Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, June 28, 2013

BN 'low class party' di Dunia Ketiga

Kuala Besut, kawasan didominasi oleh kaum nelayan. Penduduk kurang terdedah dengan maklumat internet, walaupun hampir dengan negeri Kelantan yang sudah lama diperintah PAS.

Kawasan sempadan, arus maklumat tidak berupaya mempengaruhi penduduk secara drastik, ditambah dengan minda kurang terbuka penduduknya, mungkin menyukarkan PAS untuk memenangi pilihan raya kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) itu tidak lama lagi.

Pada Pilihan raya Umum ke 13 baru-baru ini, Barisan Nasional (BN) mendapat undi berjumlah 8,809, manakala PAS  6,375. BN menang majoriti undi sebanyak 2,434.

Pilihan raya kecil akan diadakan bersempena dengan kekosongan kerusi tersebut kerana  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair 26 Jun lalu, selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Adun
Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi hari tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.
Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.
Perubahan sikap penduduk terhadap Pakatan Rakyat (PR) dilihat tidak begitu positif kerana sikap keterbukaan dan penerimaan terhadap idea baru politik sukar difahami dan pengaruh BN dengan tradisi menabur dan mengumpan wang dilihat menghantui masyarakat di Dun tersebut yang nampak pembangunan menjadi agenda penting kehidupan mereka.
Mereka masih nampak BN membawa pembangunan walaupun kadang kala ia hanya untuk kepentingan kroni Umno dan keuntungan setengah pihak. Perubahan minda dan sikap ini perlu ditekankan supaya lebih terbuka dan menerima politik rasional yang dibawa PR.
Golongan terpelajar Kuala Besut termasuk para pendidiknya perlu memainkan peranan untuk menyedarkan masyarakat  Dun tersebut bahawa perubahan hidup yang lebih baik tidak akan bersama BN kerana parti itu tidak akan membuat perubahan rasional memandangkan ia akan membuat 'back fire' kepada status quo kemenangan kuasa politik parti itu di masa hadapan.
BN tidak berupaya membawa perubahan kerana dasar parti itu mengikat supaya tidak melakukan perubahan. Agenda lapuk slogan pembangunan hanya untuk menggula-gulakan rakyat ia meletakkan BN sebagai 'low class party' dalam dunia setaraf parti-parti yang memerintah kerajaan Zimbabwe dan lain-lain negara di dunia ketiga.
Soalnya kejayaan sebenar PR ialah mempengaruhi minda pengundi supaya mendorong mereka membuat perubahan besar dalam pilihan kecil tersebut tidak lama lagi.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising