Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, February 2, 2013

Sabahan: Rumpai laut kegemaranku


2 Februari 2013
Aku mula buat kerja yang pelanggan minta. Sehari suntuk sehingga jam 12 malam semalam. Jika kita tidak minat dengan kerja-kerja yang perlu kepada banyak fokus macam ni, sudah tentu kerja itu akan terbengkalai di tengah jalan.

  Hari ini pun kena sambung lagi kerja tu, petang nanti kena pergi ke KK (Kota Kinabalu) pulak ada tugas kewartawanan di sana esoknya. Badan rasa tak lah lemah sangat apabila kita cukup tidur, makan rezeki Tuhan dan bersyukur kepada-Nya.

  Makanan kena seimbang, zaman manusia suka makan ‘fast food’ yang boleh membawa badan kegemukan (obesiti). Aku sering nasihatkan anak-anak aku supaya jaga makan dan minum kita.

  Banyakkan makan sayur. Di Lahad Datu ini aku makan sejenis rumpai laut di sebuah restoran di sini, dan jugak pucuk paku yang ada khasiat tersendiri. Masakan di Lahad Datu dan mana-mana kedai makan di sekitar Sabah ini kata, rakan aku, berlendir sedikit (maaf, bukan nak hina makanan).

  Bukan basi tetapi memang sifat makanan orang Sabah macam tu. Aku orang semenanjung tak jadi masalah makan makanan macam tu kerana sudah jadi biasa sudah. Semasa belajar di India dahulu pernah masuk kampung dan makan masakan mereka bermacam-macam jenis masakan.

  Ada yang kita selera nak makan ada yang tak selera. Pokoknya aku sudah biasa dengan apa-apa masakan yang manusia buat. Asalkan halal sudahlah.

  Oh ya, sebut pasal masakan kata rakan aku itu, di Sabah ini kalau nak berniaga,, berniagalah jual makanan dan minuman. Orang semenanjung ramai di Sabah ini yang bertugas sebagai guru dan lain-lain.

  Jadi, bukak kedai makan ala semenanjung mengundang keuntungan yang memberangsangkan. Jual nasi dagang, kerepok lekor, nasi kukus, nasi lemak dan seumpamanya. Rakan semenanjung tentu sekali datang makan di kedai ala semenanjung itu. Aku punya telahanlah. Belum cuba belum tahu, bukan?

  Aku tengok mamak bukak kedai makan di Lahad Datu ni pun sakan buat duit. Bukak 24 jam, masakan pelbagai, ada kari kambing, ikan, ayam, ada nasi bariani, ada air kelapa yang masih dalam buahnya dan pelbagai jenis masakan lain lagi. Makak ni berniaga berkat, sampai waktu solat jumaat dia tutup kedai. Bagusnya mamak ni. Pandai mamak ni berniaga.

  Di kedai mamak inilah aku makan sayur rumpai laut itu. Terkenal jugak rumpai laut di Sabah ni. Ada perusahaannya tersendiri, memberi pendapatan lumayan kepada nelayan berkenaan.

  Oh ya, sebut masakan berlendir, memang itu budaya Sabah. Aku sebut kepada rakan dan pelanggan sekaligus itu, masakan sesuatu tempat berkait rapat dengan budaya penduduk tempat itu.

  Budaya ertinya apa yang dia orang suka, contohnya, apa yang dia orang suka makan, suka pakai, suka buat itu dan buat ini. Semua itu berhubungkait dengan budaya. Termasuklah jugak bagaimana jenis masakan.

  Antara budaya orang Sabah, jika dijamu tetamu di mana-mana majlis makan, mesti ada soup, kata pelanggan aku itu.

  Memang benar, setiap kali masuk restoran dia orang sediakan soup, makan mee pun ada soup, apa lagi makan nasi. Inilah budaya Sabah, budaya yang baik dan boleh diikuti olah mana-mana rakan negeri lain.

  Aku terpaksa berhenti dahulu mencatat memoir pagi ini kerana nak buat persiapan kerja, petang nanti jika tidak ada aral ke KK. Irfan Khairi ada di KK pagi ini (mentor business aku tu).

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising