Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, May 17, 2013

Pasca PRU13: Setiakawan Pakatan Rakyat teruji


Oleh Lim Hong Siang

Tiada makna bergembira jika rakan seperjuangan kalah.

KEPUTUSAN pertarungan antara Lim Kit Siang dengan Abdul Ghani Othman menjadi tumpuan sebermulanya dalam laporan media. 

Undi Kit Siang ketinggalan pada peringkat awal, memintas dan kemudian melebarkan jurang perbezaannya dengan undi bekas Menteri Besar Johor ini, sehingga berakhir dengan majoriti 14,764 undi.  


Namun, keghairahan saya pula semakin terhakis, apabila mengesan “sesuatu yang tidak mengena” dari PAS dan KeADILan. Tidak kurang kawan Cina saya yang bertanya, apa yang terjadi kepada calon PAS dan KeADILan, memandangkan keputusan agak lambat, malah dikhabarkan beberapa orang tokoh PAS kecundang, termasuk Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa, Dr Dzulkefly Ahmad dan lain-lain. Akhirnya kita terpaksa berdepan dengan keputusan di mana kerusi yang diperolehi PAS dan KeADILan, masing-masing tidak setanding dengan jumlah kerusi yang diperolehi DAP.

Untuk saya, kegembiraan daripada kemenangan DAP sahaja tidak cukup untuk mengubati kepiluan lantaran kekalahan KeADILan dan PAS.

Kesedihan itu bukan kerana Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan persekutuan dari segi realiti politik, tetapi lebih kepada kesetiakawanan -- tiada makna untuk kita bergembira seandainya rakan seperjuangan kita kalah.

Malah sepanjang perjalanan saya pulang untuk mengundi di kampung, adegan-adegan perjuangan kita sepanjang lima tahun ini bermain dalam otak.

Kita turun ke jalan raya bersama, berkongsi garam dan air untuk meredakan kepedihan setelah dibedil gas pemedih mata; kita berganding bahu membina benteng untuk berdepan dengan FRU, malah melarikan diri bersama ketika ditembak meriam air.

Untuk saya, proses ini lebih manis dikenang berbanding kesudahannya. Apapun kesudahannya, kalah atau menang, ia bersifat sementara.

Saya tidak perlekehkan maknanya, kerana seandainya kita berjaya mengubah kesudahannya pada saat-saat penentuan, semestinya masa depan kita berbeza.


Maksud saya, proses perjuangan ini terpahat dalam hati, kerana ia merobohkan tembok perkauman dan agama yang cuba dibentengkan untuk memisahkan kita. Setiap keputusan dan tingkahlaku kita sepanjang proses ini memberi makna kepada orang lain.

Misalnya, kesungguhan Unit Amal PAS telah mengubah persepsi ramai Cina terhadap PAS, dari negatif kepada positif.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, ketika berceramah, merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada PAS kerana telah menandatangani watikah untuk beliau, ketika DAP berdepan dengan risiko menggunakan logo sendiri dalam PRU13.

Jelas, jalinan PAS-KeADILan- DAP dalam Pakatan Rakyat bukan gandingan politik sematamata, tetapi satu langkah yang penting untuk menyatukan rakyat Malaysia yang cuba dipecah-belahkan Umno-BN.

Saya tidak menafikan bahawa percanggahan pandangan wujud di kalangan komponen parti Pakatan Rakyat, tetapi sebagaimana yang diketahui, perbezaan adalah sesuatu yang lumrah dalam politik.

Perkembangan terbaru memperlihatkan bagaimana Umno-BN cuba mendendangkan propaganda perkauman.
Sementara Najib Razak menyifatkan keputusan PRU13 sebagai “tsunami kaum Cina”, Chua Soi Lek dari MCA-nya yang hampir dikuburkan itu pula memperlekehkan hasrat ke arah “sistem dua parti” itu berakhir sebagai “sistem dua kaum” (Melayu dalam kerajaan, Cina dalam pembangkang).

Tuduhan sedemikian langsung tidak berasas. Kerusi Dun Selangor yang ditawan PAS melonjak daripada lapan kepada 15, dengan sendiri membuktikan bahawa pengundi Melayu di Selangor tidak beralih sungguhpun diasak dengan pelbagai propaganda perkauman dan agama, malah termasuk pemecatan Dr Hasan Ali yang didakwa bakal “menggugat PAS”, seketika dahulu.

Dan saya jangkakan angin perubahan yang kencang di kalangan komuniti Cina turut memanfaatkan calon PAS, misalnya Nasrudin Tantawi di Temerloh, yang terdiri daripada 24.22 peratus pengundi Cina.

Saya sengaja mengambil contoh ini kerana ia amat penting jika diteliti dari konteksnya.

Kerusi Parlimen Temerloh disandang Saifuddin Abdullah, pemimpin Umno yang dianggap paling “terbuka” (di kalangan Umno) daripada kaca mata rakyat Malaysia; sebaliknya, dari kaca mata Cina, Nasrudin Tantawi seorang pemimpin yang cukup “konservatif”, terkenal sebagai pemimpin “menghalang konsert” dan “mengharamkan Hari Kekasih”.

Pertembungan kedua-dua tokoh ini meletakkan sesetengah orang dalam dilema, sama ada memilih “calon yang baik”, mahupun “parti yang baik”.

Namun demikian, masyarakat Cina kali ini lebih cenderung kepada wacana “parti didahulukan, calon dikemudiankan”.

Ia menjadi arus perdana dalam kempen di masyarakat Cina, sehingga berjaya menenggelamkan sesetengah calon MCA yang cuba melabelkan dirinya “calon baik dari parti bobrok”.

Maksud saya, mesej ini jelas di kalangan masyarakat Cina, untuk menolak sistem bobrok yang ditunjangi BN. Jika dibandingkan secara individu, saya ramalkan majoriti Cina lebih sukakan Saifuddin, tetapi demi satu tekad “tukar kerajaan”, maka mereka sanggup korbankan Saifuddin.

Saya gagal mengupas selanjutnya lantaran masanya terlalu suntuk untuk membedah keputusan PRU13.
Sememangnya kita ditipu, dengan penyelewengan dan daftar pemilih yang tidak bersih, malah “pengundi asing yang meragukan”, tetapi untuk bergerak ke depan, saya masih menaruh harapan agar Pakatan Rakyat berganding bahu menangani saat-saat yang genting ini.

Padahal BN telah kalah apabila menggunakan segala taktik kotor untuk menang dalam PRU13; padahal Pakatan Rakyat telah menang apabila kita kekal bersama menangkis serangan propaganda perkauman dan agama. PAS telah berjaya apabila non-Muslim menitiskan air mata untuk kekalahannya.

Saya berharap kemenangan ini dipertahankan sehingga kita menang di gelanggang PRU akan datang.

Dipetik dari link: http://networkedblogs.com/LhoTq

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising