Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, March 23, 2013

Akibat benarkan BN terus berkuasa: Keselamatan negara terancam

Kes Lahad Datu, Sabah menjadi sejarah hitam negara, selepas sejarah 13 Mei 1969. Kira-kira lapan anggota keselematan terkorban, berpuluh-puluh lagi di pihak pengganas Sulu bersenjata, di saat Malaysia berada di ambang pilihan raya umum ke 13.

Peristiwa yang semacam dirancang, sepatutnya boleh dihindarklan lebih awal sekiranya, kepimpinan negara bertindak segera dan tegas, sebelum kira-kira 200 pengganas Sulu itu masuk berkampung di Felda Sahabat 17 kira-kira 107 kilometer dari Lahad Datu, Sabah.

Soal profesionalisme pasukan keselamatan menjaga keselamatan negara tidak perlu dipertikaikan kerana arahan untuk bertindak terletak di tangan pemimpin negara di bawah Barisan Nasional (BN).

Saya ke Lahad Datu dalam bulan januari lepas, sebelum insiden serangan pengganas itu berlalu dalam bulan Februari lalu, saya dimaklumkan bahawa sudah ada khabar berita dari mulut ke mulut kumpulan bersenjata dari Filipina bersembunyi di Sabah.

Tanya orang Sabah terutama penduduk Lahad Datu sendiri, apakah benar ada gerombolan seperti itu di daerah itu, mereka akan berkata, ya benar. Mereka mendengar khabar ini dan menaruh kebimbangan tentang kejadian tidak diingini akan berlaku. Saya juga percaya maklumat ini sudah sampai ke pengetahuan keselematan terutama pihak polis dan tentera kerana ia berkait dengan keselematan Sabah dan keselematan negara umumnya.

Ia suatu perkara penting, tetapi sayang pemimpin BN yang memerintah Malaysia hari ini bersikap sambil lewa dan tidak bertegas sejak awal lagi dalam menangani isu ini.

Mereka berdolak dalih, ada pemimpin yang mengatakan puak Sulu itu bukan pengganas dan yang lain pula melarang jangan dengar khabar angin. Semua ini kerana puak Sulu itu terdiri dari ahli Umno sendiri dan memiliki Kad Pengenalan Biru.



Pencerobohan yang dikatakan militan Kesultanan Sulu di Lahad Datu, tercetus gara-gara Ketua Cawangan Umno Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi atau lebih dikenali sebagai Mat Bom. 



Beliau melakukan reverse take over ekoran kemarahannya kepada pihak Kerajaan Umno-BN, khususnya Felda, yang menceroboh tanah milik beliau dan keluarganya seluas kira-kira 100 hektar untuk dijadikan tanah rancangan dengan bayaran amat murah, dedah bekas Setiausaha Eksekutif Umno Bahagian Silam, Mutalib MD  (gambar).

Menurut satu laporan pula dipercayai campur tangan politik pemimpin Umno-BN antara punca polis gagal menangani isu keselamatan dan membendung jenayah, kata bekas Pengarah Cawangan Khas (SB) Sabah, Yusuf Barji.


“SB adalah jabatan yang menjalankan tugas secara rahsia demi keselamatan negara meliputi aspek ekonomi, ancaman dalam dan luar.

“Tapi sejak dikawal Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terletak dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM), ia menjadi lemah dan ditindas.

“Ia memecah belah dan mengurangkan kuasa polis. MKN menyebabkan tugas polis terarah kepada lawan politik, bukan lagi isu keselamatan negara dan rakyat,” katanya.

Kebejatan politik sempit penguasa di bawah BN hari ini telah membawa padah kepada ketenteraman negara dan keberjayaan rakyat dalam semua sektor.

Rakyat tunggu apa lagi, cari kesempatan untuk tukar penguasa sekarang kepada yang lebih baik dari mereka mulai hari ini. 




No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising