Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, February 7, 2013

Berfikir Besar untuk Kejayaan

7 Februari 2013

"Kita perlu berfikir besar, untuk berjaya. Ramai manusia yang berjaya dalam apa jua bidang sebelum ini berfikiran besar, mengenepikan perkara remeh temeh yang boleh diselesaikan dengan mudah. Misalnya, soal makan dan minum itu bukan soal besar bagi kita hidup di negara yang tidak bermasalah dalam perkara tersebut.

  "Ia boleh diselesaikan dengan satu tindakan mudah dan keputusan sampingan. Yang paling penting kita perlu fikir apa akan jadi kepada masa depan politik dan negara kita jika corak pemerintahan sedia ada tidak diubah. Kerjasama antara kita untuk membuat perubahan tidak digarap dengan berkesan dan berperancangan."

Aku melontarkan pendapat ku dalam satu mesyuarat semalam di Kuala Terengganu,  selepas pulang dari Sabah.

  Huraiannya: Setiap manusia inginkan kejayaan, tidak ada manusia yang inginkan kegagalan. Namun kita tidak boleh menghalang kegagalan itu datang dalam hidup kita kerana ia berlaku dengan sebab kesilapan kita sendiri.
  
  Orang yang berjaya hari ini bukan bererti dia tidak pernah gagal sebelum ini. Ada orang berjaya misalnya dalam perniagaan, pernah gagal beratus-ratus kali, perniagaannya lingkup (bangkrup), kemudian dia bangun dan berjaya semula dengan kejayaan yang lebih hebat dari sebelumnya.

  Kerana apa? Kerana dia belajar dari kegagalan. Kegagalan adalah guru yang paling berkesan untuk seseorang itu menempa kejayaan yang lebih hebat dari sebelumnya.
  
  Di samping itu kita kena yakin kegagalan itu bersifat sementara. Bukan sekali kita gagal, kegagalan itu berlaku buat selama-lamanya. Begitu juga kejayaan, jika kita kurang memberi perhatian untuk mengekalkannya dan  menambahkannya semaksima mungkin, ia akan senasib dengan kegagalan.
  
  Sejarah Islam mengajar kita bagaimana medan Uhud satu insiden besar untuk dipelajari dalam soal ini. Apabila bukit strategik untuk kejayaan dan kemenangan tidak dipertahankan sekuat mungkin, Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya menerima kekalahan dalam peperangan tersebut (hidup ini anggaplah ia bagaikan peperangan).

  Tentera pemanah (sekarang tentera yang menggunakan sniper) yang perlu kekal di sesuatu tempat dalam sesuatu masa, telah turun dari Bukit Uhud kerana melihat harta benda yang banyak ditinggalkan musuh di bawah lembah. Ertinya Islam mengajar kita mengambil berat tentang strategi mencapai kemenangan.
  
  Dengan pengabaian mempertahankan strategi kejayaan dan melanggar arahan yang ditetapkan, mengundang padah, Nabi s.a.w. diajar dengan patah giginya dalam peperangan Uhud, tentera kucar kacir, ramai sahabat gugur syahid. Tentera Islam terpaksa berundur buat sementara waktu dan mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut untuk menempa kemenangan dalam peperangan seterusnya.
  
 Dunia politik dan perniagaan memang memerlukan banyak perancangan dan staregi, berbanding dunia lain kerana ia banyak persaingan dan musuh.  Walaupun kita berada di kelompok kecil, kita perlu beri perhatian serius dalam soal strategi politik dan perniagaan ini.

  Untuk itu kita tidak boleh berhenti belajar menimba ilmu dalam soal ini walaupun kita sudah lanjut usia, kerana ilmu startegi politik dan perniagaan berubah mengikut perkembangan masa, berkembang mengikut kemajuan yang dicapai oleh manusia.

  Dulu tidak ada facebook, twitter, internet, google, yahoo, sekarang ada, segala maklumat dan strategi yang dirancang boleh dilancar hanya melalui hujung jari kita.

  Oleh itu kita mesti berfikir besar dan menggunakan  akal yang dikurniakan Allah SWT untuk melaksanakan kerja mulia ini. Jangan berhenti menimba ilmu, itu tip yang perlu ingat dan kita laksanakan.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising