Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, April 4, 2013

PRU 13: Suara rakyat perlu diadaptasikan

Pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi menentukan masa depan negara ini sama ada masih kekal ditakuk lama dengan tiada perubahan dan kemajuan sebenar berlaku dalam kehidupan rakyat kepada suatu perubahan memberangsangkan untuk mereka di bawah Pakatan Rakyat (PR).

Sekarang PR tidak perlu lagi digelar sebagai pembangkang kerana ia adalah komponen parti-parti yang tercetus dari suara hati rakyat akar umbi mahukan perubahan ketara dalam sistem pentadbiran negara hari ini setelah melihat lebih 50 tahun negara gagal dibentuk berjaya sebaiknya dalam semua aspek di bawah Barisan Nasional (BN).

PR telah berjaya membuat perubahan walaupun hanya memerintah di empat buah negeri sahaja (Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang) dengan segala tekanan dari Kerajaan Pusat di bawah BN.

Gabungan suara rakyat itu telah berjaya membuat lonjakan paradigma- cara bagaimana urus tadbir negeri dengan telus dan adil untuk semua pihak sebagaimana pimpinan mereka suarakan di hadapan rakyat. Kejayaan mereka adalah dari hati mereka dan dengan restu rakyat- adalah kejayaan rakyat dari semua lapisan masyarakat.

Inilah perubahan yang kita mahukan, inilah ledakan perjuangan sebenar yang kita harapkan dan diadaptasikan dalam pilihan raya umum nanti.

Kekentalan perjuangan rakyat, diharapkan dapat mengalahkan segala fitnah, tohmahan, rancangan jahat dari pihak BN sepanjang masa sampai akhirnya kerajaan Putrajaya dibentuk di bawah PR dengan aman. Jika ada gangguan dan huru hara dicipta BN, pihak keselamatan mesti bertindak bijak dan berhemah mengawal keadaan sehingga hak rakyat diserahkan kepada rakyat bukan diserahkan kembali ke tangan kerakusan kuasa BN.

Mereka yang menjadi perosak suara rakyat harus dihukum di bawah undang-undang yang adil, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja menjalankan aktiviti jenayahnya sepanjang hayat. Mereka perlu diadili dan dibawa kemuka pengadilan agar hak rakyat dikembalikan semula, agar rakyat diperlihatkan dengan nyata, jenayah yang dilakukan terhadap mereka selama ini. 

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising