Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, May 12, 2013

Bagaimana Jepun maju?

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:

1. Di Jepun pada peringkat awal sekolah rendah sehingga darjah enam diajar dengan satu matapelajaran yang dinamakan “Jalan ke arah akhlak” di mana pelajar mempelajari akhlak/ etika dan cara berdepan dengan orang dan masalah. Manakala mata pelajaran sains, matematik dan teknikal adalah wajib lulus, ini bertujuan mendidik pelajar ke arah ketepatan (precision) dan logik.

2. Tidak ada kegagalan (failure) pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/ watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation). Kegagalan adalah ibarat satu dosa bagi orang Jepun.

3. Walaupun Jepun sebuah negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak-anak mereka di rumah.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang berdisplin dan minat ke arah kebersihan.

5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan “disinfected", dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pelajar sekolah dimestikan membawa "Lunch box" / makanan dari rumah dan bukannya wang saku, ini bertujuan mendidik mereka berjimat cermat. Pengetua sekolah pula akan mencuba makanan kesemua pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan”  (Health engineer) yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Pengunakan handphone di dalam tren/ keretapi, restoran, pejabat dan tempat-tempat yang tertutup adalah dilarang sama sekali. Status ‘silent’ pada handphone ditukar dan dinamakan sebagai “akhlak/ etika”.

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan mereka tidak akan meninggalkan apa-apa sisa makanan di atas pinggan.

10. Kadar kelambatan keretapi/ tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu menilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:

10. Kadar kelambatan keretapi/ tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu menilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 
ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising