Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, May 15, 2013

24 petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi




(Oleh Aisha Geoffrey)

PETALING JAYA 15 MEI: KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.
Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.
Sai“Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24  petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,” jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.
“Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya,” kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.
Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.
“Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,” katanya.
Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.
Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising