Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, May 23, 2013

Sistem Pilihanraya Malaysia Di Rekacipta Untuk Kekalkan Kuasa BN


Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post” terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam tadi. Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013.

“Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan menjadi kelebihan untuk BN,” kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi.

“Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat,” tambahnya.

BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR).

Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut.

Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan junmlah besar yang ditandingi mereka.

Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.

“Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.

Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen.

Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan jika aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi, undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa.

Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi.

Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa dengan Wall Street Journal dalam satu komen ditulis wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula. ~the malaysian insider

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising