalam pilihan raya, PAS menang di satu UPU Felda dalam PRU berkenaan.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising