Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, February 12, 2013

Najib Kantoi di Pulau Pinang


12 Februari 2013
Kira-kira lima hari memoir aku tidak ‘update’kan kerana kesibukan waktu dengan kerja-kerja masyarakat, kepartaian dan peribadi bertingkah arus.

Hari inipun aku pasti memikirkan tentang menulis artikel khas sebelum ke Korea Selatan untuk lawatan dan majlis konvokesyen anak di sana.

Menjengok  Facebook pagi ini, Najib Razak, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dimalukan dengan Konsert K-Pop PSY, kumpulan artis popular Korea Selatan dengan Laungan “Are you ready for PSY? Yes (3X), are you ready for BN? No (3X).”

Laungan soalan dari mulut Najib rakyat menjawab No(tidak)  untuk BN.

Begitulah aku lihat, rakyat di mana-mana mereka pada umumnya sudah menolak BN, tidak berpura-pura lagi sebagaimana di Konsert  K-Pop Pulau Pinang itu.
Saksikan sedutan video You Tube di bawah ini:



Jika momentum ini berterusan ada harapan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya, akibat perbuatan pemimpin Umno/BN itu sendiri menempah maut untuk masa depan politik mereka.

Sikap mereka sudah sebati meneruskan agenda dan gendang lama, mengekal tabiat boros, rasuah, salahguna kuasa, memperbodohkan rakyat di bandar dan di desa, tidak membenarkan rakyat menerima maklumat secara adil, bagi menilai potensi mana-mana parti politik untuk mentadbir negara dengan berkesan.

Nah, Najib dimalukan di majlisnya sendiri. Dia tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku, agaknya dia tidak hantar ‘spy’nya untuk menyiasat terlebih dahulu sebelum dia berdepan dengan rakyat di majlis terbuka seperti itu semata-mata untuk kempen BN dengan laungan trajis untuk BN.

Adakah kamu bersedia untuk BN? TIDAK!
Adakah kamu bersedia untuk BN? TIDAK!
Adakah kamu bersedia untuk BN? TIDAK!

Najib telah diajar oleh rakyat Pulau Pinang, rakyat Malaysia dengan berkata tidak (No) kepada BN, satu pukulan maut untuk BN dan Najib di pentas rakyat hari ini.

Satu fenomena yang aku dan rakyat Malaysia mahu lihat supaya BN dan kepimpinannya mengerti keterlanjuran mereka sudah difahami oleh semua betapa pentingnya Malaysia perlu perubahan bukan di bawah BN tetapi di bawah PR.

Rakyat perlu berterusan mengucapkan selamat tinggal kepada BN, agar parti dan pemimpinnya lebih bersikap realistik menerima hakikat sesiapa yang tidak mementingkan keadilan, rakyat dan negara dalam erti kata sebenarnya, dia akan kecundang.

Rakyat akan mengajarnya menjadi lurus dan bersikap terbuka di masa akan datang. Parti yang bermuka-muka ketika tibanya saat pilihan raya, menjanjikan itu dan ini, bila berkuasa melupai janji itu, sudah tidak relevan dan memang tidak relevan untuk rakyat.

Adakah kamu bersedia untuk BN? TIDAK!
Adakah kamu bersedia untuk BN? TIDAK!
Adakah kamu bersedia untuk BN? TIDAK!

Memontum ini biarlah menembusi hati rakyat di mana-mana mereka berada, di pendalaman terutamanya, di Felda bahkan biarlah dia juga menembusi hati ahli-ahli Umno sendiri, yang sangat-sangat perlu memahami kehendak rakyat agar mereka turut sama membuat perubahan politik bersama PR dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Aku menerima keterbukaan rakyat di Pulau Pinang dan keberanian mereka itu sebagai wira rakyat, wira keadilan, wira suara kebebasan politik yang hakiki untuk masa depan negara dan rakyat Malaysia yang cemelang di bawah suara rakyat yang kental dan berwibawa.

Adakah kamu bersedia untuk BN? TIDAK!
Adakah kamu bersedia untuk BN? TIDAK!
Adakah kamu bersedia untuk BN? TIDAK!

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising