Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, August 19, 2013

Kebebasan dalam kemelut dunia kemanusiaan

Sinopsis

Kebebasan (dalam bahasa Arabnya bermakna al-Hurriyyah) menjadi hak milik kemanusiaan sejagat diperjuangkan oleh semua kelompok manusia di dunia sejak zaman berzaman sama ada ia ditafsirkan tepat atau penuh penyelewengan.

Saya ingin menulis tentang kebebasan ini, melihatkan kebebasan perlu ditafsirkan setepatnya dan memberi impak besar kepada kewujudannya di muka bumi ini.

Kemelut besar manusia ialah silap memberi tafsiran dan mengadaptasikannya ke dalam kehidupan mereka. Mereka kecundang menikmati kebebasan sebenar. Hasilnya, kehidupan disaluti dengan kegagalan, walaupun zahirnya dilihat berjaya dari segi material dan kuasa.

Kebebasan sebenarnya tidak melahirkan manusia hipokrit, manusia tiada pendirian, manusia pasif, manusia penindas, manusia syaitaniyyah atau haiwaniyyah (bersifat syaitan dan kebinatangan) tetapi kebebasan melahirkan manusia bijak menilai dan menggarap kehidupan, bebas dari sebarang unsur penyelewengan sejagat yang bertentangann dengan fitrah mereka yang suci bersih.

kebebasan menjadikan manusia menggunakan akal  mereka dengan betul, tidak condong atau cenderung kepada tujuan  penyelewengan dan pengaruh luar rasional, pengaruh songsang nafsu, hasad dan dendam.

Kebebasan adalah pokok hasrat perasaan dan penyampaian minda untuk didengar dan difahami dan dianalisis, sebagai hasil naluri kecil terperosok dalam hati atau jiwa manusia.

Kebebasan melahirkan masyarakat komunikasi manusia, masyarakat bermaklumat yang benar berasaskan fakta sebenar, menjelaskan kebenaran dan hak kemanusiaan secara jelas dan berani.

Kebebasan memberi ruang para penguasa menggarap kuasa secara bebas dan di bawah hak dan memberi hak kepada yang memerlukan bantuan dan pertolongan bertujuan membela, mendidik, menghukum, agar manusia mengambil dan menilai kebebasan menurut nalurinya yang bersih dan menolak penyelewengan.

Kebebasan mengatur pertumbuhan ekonomi dunia dan setempat dengan melihat permasalahan sebenar bukan melihat berapa keuntungan perlu dikaut dan siapa yang perlu membolot kekayaan di kalangan manusia. Melihat ekonomi sebagai alat untuk menyokong kebebasan di saat manusia menyembah ekonomi.

Penafsiran kebebasan ini bukan suatu yang mudah semoga Allah memberi petunjuk kepada saya untuk menulisnya sekadar ilmu yang terhad dan masa yang terbatas.



No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising