Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, April 25, 2013

Pindah RM7 Billion: Jangka BN kalah?


KUALA LUMPUR 24 APRIL: Pemindahan RM7 bilion duit rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana menjangkakan BN akan kalah pada pilihan raya umum nanti, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Beliau yakin duit 1MDB yang dipindahkan ke ke akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai itu lebih daripada laporan yang dipetik daripada akhbar mingguan ekonomi.

“Tidak ada sebab lain kenapa duit 1MDB itu dipindahkan keluar. Apa yang jelas, pemindahan tersebut hanya untuk menyembunyikan daripada rakyat. Kita percaya Najib sudah tahu beliau akan kalah. Sebelum terlambat, lebih baik duit itu dipindahkan dahulu.

“Saya juga tak terkejut dengan angka ini, tapi yakin wang yang dipindahan itu lebih tinggi dari jumlah berkenaan kerana berdasarkan laporan Global Financial Integrity (GFI) terkini, angka sebenar (aliran wang haram) dalam lingkungan RM150 bilion,” kata Azan kepada Keadilan Daily.

Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal penuh Najib, 1MDB, memindahkan RM7 bilion dana ke akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai, Pulau Cayman, United Kingdom seperti dilaporkan akhbar The Edge.

Kata Azan, timbul persoalan kenapa akaun sulit pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana ia dilindungi undang-undang walaupun berunsur jenayah atau rasuah.

Beliau tidak menolak kegiatan itu dibuat secara terancang bagi mengelakkan perkara tersebut diketahui umum.

“Ini kegiatan terancang, dan ia sudah pun dibuktikan. Kenapa perlu dipindahkan kepada akaun luar pesisir yang dilindungi undang-undang, sedangkan banyak lagi bank dan syarikat kewangan yang boleh membawa keuntungan.

“Tidak hairan jika banyak lagi penyelewengan dilakukan Umno BN yang semakin ‘tenat’, dan situasi itu telah dirasai apabila mereka kini dilihat makin terdesak,” kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar itu lagi.

Sebelum ini, laporan antarabangsa turut mempersoal tokoh-tokoh yang rapat dengan BN seperti anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin serta ahli perniagaan yang dikaitkan dengan pemimpin Umno, Michael Chia apabila didapati mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai disyaki bersabit dengan urusniaga tidak betul.

http://www.keadilandaily.com/?p=50901

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising