Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, January 26, 2015

PASMA bawa masalah pada PAS

1. Saya tetap menyatakan setiap kumpulan serpihan yang dibentuk kerana apa-apa sebab sekalipun, ia tidak akan pergi jauh dan tidak akan bertahan lama. Begitulah juga akan berlaku kepada PASMA seperti Hamim, Berjasa dan seumpamanya yang ditubuhkan atas perasaan tidak puashati dengan kepimpinan PAS sebelum ini.

2. Al-Marhum Dato' Haji Harun Taib, bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat pernah mengumpamakan kumpulan atau persoalan seumpama ini seperti kemucut yang hinggap di seluar seseorang, Dia bawa masalah kepada perjuangan Islam sedikit sebanyak. Ia perlu dibuang untuk keselesaan perjuangan.

3. PASMA sekarang telah mencari populariti, bergambar dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Kuala Kedah kononnya mahu tunjuk tidak ada masalah kumpulan itu untuk bermesra dengan beliau.

4. Semacam ia disengajakan dan semacam ia diatur oleh pihak tertentu supaya terjadi demikian. Bagaimanapun tidak jadi masalah sesiapa pun untuk berjumpa dengan Presiden PAS. Tetapi biarlah agendanya bukan untuk ambil kesempatan untuk menabur fitnah dan memperlekehkan Presiden Parti.

5. PASMA dilahirkan atas cetusan tidak setuju dengan Presiden PAS dan dipercayai cuba merancang untuk menjatuhkan Presiden PAS sehingga beliau tidak lagi dicalonkan sebagai Presiden dalam pemilihan pucuk kepimpinan parti dalam Muktamar PAS Pusat tahun ini.

6. Sikap seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dalam perjuangan Islam, sikap menimbulkan masalah kepada parti dan cuba membawa agenda parti lain dalam PAS.

7. Apa yang dinyatakan Dato' Seri Presiden dalam program PAS Pusat di Kuala Kedah baru-baru ini amat tepat sekali agar kumpulan PASMA ini sedar kesilapan dan tindakan yang salah diambil mereka dalam percaturan politik dan perjuangan Islam di negara ini. 

Petikan dari ucapan beliau dalam program tersebut seperti berikut:-

"Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yg sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PasMa ni ibarat mereka yg menebok kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera UMNO.
Dalam bahtera PAS, ia menggabungkan pelbagai kepakaran, ada yang bahagian kejuruteraannya, ada bahagian enjinnya, ada bahagian kemudinya dan sebagainya. Inilah PAS yang tidak membezakan kepelbagaian penggerak penggeraknya. Justeru tidak timbul pertembungan antara ulamak dan professional kerana PAS terbuka menerima sesiapa sahaja, asalkan memperjuangkan Islam.
PAS meraikan kepelbagaian pandangan yang dibatasi dengan syarak. Di dalam perlembagaan PAS, meletakkan al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang undang tertinggi dalam menentukan sesuatu pendirian. Para ulamak yang pakar dan berkebolehan dalam merujuk kitab kitab ulamak terdahulu, serta kepakaran mereka dalam bidang syariat, dihimpunkan di dalam Majlis Syura Ulamak bagi memandu PAS agar tidak terbabas daripada sempadan syarak.
Kita bukanlah Rasulullah SAW yang mendapat wahyu secara langsung daripada Allah. Kita juga bukanlah Imam Syafie RA, yang pakar dalam segenap ilmu dan kefahaman yang mampu berijtihad. Akan tetapi, kita menggabungkan para ulamak yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman.
Contohnya PAS pernah bersidang bersama para ulamak sedunia, manakala wakil PAS yang hadir ketika itu ialah Tuan Guru Presiden, Almarhum Ustaz Harun Taib, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato Mustafa Ali. Iaitu berbincang tentang hubungan dengan Non Muslim, yang mana telah digariskan oleh Islam sebanyak 8 bentuk, antaranya tahaluf, hudnah dan sebagainya, selari dengan keperluan semasa dan penerimaan masyarakat.
Begitu juga pada 1960 dan 1961, ketika itu Dr Zulkifli Mohamad pernah mencadangkan agar mewujudkan keahlian bersekutu kepada non-muslim. Ketika itu masyarakat belum dapat menerima lantas beliau menerima ugutan, kenderaannya ditahan dan sebagainya kerana cetusan beliau ketika itu tidak dipersetujui oleh Tok tok Guru Pondok. Beliau mengambil pendekatan berundur daripada cetusan tersebut bagi meraikan penerimaan masyarakat semasa.
Begitu juga perbezaan antara Imam Haramain al Juwaini RA dan Imam Mawardi dalam beberapa permasalahan berkaitan non muslim. Imam Haramain menetapkan ijtihadnya berdasarkan realiti setempatnya ialah sekitar Mekah dan Madinah yang mana hampir kesemua penduduknya beragama Islam. Manakala Imam Mawardi yang tinggal di Iraq berhadapan dengan masyarakat majmuk.
Markas Air Kuning, Taiping
25.01.2015"


Link untuk butiran dipetik di bawah ini:- 

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising