Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, March 6, 2015

Kewajipan ahli pertahan prinsip perjuangan PAS

Kepimpinan PAS di Muktamar Tahunan parti itu
tidak lama dulu- Gambar hiasan.

Memang telah menjadi wacana PAS dan Tema Muktamar Tahunannya tahun lepas ‘Terus Beristiqamah’ kerana ia penting untuk kesinambungan perjuangan dan fokus kepada agenda membentuk keyakinan rakyat kepada PAS sebagai wadah politik Islam yang kosisten dengan dasar perjuangannya.

Allah berfirman dalam al-Quranul Karim yang bermaksud, “Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan..” (Surah Hud: 112)

Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT memerintahkan rasul-Nya Muhammad s.a.w. dan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya terus kekal dan teguh beristiqamah (tetap pendirian, tidak berganjak) di atas jalan Islam dan prinsip perjuangannya.

Ia adalah satu perkara yang besar mendorong pertolongan Allah ke atas musuh-musuh-Nya dan berbezanya mereka dengan musuh mereka, menghindarkan diri dari sifat melampau (sifat buruk).
Istiqamah adalah benteng mmempertahankan diri untuk berhadapan dengan golongan musyrik agar tidak terungkai keteguhan iman dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Sesungguhnya ketahuilah bahawa Allah SWT itu Maha Melihat perilaku hamb-hamba-Nya zahir dan batin, Dia tidak pernah lalai atas tindakan yang dilakukan.

PAS mempunyai ciri-ciri perjuangan yang berbeza dengan parti-parti lain sama ada yang sudah menjadi kerajaan atau masih menjadi pembangkang. PAS mempunyai sejarah perjuangannya tersendiri dan ia parti yang menepati gerakan Islam setanding dengan gerakan Islam yang lain di seluruh dunia termasuk Ikhwanul Muslimin Mesir, Jama’atil Islami Pakistan dan lain-lain.

Ahli-ahli dan pemimpin PAS mestilah terus berjuang dan kekal dengan ciri-ciri PAS di mana sahaja mereka berada dan bersama siapa sahaja mereka bekerjasama dan bertahalluf.

Prinsipnya tidak boleh sama sekali dikorbankan demi kepentingan politik bersifat sementara.
Kepimpinan ulama menjadi kepimpinan asas kepada PAS dengan kewujudan Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulamanya berperanan memantau segala perjalanan parti supaya selari dengan prinsip-prinsip Islam yang diperjuangkan.

Menjelang muktamar tahunan akan datang, semua ahli PAS mesti sedar di mana matlamat dan asas perjuangan mereka mahu diletakkan sama ada untuk menawan Putrajaya atau matlamat mereka ialah Allah SWT.

Putrajaya adalah satu matlamat sementara yang tidak tahu bila boleh dicapai tetapi matlamat mengabdikan diri kepada Allah adalah sebenar-benarnya matlamat yang boleh dicapai pada bila-bila masa sahaja dan inilah matlamat yang sebenar dalam perjuangan PAS.

Dan inilah juga kemenangan besar yang dicapai oleh ahli-ahli PAS apabila berjaya mencapai matlamat ini.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.” (Surah al-Bayyinah: 4-5)

Ahli PAS boleh berkawan dengan rakan-rakan politik dari parti lain yang ada perjanjiian tahalluf dengan PAS tetapi tidak boleh menggadai prinsip dan perjuangan kerana ingin bertolak ansur dengan sebab-sebab politik.

Bagaimanapun diakui PAS tidak boleh memaksa parti-parti lain menerima dasar dan perjuangan PAS, sebagaimana parti-parti lain tidak boleh memaksa PAS dan ahlinya menerima keputusan atau dasar yang bercanggah dengan dasar parti mereka.

Jika ada di kalangan ahli mengatakan PAS boleh menggadai prinsipnya untuk menerima kerjasama dengan parti-parti lain ia adalah satu tindakan yang salah dan bercanggah dengan dasar perjuangan PAS.

Selagi ahli dan kepimpinannya menjaga prinsip perjuangan parti selagi itu PAS akan dihormati kawan dan lawan, ia dilihat kosisten dalam politik, ia dilihat relevan sepanjang zaman kerana Islam itu relevan sepanjang zaman.

Salah faham terhadap Islam perlu diperjelaskan bukan sahaja kepada ahli-ahli parti tetapi ia perlu diperjelaskan kepada ahli-ahli parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana Islam itu untuk semua sama ada untuk orang Islam dan untuk orang bukan Islam.

Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain untuk berpegang dengan agama masing-masing tetapi Islam seharusnya diberi peluang untuk menyampaikan apa-apa prinsip dan pegangan kepada mereka dengan bebas dalam mana-mana forum yang sesuai.

Ini adalah tugas dakwah Islam kepada orang bukan Islam supaya orang bukan Islam mengetahui kebaikan yang ada pada Islam dalam semua aspek termasuk, aqidahnya, ibadahnya, syariat dan akhlaknya.

Termasuk juga dalam soal yang lebih khusus, politik dan ekonominya supaya mereka dapat menilai bagaimana Islam telah berjaya menangani masalah kehidupan manusia secara keseluruhannya dengan berjaya di zaman kegemilangan Islam termasuk di zaman Rasulullah s.a.w. dan selepasnya.
Ini bererti sejarah ketamaddunan Islam juga perlu didedahkan kepada umum supaya orang bukan Islam dapat menilai kegemilangannnya dan kesesuainnya untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan di sepanjang zaman.

Tinggal lagi ahli-ahli PAS hendaklah lebih bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar di masa hadapan apabila rakan dan lawan melihat ia mempunyai kelebihan dalam banyak segi berbanding dengan parti-parti lain di Malaysia sama ada dari kalangan PR dan BN sendiri.

Ini kerana masa depan umat ini adalah di tangan Islam, semua isme dan ajaran lain sudah lama gagal menangani krisis manusia dalam semua aspek.

Manusia itu dicipta oleh Allah SWT, maka Allahlah yang mengetahui cara dan peraturan yang mana sesuai untuk mengatasi segala permasalahan manusia sejagat.

Allah berfirman yang bermaksud, “Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).” (Surah al-Jathiyah: 18)

Dengan keteguhan berpegang dengan prinsip ini, PAS menjadi sebuah parti yang tidak akan goyang bila dipukul ombak dan badai. Dia terus mengharungi gelombang politik tanah air dengan gagah dan berani tanpa takut dan gentar kepada sesiapa melainkan kepada Allah SWT.

Dia menunaikan janji menjadi sebuah parti dakwah dan politik sekaligus menyelesaikan kemelut kehidupan rakyat dengan Islam sambil sentiasa menyampaikan peringatan kepada mereka bahawa dunia ini ada penguasanya iaitu Allah maka mereka semua perlu kembali kepada Allah dalam menyelesaikan urusan kehidupan mereka.

Tidak ada jalan lain boleh dipilih untuk penyelesaian masalah rasuah, kemelesetan ekonomi, jenayah, kerosakan akhlak melainkan kembali kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh penguasa alam ini iaitulah Allah SWT.

PAS meletakkan hala tuju perjuangan yang betul maka jangan ada di kalangan ahli merubah hala tuju yang ditetapkan oleh PAS.

Allah berfirman dalam al-Quranul Karim yang bermaksud, “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-An’am: 153)

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising