Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, February 22, 2013

Kahwin wanita Korea satu bonus?

22 Februari 2013
Berjalan kaki ke destinasi , satu tabiat dan didikan
untuk rakyat Korea Selatan.
Berada  di Yeoksam- dong Street, Gangnam-gu, (kira-kira 18 kilometer dari Seoul, Korea Selatan)  hari ke lima berada di negara Industri ini teringat kepada Gangnam Style kumpulan k-Pop Psy. Dipercayai lagu itu diambil sempena dengan nama tempat ini, Gangnam-gu.

Penduduk yang cergas, setiap hari berjoging secara automatik, kerana infrastruktur yang dibina begitu rupa untuk menjadikan rakyat Korea Selatan cergas dan sihat. Setiap hari berjalan menaiki tangga, budaya masyarakatnya suka berjalan menaiki train ke tempat kerja, menjadikan mereka manusia sihat, tidak berbadan besar penuh kolesterol (obesiti).

Aksesis, suatu tabiat yang semacam satu kemestian, melalui budaya hidup yang tidak dapat dipisahkan dibina oleh kerajaan untuk rakyatnya. Musim sejuk masih menusuk kulitku  di bawa suhu 0 darjah Celsius  cukup merimaskan siapa yang kurangbiasa dengam musim ini.

Bagi yang sudah biasa, tidak ada masalah hadapi musim sejuk di Gangnam-gu ini. Berjalan dengan cepat di luar rumah untuk ke tempat kerja adalah saya aktiviti sihat, menjadi rakyat Korea Selatan manusia yang rajin bekerja dan bersifat kasar, walaupun lakonan aktress mereka dalam drama dan filem yang ditonton d seluruh dunia nampak lembut, hakikatnya kasar, kurang bertimbang rasa.

Aku sempat bertanya khabar tentang tabiat penduduk Korea di sekitar Gangnam-gu ini kepada, Dr. Khalid, 30, seorang pelajar Phd (bukan nama sebenar), jurusan Engineering, dalam masa 13 tahun berada di Korea Selatan, beliau tidak berminat untuk menjadikan wanita negara ini sebagai teman hidup (isteri), walaupun boleh saja jika dia mahu.

Namun kerana sifat kasar, wanita Korea yang dikatakan cantik itu tidak beberapa sesuai untuk rakyat Malaysia seperti beliau, telahan hatiku.

Rakyat Korea Selatan sesuai dengan bangsanya sendiri yang pernah dijajah oleh Jepun tahun 1930-an.  Sifat kasar itu mungkin pengaruh dari kesan perang dalam kehidupan turun temurun bangsa Korea.

Aku beritahu Dr. Khalid, "kalau you dapat kahwin dengan orang Korea dalam keadaan you tahu sifat mereka, itu satu bonus bagi you."

Kahwin campur memang digalakkan dalam Islam, ia dipercayai menghasilkan anak yang cerdik dan pintar akalnya, di samping mengeratkan hubungan antara dua kelompok bangsa yang terpecah dan terpisah biarpun asalnya dari Adam a.s.

Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu terdiri dari lelaki dan perempuan, berpuak-puak dan berbangsa-bangsa bertujuan untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa di kalangan kamu."

Budaya kehidupan semasa sesuatu bangsa berbeza antara satu sama lain yang perlu kita dipelajari. Berkahwin campur masing-masing perlu menghormati dan bertolak ansur dalam persoalan perbezaan budaya bangsa yang tidak bercanggah dengan syariat sekaligus perlu ditinggalkan budaya yang sebaliknya.

Aku masih terkenang dengan seorang sahabat senior Mohd Irfan (bukan nama sebenar) ketika belajar di Lucknow, Uttar Paradesh dahulu, beliau berkahwin dengan wanita India muslim yang kelahiran  India. Katanya, "cukuplah aku seorang sahaja yang kahwin dengan India, kamu semua tak payah."

Ia berkait dengan masalah tabiat atau budaya hidup bangsa India berbeza dengan bangsa Melayu, kadang kala rakan itu sukar bersabar menghadapinya.

Bagaimanapun jika agama itu menjadi asas perkahwinan, pemilihan berasaskan agama bukan rupa paras, harta benda dan keturunan, persoalan ini tidak lagi menjadi masalah sebagaimana disarankan oleh Nabi s.a.w.

Namun apabila suasana kritikal rumahtanga berlaku, akan terkeluarlah kelemahan masing-masing, jika sabar itu tidak menjadi bentang utama, maka berlakulah perceraian yang akibat buruknya memeritkan hati kita.

Perkara ini aku ceritakan kepada Dr. Khalid, sebagai perbandingan berdasarkan pengalaman danbeliau tetap memilih tidak berkahwin dengan wanita Korea. 

"Asyik kena marah jer hari-hari," katanya mennggambarkan beliau pernah berpengalaman menghadapi wanita Korea selama 13 tahun berada di sini.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising