Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, November 16, 2014

Tumbangkan As-Sisi untuk bebaskan Masjidil Aqsa

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Ketika dunia Islam dilanda perancangan dan serangan Zionis Israel, Baitul Maqdis   masih di bawah penaklukan Yahudi.

Pimpinan Hamas dalam satu siaran TV Al-Jazeera Mubasher baru-baru ini menegaskan masalah Palestin dan Masjidil Aqsa yang juga dipanggil al-Quds adalah masalah umat Islam seluruhnya bukan masalah penduduk Palestin semata-mata.

Abdul Fattah As-Sisi
Al-Quds yang menjadi kiblat pertama umat Islam, tidak akan dibebaskan dari cengkaman Zionis Yahudi selagi umat Islam lemah tidak bermaya, tidak bangkit menjadi kuasa besar dunia menggantikan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya yang lain yang disokong dan didokong oleh Zionis Yahudi.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam berkata satu pertemuan bahawa umat Islam layak menjadi kuasa besar dunia kerana Islam itu sendiri berhak diberi kuasa memerintah dan kedudukan geografi umat Islam berada di tengah-tengah dunia dan pusat tumpuan dunia.

Umat Islam wajib kembali berpegang dengan Islam untuk berdepan dengan kuasa kuffar itu barulah Zionis Yahudi dapat dikalahkan.

Umat Islam perlu meninggalkan cara hidup Yahudi dan aqidah mereka yang sesat untuk mengembalikan semula Baitil Maqdis dan Palestin kepada mereka.

Untuk sampai ke bumi Palestin pihak berkuasa negara umat Islam di sekitarnya perlu lari dari cengkaman AS, mereka tidak perlu meminta bantuan dari kuasa besar dunia yang sudah hampir bengkrap itu kerana mereka semua mempunyai kemampuan sendiri dengan hasil bumi melimpah ruah, mereka boleh membina negara mereka dan bersama membebaskan bumi Plaestin dari cengkaman Yahudi.

Tetapi sayang, ada di kalangan mereka menjadi kerajaan boneka yang diperalatkan Yahudi seperti Mesir umpamanya. Melantik Abdul Fatah As-Sisi (Gambar) berketurunan Yahudi menjadi Presiden dengan satu rampasan kuasa berdarah  dan kejam yang tidak perlu diberi kemaafan oleh umat Islam di mana sahaja mereka berada.

As-Sisi mesti ditumbangkan segera dan bumi Palestin mesti dibebaskan  dengan aqidah dan jihad yang kental dari umat Islam. 

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising