Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, November 30, 2014

Kegagalan Islamifobia

1. Dunia sudah lama memerlukan Islam untuk mengatasi segala permasalahan yang semakin membarah tetapi Yahudi dan Amerika Syarikat (AS) merasa dengki terhadap Islam.

2. Semua jalan yang boleh memenangkan Islam mereka mahu tutup dan halang untuk dicapai.

3. Mereka mencipta fahaman-fahaman karut marut dan dihubungkan dengan Islam untuk menghalang  kehendak masyarakat untuk berharapkan Islam memerintah dunia semula.

4. Ploralisme, Idealisme, Lebralisme, Islam Progresif dan seumpamanya adalah fahaman ciptaan Yahudi dan AS bagi menghalang usaha-usaha kembalinya manusia hari ini kepada Islam di samping menyesatkan umat Islam itu sendiri dari jalan Islam yang sebenar.

5. Setiap hari Eropah dibanjiri oleh penganut Islam baharu, penganut Kristian dan agama lain tidak lagi percaya kepada agama mereka  selain Islam lalu AS mencari jalan baharu untuk menghalang minat penduduk benua itu dengan melancarkan dakyah Islamifobia.

6. Islam diperlihatkan dan dituduh ganas, ekstrime, jumud, kuno dan sebagainya tetapi setiap tuduhan itu semuanya ada jawapan dan umat Eropah mengetahui jawapan di sebalik tuduhan tersebut.

7. Tetapi semakin kuat serangan itu dibuat terhadap Islam semakin ramai ingin mengetahui apa itu Islam sebenar sehingga rancangan Islamifobia menemui kegagalan.

8. Sebenarnya tidak ada kejayaan menghadapi Islam. Sesiapa yang ingin berdepan dengan kemaraan manusia percaya kepada Islam, dia akan menemui kegagalan. 

Umno hapus kepentingan orang Melayu

1. Sejarah tidak boleh menipu. Umno pun tida boleh menipu sejarah. Sejarahnya ialah Umno gagal mempertahankan tanah rezab Melayu, gagal menaikkan martbat orang Melayu, hanya menjadi melukut di tepi gantang sahaja.

2. Orang Melayu terus merempat di bawah pemerintahan Umno/BN bukan kerana kelemahan orang Melayu sahaja tetapi Umno memperbodohkan orang Melayu dengan dendangan lagu lama tidak ada perubahan untuk kembalikan maruah orang Melayu di negara ini.

3. Umno sendiri adalah parti yang menjadikan orang Melayu bertongkat dengannya kerana didikan Umno sendiri. Umno memberi umpan kepada orang Melayu tidak diberi pancing dan tidak diajar bagaimana memancing dengan betul dengan segala pemantauan dan galakan sehingga orang Melayu tidak bergantung kepada Umno lagi.

4. Tetapi inilah apa yang Umno takutkan iaitu orang Melayu tidak lagi bergantung dengan Umno. Apabila orang Melayu tidak lagu bergantung kepada Umno maka  jawabnya Umno akan berkubur buat selama-lamanya.

5. Malangnya buat selama-lamanya Umno mahu orang Melayu bergantung dan bertaut dengannya atas nama pembangunan tetapi hakikatnya hanyalah untuk survival Umno dan pemimpin-pemimpinnya bukan untuk pembangunan sebenar.

6. Orang Melayu wajib bergantung kepada Allah SWT 100 peratus dengan meninggalkan Umno kerana jelas parti itu semakin menghakis kedudukan mereka dalam semua bidang di negara ini.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising