Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, June 29, 2013

Pengundi Kuala Besut perlu dipengaruhi

Kuala Besut, ketebalan kebesutannya, mungkin tidak sehebat zaman 60-an, pertandingan bolasepak zaman itu, boleh menyebabkan pergaduhan besar-besaran antara penduduk daerah itu dengan daerah Kuala Terengganu, umpamanya.

Orang Besut jika mahu berkunjung ke Kuala Terengganu, mereka tidak sebut "mahu pergi Kuala Terengganu", mereka sebut "nak gi teganung" (mahu pergi Terengganu), begitu juga orang tua-tua dari Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Melainkan orang Marang kerana terlalu hampir dengan Kuala Terengganu, mereka sebut "nok gi Bandor" (mahu pergi Bandar Kuala Terengganu). Ini antara budaya orang Terengganu dari segi sebutan bandar-bandar yang ada dalam negeri itu, termasuk orang Besut.

Seolah-olah mereka duduk terpisah dengan daerah Kuala Terengganu seperti mereka duduk di negeri lain, manakala Kuala Terengganu duduk dalam negeri lain.

Penduduk Kuala Besut, juga tidak boleh lari dari budaya sebutan sedemikian terutama di kalangan orang tua (pengundi saluran 1) dan penduduk tegar daerah tersebut. Melainkan mereka yang suka merantau kerana bekerja, di daerah-daerah berkenaan dari semasa ke semasa.

Orang Besut tegar yang tidak pernah hidup berpindah randah, boleh disifatkan agak pekat sikit semangat kedaerahannya. Orang Kelantanpun seperti itu juga tetapi orang Kelantan, mereka bijak berpolitik, faham bagaimana menentukan masa depan politik negeri mereka dan bijak memilih parti mana yang layak memerintah  negeri mereka.

Orang Besut tidak ketinggalan orang Kuala Besut, walaupun semangat kedaerahannya lebih kurang sama orang Kelantan (dailegpun lebih kurang sama) tetapi dari segi pemilihan politik, mereka masih tertutup, sukar untuk mengubah tradisi parti pemerintah. Dengan erti lain, kebanyakannya masih berminat dengan Barisan Nasional (BN).

Hanya pada tahun 1999 dalam pilihan raya umum ke 10, PAS berupaya memenangi pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (Dun- N 1) tersebut.

Di Dun Kuala Besut, Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh mendapat majoriti undi sebanyak 487, mengalahkan Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman dari BN.

PAS mendapat 4,426  undi manakala BN memperolehi 3,939. Sementara PRU 11 dan 12 PAS tidak berupaya lagi memenangi kerusi Dun tersebut.

Keputusan PRU 12 bagi DUN Kuala Besut, calon (BN) Dr. A. Rahman Mokhtar menang dengan bilangan undi sebanyak 7,123 manakala calon PAS, Ustaz Haji Nik Zawawi hanya memperoleh  4,492 undi. 

Dr. A. Rahman menang dengan majoriti 2,631 undi dengan peratusan undian sebanyak 85.61 peratus. 


Kemelut Besut ialah kedaerahan menebal, budaya pengasingan politik antara kelompok PAS dan Umno masih berlaku walaupun tidak setegar tahun 1980-an.

Ini memberi kelebihan kepada Umno/BN untuk mengawal kelompok pengundi mereka dari dipengaruhi Pakatan Rakyat (PR) di samping tidak adanya sunami besar seperti kes kezaliman BN terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (kes mata lebab) sebagaimana berlaku menjelang PRU ke 10 yang lalu.

Meletakkan Ustaz Nik Muhammad Zawawi buat ke sekian kalinya sebagai calon PAS di Dun tersebut pada pandangan penulis boleh jika tidak ada mereka yang lebih berkaliber dari bekas Adun itu. Lagi pun kekalahan Ustaz Nik (panggilan mesra beliau), agak besar juga sehingga lebih 2,000 undi kira-kira dua kali nama beliau dicalonkan dalam PRU selepas itu. 

Tokoh Profesional dan mesra rakyat di situ perlu di ketengahkan sebagaimana BN mengenengahkan doktor perubatan sebagai calonya sebelum ini.

Ini kerana soal keagamaan cukup sensitif di daerah Besut, isu kafir mengkafir masih menghantui penduduk daerah itu di kalangan pengundi tua.

Manakala pengundi muda, ramai di kalangan mereka berhijrah ke bandar-bandar di seluruh negara, bekerja di sana dalan pelbagai sektor ada yang profesional dan mempunyai kepakaran tertentu seperti Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli. Di daerah ini tidak banyak pekerjaan diwujudkan semacam Kerajaan BN sengaja merancang supaya penduduk bekerja sebagai nelayan dan penoreh getah, agar kepergantungan kepada subsidi atau dengan kata lain kepergantungan dengan BN berterusan.

Kaedah 'beri kain pakai, beri gula kacau (buat air), tetapi mengundi bulan," masih sukar diamalkan penduduk di Dun ini walaupun slogan itu datang dari negeri seberang (Kelantan).

Untuk pendapatan lebih lumayan golongan muda Kuala Besut, berhijrah bekerja di bandar-bandar besar dan kini termasuk yang dikuasai parti-parti dalam PR. Mereka ini mesti berperanan membuat transformasi perubahan sikap dan sokongan politik sebagaimana  berlaku di negeri-negeri tersebut termasuk Selangor dan Pulau Pinang. 

Dominasi pengundi hari ini dikuasai oleh golongan muda di saluran 3 ke bawah. Untuk dominasi kemenangan PAS, golongan belia yang berhijrah di negeri PR perlu berperanan menceritakan perkembangan dan kemajuan rakyat di negeri tersebut kepada penduduk daerah pengundian itu sekaligus mempengaruhi mereka.

Jika diizinkan Allah, tidak mustahil kemenangan itu berpihak kepada PAS dalam pilihan raya kecil tersebut tidak lama lagi jika strategi ini digunapakai di samping strategi-starategi dari seluruh kawasan yang PAS atau PR menang dari seluruh negara, digembelingkan seutuhnya.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising