Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, February 18, 2013

I'm ready to visit Seoul today

18 Februari 2013

Bermula berjalanan ke Korea Selatan malam ini, aku agak biasa juga ke luar negara, pernah ke China semasa aku ditugaskan sebagai Pengarang Warta Darul Iman di Unit Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu 2002 yang lalu.

Pernah ke India, Pakistan dan Bangladesh, Bangkok, Thailand (Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shaberi Chik bersama dengan rombongan kami ke Bangkok menghantar rombongan kami untuk terbang ke India) kerana belajar agama di Darul Ulum Nadwatul Ulama Lucknow 7, Uttar Paradesh, India dalam tahun 1983. 

Ustaz Nasaruddin Mat Isa bekas Ahli Majlis Syura Ulama PAS pun turut belajar di sana bersama kami. Dia tidak menyerlah ketika itu. Tidak nampak beliau berminat dengan jamaah Islam ketika itu, hanya datang belajar agama sahaja di sana.

Kali ini bukan misi kerajaan dan bukan misi menuntut ilmu tetapi misi lawatan peribadi untuk melihat kejayaan dan kerjaya anak di sana. Aku berdua dengan isteri pertama ku, menaiki penerbangan tambang murah, dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, dari Kuala Lumpur ke Seoul, Korea Selatan.

Perjalanan malam yang agak panjang, biasanya penerbangan tambang murah kurang selesa, kedudukan kerusi yang agak sempit di hadapan, sukarkan pergerakan ku dan isteri terutama dari Kuala Lumpur ke Seoul. Aku menjangkakan begitu berdasarkan pengalaman lepas.

Lapan jam dalam kapalterbang, dalam kegelapan malam, suatu yang agak meletihkan. Biasanya aku tidak dapat tidur lena dalam penerbangan sebegitu. Pengalaman ke China dan India menceritakan segala-galanya. Ke China hari itu berlepas waktu siang dari Kuala Lumpur. Rombongan terdiri kakitangan kerajaan dan diketuai oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Haji Mustafa Ali.

Menteri Besar Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hanya sampai di Hong Kong sahaja (menaiki penerbangan lain)  kerana kelulusan (Menteri Besar) memasuki China atau negara luar lain atas kapasiti Menteri Besar mesti mendapat kelulusan Wisma Putra atau Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Biasalah Menteri Besar pembangkang untuk menjadi isunya, tidak diberi kelulusan masuk ke China. Sikap 'double standard'  memang menjadi amalan Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan PAS itu dan Pakatan Rakyat (PR) cukup ketara sehingga hari ini. Selama-lamanya itulah BN yang rakyat perlu beri pengajaran secukupnya dalam pilihan raya umum ke 13 nanti, Insya Allah.

Imbasan semula sepintas lalu penerbangan  ke China dan India, ia tidak jauh bezanya dengan perjalanan ku ke Seoul (mungkin), aku belum ke sana lagi. Semoga Allah beri keselamatan dalam perjalanan itu nanti, selamat sampai ke destinasi dan selamat sampai ke tanah air semula untuk meneruskan perjuangan.

Persiapan terakhir sedang dibuat, membekalkan bahan-bahan makanan kegemaran anak lelaki ala kadar, dia minta emaknya memasak nasi air dan pelbagai lauk pauk orang Terengganu, sudah tentu perlu bekalkan kunyit mengkuas, rempah ratus dan sebagainya.

Aku ingatkan jika ke Seoul nak bagi anak makan, mesti melawat pasar di sana, lihat apa jenis ikan dan makan laut dijual di sana, tenggok sesuai atau tidak dengan masakan ala Terengganu, kuah singgang, asam pedas atau sesuai untuk 'steam boat' sahaja.

Soal makan pun bukan suatu yang penting sangat asalkan halal sudah. Di China aku cukup gemarkan pelbagai sayur-sayuran yang dihidangkan. Nasi China, macam beras pulut Malaysia. Melekit tetapi sedap juga dimakan bersama lauk pauk masakan China.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Haji Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut serta dalam rombongan perdagangan di China,  gemarkan masakan Restoran Arab Yaman di sana. Katanya, masakan itu sedapnya masih terasa sehingga kini, sambil bergurau dengan ku di sebuah kedai makan selepas solat jumaat di Masjid al-Furqan Simpang Empat Chendering Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Itu nostalgia beliau, ketika berjamu selera , makan tengahari selepas menyampaikan khutbah jumaat di masjid berkenaan.

Sebelum itu aku ingatkan beliau bahawa aku pernah bersama dengannya dalam rombongan ke China itu dia memandang kepada ku agak lama untuk kembalikan nostalgia lama di China itu.

"Itu kisah lama," katanya mengingatkan aku pernah bergambar dengannya di sebuah kedai Karpet di satu bandar di China (aku lupa nama bandar itu).

Itu nostalgia lama yang aku garapkan dalam memori ini mengingatkan aku tentang persediaan ke Seoul, aku akan garapkan nanti dalam tulisan yang akan datang, apa yang berlaku di sana, Insya Allah. Kamera Video bersedia untuk berkhidmat. Jangan dia buat hal sudahlah.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising