Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, February 5, 2013

Sabah ditinggalkan buat sementara waktu

5 Februari 2013
Dua hari lepas ketinggalan untuk mencatat memoir di Sabah, seterusnya kerana berkenderaan ke Kota Kinabalu (KK) kira-kira tujuh jam perjalanan darat merentasi Gunung Kinabalu. 

  Melihat puncaknya menyapu awan, tidak kelihatan, cuaca sekiling sejuk tidak perlu pendingin udara di kereta. Cukup sudah udara luar seperti pendingin menusuk kulit menyamankan.
  
  Tawau ditinggal sudah (bercakap gaya bahasa Sabah), meninggalkan kerja belum siap ke KK tergesa-gesa untuk seminar media rupa-rupanya tidak jadi, ditukar program lain. Malam semalam baru bermula seminar itu. Tidak mengapa, aku boleh berihat seketika dari keletihan dilambong kereta merentasi lereng-lereng gunung cukup berbahaya dengan lubang-lubang jalan merosakkan rem kereta jika tidak berhati-hati.
  
  Jalan projek, kata teman yang memandu kereta ke KK itu, peruntukan berbilion untuk penyelenggaraan jalan tetapi jalan tetap rosak, tidak berkualiti, membazirkan wang rakyat saja.
   
  Dengan peruntukan berbilion ringgit sepatutnya jalan dari Tawau ke KK atau jalan-jalan meretasi Sabah terutama jalan daerah, tidak seteruk itu rosaknya dalam masa terdekat tetapi difahamkan dalam beberapa bulan sahaja jalan itu rosak, berlubang-lubang kerana kualiti jalan rendah nampak gaya hanya semata-mata untuk projek manakala kemudahan orang ramai dapat dinikmati hanya seketika ketika jalan itu baik.
  
  Beginilah nasib rakyat di bawah kerajaan sedia ada yang lebih mengutamakan projek untuk kroni pemimpin tertentu bukan sebenarnya untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat dengan peruntukan besar itu.
  
Mengapa rakyat perlu sedar dari lamunan dan khayalan janji-janji yang ditaburkan sejak lebih 50 tahun lalu kerana mereka tidak akan berupaya maju dan berubah untuk keadaan kehidupan lebih baik dengan corak pentadbiran kerajaan sedia ada.
  
 Kita mesti berubah, kita mesti buat perubahan, kita mesti bertindak bersama-sama merubah kehidupan kita dengan membina kerajaan yang lebih baik dari kerajaan sedia ada.
  
 Rakyat terlalu lama ditadbir kepimpinan dan parti yang parah dengan skendal kewangan, rasuah dan penyelengunaan kuasa.
  
 Aku menggerakkan cetusan minda di kalangan pencinta media, anak muda yang berpelajaran, lelaki dan perempuan.
  
Kita perlu berubah dengan minda dan tindakan kita, kita mesti menemui mereka, mendampingi rakyat marhain merasai jerit perih kehidupan mereka.

  Kita mesti mengambil tahu kebajikan mereka, sejak dari dahulu, kita mesti menawan hati mereka, supaya sentiasa mendengar pandangan kita untuk kebaikan mereka.

  Sekejap pertemuan dengan anak-anak muda ini, aku menanamkan sikap, mendesak mereka menjadi lebih baik dari gerakan Keristianisasi yang bertapak lama di Borneo dan telah mengkeristiankan beribu-ribu rakyat marhain di pendalaman dengan pengaruh menjaga kebajikan mereka, prihatin tentang permasalahan mereka.
  
 Ya, betul mereka dibiayai untuk menjalankan kerja itu, kita pun apa kurangnya perlu dibiayai sebaiknya untuk tujuan murni itu, kerana kita lebih baik dari gerakan mereka.
 Di samping kita menyampai maklumat benar kepada rakyat marhain di pendalaman, kita perlu juga bawa missi kebajikan kita bertemu mereka dan menyelesaikan permasalahan mereka sekadar kemampuan yang ada pada kita.  Dengan cara itu mereka sedia mendengar dan menerima maklumat dari kita.

  Pedagang-pedagang Islam zaman silam di samping berdagang, mereka prihatin dengan kedaifan hidup masyarakat negara yang mereka bawa barangan dagangan, China, India dan lain-lain, dari situ mereka membuka ruang untuk berdakwah dan mengajak mereka kepada Islam.

  Oleh kerana Islam itu menyentuh hati manusia dan menawannya ia mudah diterima kerana kesan suci dan sempurnanya menenangkan hati manusia yang mendengarnya.

  Di sinilah missi kita di Sabah yang perlu kita lakukan dan di mana-mana tempat sekalipun kita ziarahi, missi kita ialah menarik manusia kepada Islam, bukan menjauhkan mereka darinya.
  
  Ya, aku berbincang dan berdialog dengan kelompok muda itu, dari hati ke hati, aku mahu mereka menjadi tenaga penggerak media dan massa di masa terdekat, ia tidak mustahil, apabila mereka sedar tanggungjawab mereka kepada umat ini begitu besar sekali.
  
 Ada di kalangan mereka penuntut universiti mendengar lantunan buah fikiran itu, mereka bersedia mendengar dan bersedia menilai dan memanfaatkannya jika tidak hari ini, satu hari mereka akan pergunakannya, aku percaya dan yakin.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising