Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, March 24, 2013

PRU 13 tidak akan diadakan?

Apakah betul pilihan raya umum ke 13 tidak akan diadakan sebagaimana dakwa seorang bekas tentera yang saya temui di Kuala Terengganu baru-baru ini? Saya anggap itu hanya satu dakwaan semata-mata. Mungkin benar mungkin tidak. 

Apa pun tempoh bubar parlimen secara automatik semakin hampir, tidak dapat tidak, jika Perdana Menteri Malaysia (tamat tempoh?) Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak mahu menetapkan tarikh pilihan raya itu, ia akan terbubar dengan sendirinya.

Ada Televisyen (TV) di Malaysia siarkan negara Pakistan pun buat pilihan raya umum secara bubar automatik. Apa maknanya? Maknanya bukan Malaysia sahaja mungkin akan berbuat demikian, Pakistan pun sudah buat. Persoalannya kenapa Najib sebagai ketua kerajaan  Barisan Nasional (BN) Malaysia sampai saat ini belum membubarkan Dewan Rakyat jika Najib sendiri mendakwa BN boleh menang dalam pilihan raya ke 13 nanti?

Senang cerita, begini saja, rakan-rakan pengkaji politik lain boleh bersetuju dengan pendapat saya bahawa jika pilihan raya masih belum berjaya diadakan setelah tempoh lima tahun penggalnya berlalu, ini bermakna BN tidak yakin boleh memenangi pilihan raya tersebut.

Jika yakin boleh menang, belum habis tempoh lagi, Najib akan umumkan tarikh pilihan raya. Itu perkiraan mudah, semua orang boleh agak dan faham kenapa semua ini berlaku, apa lagi ada dakwaan sumber risikan bahawa sembilan negeri akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang.

Isu politik semasa kebanyakannnya menjurus positif kepada PR, walaupun media 'main stream; dikuasai oleh BN hatta Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan Malaysia diperalatkan untuk kempen parti itu siang dan malam.

Sepatutnya jentera kerajaan hanya dipergunakan untuk kepentingan rakyat dan negara bukan untuk kempen BN dengan secara terangan-terangan ia dilintaslangsung dan diagendakan bagi tujuan kempen parti itu yang dari segi undang-undang serta  perlembagaan negara, tidak ada beza parti tersebut dengan parti-parti lain termasuk PAS, PKR, DAP dan seumpamanya dalam hak menyampaikan maklumat.

Sudah berapa kali permohonan secara terbuka dibuat untuk membenarkan PR atau pembangkang dibenarkan berkempen melalui RTM untuk memberi keadilan semua pihak tidak kira parti mana kerana jika BN ada hak untuk berkempen, parti lain pun ada hak juga.

Dengan demikian barulah keadilan kepada semua dapat diwujudkan dan inilah yang rakyat suka dan kehendaki berlaku di negara ini, bukan dengan cara bawa masuk pendatang asing dan kemudiannya dikurniakan kad pengenalan biru supaya mereka mengundi BN.

Itu satu tindakan bacul dan dayus, tidak 'gentleman' sehingga akibatnya keselamatan negara terancam sebagaimana insiden Lahat Datu, Sabah.

Amalan politik 'katak bawah tempurung' sebagaimana amalan  Umno/BN sekarang sudah makan tuan dan menyusahkan rakyat. Parti itu nak tutup bangkai gajah dengan nyiru, sudah tidak berjaya kerana rakyat menerima maklumat (dan boleh buat perbadingan) secara bebas dengan menggunakan  internet.

Rakyat terutama golongan muda sudah celik Information Teknologi (IT), mereka boleh bertindak dengan pengaruh media baru ini dengan sekelip mata. Ia terbukti dengan beratus-ratus ribu rakyat keluar ke Kuala Lumpur dalam perhimpunan besar-besaran sebelum ini adalah hasil dari pengaruh ICT itu.

Selagi BN tidak berubah dan jika perubahan dibuat saat ini, ia sudah terlambat kerana rakyat faham semua itu dibuat kerana mahu simpati dari mereka, di saat parti itu sedang nazak. dasar parti itu sudah tidak relevan lagi ketika rakyat sudah tidak boleh diperbodohkan buat selama-lamanya.

Kesimpulannya, tempoh pengaruh BN di hati rakyat sudah habis, maka bersedialah BN menjadi pembangkang selepas lebih 50 tahun kuasa pemerintahan tidak dimanfaat dengan betul untuk kepentingan rakyat Malaysia. 

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising