Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, May 15, 2013

Syarikat Media dicari, bebaskan rakyat dengan pena

Journalis, mungkin boleh berubah menjadi politikus, menjadi yang berhormat, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen dan sudah ramai yang jadi demikian.

Tetapi journalis tidak akan berubah dan tidak akan berpisah dari menulis kalau ia journalis sejati. Lainlah kalau ia journalis jadi-jadian atau mengikut musim.

Tunggu air pasang saja baru hulurkan kail. Rasanya saya tidak termasuk dalam kelompok ini kerana saya ada komitment tertentu yang saya perlu buat setiap minggu walaupun ramai yang tidak menyedarinya. Tidak mengapalah biarkan ia menjadi satu rahsia yang balasannya terserah kepada Allah SWT.

Saya dulu pernah ada ruang untuk menulis rencana dalam sebuah akhbar politik tetapi amat terasa dukacitanya kerana ruang itu sudah tiada lagi untuk saya kerana orang yang menjaganya sudah meninggal dunia.

Rakan-rakan saya ramai dalam dunia journalis ini tetapi janganlah pula kita menjadi melukut ditepi gantang, hidung tidak macung pipi tersorong-sorong, dek kerana mengharapkan ihsan, belas kasihan untuk memberi ruang kembali bagi menulis untuk tatapan umum seperti dulu.

Ya, tidak ada keistimewaan apa pun seseorang journalis itu mengikut polisi sesebuah media jika tulisannya tidak diterima dan disiarkan. Saya tidak  mahulah, kita jadi seperti dahulu meminta sana meminta sini, kita pun sudah berusia bukan budak-budak hingusan lagi.

Saya cukup benci, jika ada manusia journalis yang semacam ingin mencopkan orang itu, orang pemimpin ini, orang itu orang pemimpin itu. "Kita tak patut beri jalan untuk menulis di akhbar kita." Itu satu tindakan mencari penyakit dalam dunia ini.

Saya punya pendirian, saya akan menulis apa yang saya rasa patut saya tulis berdasarkan pengalaman saya, dan saya akan bercakap (jika tidak menulis) di mana-mana forum, apa yang saya rasa saya nak bercakap, tanpa mengenal siapa di hadapan saya.

Apa yang saya rasa tidak patut buat saya akan katakan tidak patut buat tanpa mengira siapa. Saya perlu kebebasan bersuara dan menulis serta melontarkan pandangan. Ada ketikanya saya akan memuji sesuatu tindakan pemimpin jika saya rasa ia patut dipuji tetapi saya akan mengkritik pemimpin itu juga di masa lain jika saya rasa ia perlu dikritik atau diberi nasihat.

Ini pendirian saya, ini kebebasan yang saya mahu dalam penulisan dan dalam melontarkan buah fikiran. Terserah kepada masyarakat umum mahu menerimanya atau tidak, kerana selesai tugas saya sebegai journalis menggarap apa yang ingin disampaikan kepada umum.

Saya rasa, saya tidak perlu lagi berharap kepada sesiapa untuk teruskan perjuangan ini melainkan kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam.

Blog ini, saya akan memanfaatkan sebagai medium tulisan saya selagi hayat saya masih ada. Saya juga ada hasrat mempunyai satu syarikat media yang besar dan jika Allah memberi peluang saya memilikinya, saya akan kendalikan dengan gigih dan berjuang habis-habisan untuk tegakkan kebebasan bersuara untuk rakyat Malaysia.

Itu adalah cita-cita murni saya sebagai journalis.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising