Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, April 25, 2013

Anak syarikat Terengganu disaman gagal tunai janji

Anak syarikat kerajaan Terengganu disaman oleh sebuah syarikat Singapura. saksikan video  di bawah ini.

video

PAS kutuk insiden Nibong Tebal


Polis siasat insiden bom di Nibong Tebal
KUALA LUMPUR - Sidang Media Dato Mahfuz Omar telah mendedahkan 2 isu serius membabitkan penipuan menjelang pilihanraya umum 5 Mei ini. Isu pertama adalah berkenaan pergerakan luar biasa suatu rombongan pengundi yang tidak dikenali dan PAS mengutuk tindakan ganas letupan yang berlaku di bilik gerakan BN Nibong Tebal.


Antara intipati yang telah dikemukan Dato Mahfuz Omar di sidang media hari ini adalah seperti berikut:


1. PAS telah menerima laporan yang sedang dalam proses pengesahan, mengenai pergerakan luar biasa sekumpulan rombongan dipercayai pengundi-pengundi dari Sabah dan Sarawak yang akan memasuki Semenanjung bermula hari ini hingga 4hb Mei dengan menggunakan pesawat-pesawat yang disewa khas. 


Tujuan kenapa rombongan ini dibuat juga masih dalam siasatan kami. Kami juga sedang mengumpulkan maklumat terperinci berkaitan dengan jumlah sebenar rombongan–rombongan tersebut dan juga jadual perjalanan mereka. 


Dalam kesempatan ini, saya ingin memberi amaran kepada warganegara asing yang diberi kad pengenalan dengan
cara yang berlawanan dengan undang-undang dan kemudiannya didaftarkan sebagai pengundi supaya tidak mengundi daialam pilihanraya umum kali ini. Kami mahu supaya masa depan Malaysia ditentukan sendiri oleh rakyatnya.


2. PAS juga mengecam keras dan mengutuk tindakan ganas yang mengakibatkan letupan di Bilik Gerakan BN Nibomg Tebal dan juga kebakaran yang berpunca dari bom petrol yang dilempar ke Bilik gerakan BN di Sekinchan, Selangor. 


Kami percaya ini adalah suatu tindakan provokasi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab yang bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan rasa gelisah di kalangan pengundi menjelang pilihanraya umum kali ini. 


PAS juga mengutuk kenyataan yang dibuat oleh Pengerus BN Pulua Pinang, Teng Chang Yeow di dalam portal berita Free Malaysia Today yang mengaitkan Pakatan Rakyat dengan kejadian letupan di Nibong Tebal. 


Ini adalah suatu fitnah jahat yang berbaur hasutan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Fitnah yang dibuat Teng tersebut adalah jelas untuk memberi imej buruk kepada Pakatan Rakyat dan merupakan strategi publisiti murah untuk meraih undi kepada BN. 


Kami akan membuat laporan polis terhadap Teng supaya polis menyiasat kenyatan beliau tersebut. Kami juga memberi masa selama 48 jam kepada Teng untuk menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf kepada Pakatan dan seluruh rakyat Malaysia. 


Sekiranya beliau ingkar, saya akan berbincang dengan teman-teman pimpinan Pakatan Rakyat yang lain untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.

Pindah RM7 Billion: Jangka BN kalah?


KUALA LUMPUR 24 APRIL: Pemindahan RM7 bilion duit rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana menjangkakan BN akan kalah pada pilihan raya umum nanti, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Beliau yakin duit 1MDB yang dipindahkan ke ke akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai itu lebih daripada laporan yang dipetik daripada akhbar mingguan ekonomi.

“Tidak ada sebab lain kenapa duit 1MDB itu dipindahkan keluar. Apa yang jelas, pemindahan tersebut hanya untuk menyembunyikan daripada rakyat. Kita percaya Najib sudah tahu beliau akan kalah. Sebelum terlambat, lebih baik duit itu dipindahkan dahulu.

“Saya juga tak terkejut dengan angka ini, tapi yakin wang yang dipindahan itu lebih tinggi dari jumlah berkenaan kerana berdasarkan laporan Global Financial Integrity (GFI) terkini, angka sebenar (aliran wang haram) dalam lingkungan RM150 bilion,” kata Azan kepada Keadilan Daily.

Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal penuh Najib, 1MDB, memindahkan RM7 bilion dana ke akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai, Pulau Cayman, United Kingdom seperti dilaporkan akhbar The Edge.

Kata Azan, timbul persoalan kenapa akaun sulit pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana ia dilindungi undang-undang walaupun berunsur jenayah atau rasuah.

Beliau tidak menolak kegiatan itu dibuat secara terancang bagi mengelakkan perkara tersebut diketahui umum.

“Ini kegiatan terancang, dan ia sudah pun dibuktikan. Kenapa perlu dipindahkan kepada akaun luar pesisir yang dilindungi undang-undang, sedangkan banyak lagi bank dan syarikat kewangan yang boleh membawa keuntungan.

“Tidak hairan jika banyak lagi penyelewengan dilakukan Umno BN yang semakin ‘tenat’, dan situasi itu telah dirasai apabila mereka kini dilihat makin terdesak,” kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar itu lagi.

Sebelum ini, laporan antarabangsa turut mempersoal tokoh-tokoh yang rapat dengan BN seperti anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin serta ahli perniagaan yang dikaitkan dengan pemimpin Umno, Michael Chia apabila didapati mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai disyaki bersabit dengan urusniaga tidak betul.

http://www.keadilandaily.com/?p=50901

Double Standard: Rosmah tak bayar saman AES?





AES adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam PRU13. Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekirangan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Manifesto Barisan Nasional tidak menyentuh langsung mengenai AES. Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa.

Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri menerima atau tidak AES, saya telah menjalankan beberapa semakan:

1.      Mengenalpasti nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor (Gambar) sebagai isteri Perdana   
      Menteri
2.       Mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Datin Seri Rosmah Mansor
3.      Menyemak sama ada Datin Seri Rosmah Mansor membayar saman AES, bagi memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan AES yang dibawa oleh Barisan Nasional

Hasil semakan itu membuahkan perkara-perkara berikut:

1.      Nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor adalah 511210-05-5558. Identiti beliau itu disemak dengan daftar pengundi yang mengesahkan bahawa beliau mengundi di Pekan, seperti paparan skrin SPR yang berikut:

2.  Semakan dengan sistem JPJ di MyEG menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan beliau;

3.      Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak membayar 2 saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013, seperti paparan skrin yang berikut:

Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beriya-iya mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat.

Saya mengambil contoh saman AES tertunggak Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi gambaran bagaimana Barisan Nasional mengamalkan double standard dengan menyatakan pelbagai propaganda kepada rakyat biasa untuk mempertahankan dasarnya yang tidak popular, tetapi di belakang-belakang membiarkan keluarga terdekat mereka bebas dari dasar tidak popular yang menekan rakyat itu.

Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak menyatakan secara terbuka sama ada Barisan Nasional akan meneruskan pelaksanaan AES sekiranya masih menang dalam PRU13.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

24 APRIL 2013

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising