Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, February 6, 2013

Anak kecil ku kemalangan jalan raya ketika aku di Sabah


6 Februari 2013
Kembali semula ke Semenanjung, setelah beberapa hari di Sabah,. Berita di Sabah lagi, anak kemalangan jalan raya.

Aku sembunyikan dari pengetahuan rakan-rakan kerja di sana insiden itu. Kecedaraan dikhabarkan tidak serius tetapi terpaksa ke hospital di bawa umminya (ibunya). Tinggal beberapa hari di Hospital Permaisuri  Nur Zahirah Kuala Terengganu, ketika aku berada di Sabah. 

Hati agak bercelaru juga di sana mengenangkan insiden itu, rasa nak cepat balik tetapi khabar diterima anak itu stabil, cederanya tidak teruk lalu aku pendamkan saja perasaan itu supaya kerja aku  di Sabah tidak terganggu.

Setakat ini belum lagi menjenguk anak itu. Sehari dua lagi akan  melihat kondisinya. Khabarnya semakin pulih. Anak-anak kecil yang baru tahun tiga sekolah rendah atau sama waktu dengannya tidak usah dibiarkan dengan mudah melintas jalan.

  Jalan raya tidak boleh dianggap mudah, bukan tempat untuk anak-anak kecil melintasinya,  bermain-main ditepinya atau  untuk apa sahaja tujuan tanpa pantauan dari ibu bapa atau orang dewasa.  Kadang kala ia bergantung kepada kita orang dewasa kerana kealpaan orang dewasa menyebabkan anak kecil kemalangan jalan raya.

Kata orang malang tidak berbau. Yang susah kita juga kerana kealpaan kita sendiri. Aku sudha beberapa kali nayatakan jangan  benarkan  anak-anak kecil melintas jalan tanpa pantauan orang dewasa, cukup berbahaya. Sudah acap kali aku pesan kepada mereka tak usah benarkan mereka bergelandangan di jalan raya.

Kalau nak beli apa-apa di seberang jalan sana, kita orang dewasa atau anak kita yang sudah remaja dan boleh berfikir sendiri tanpa bantuan orang dewasa dan berumur belasan tahun, bolehlah kita benarkan merela melintas jalan raya tanpa bantuan orang dewasa. Ini anak yang tidak mengerti tentang keselamatan jalan raya dilepaskannya bermain lintas melintas jalan raya.

Ini satu kerja menyusahkan orang ramai. Sikap kita tidak kisah anak duduk di mana bermain apa, mengundang padah. Betul kita tidak boleh buat pengawasan 24 jam sehari tetapi pengawasan kita orang dewasa terhadap kanak-kanak penting apa lagi berkait dengan keselamatan.

Aku sering berpesan dalam masalah ini kepada isteri dan anak-anak. Ya, takdir menentukan ia berlaku, itu soal kedua. Soal yang pertama ialah orang dewasa kena buat keputusan tidak membenarkan mereka bermain tepi jalan raya atau melintas jalan tanpa pantauan.

Dengan cara memantau kita boleh ajar mereka bagaimana melintas jalan, bukan sepanjang hayat tidak boleh melintas jalan. Anak kecil perlu dibimbing oleh orang dewasa dalam soal apa sahaja termasuk soal keselamatan jalan raya.

Di sekolah, guru-guru dan kurikulum sekolah mengajar soal ini untuk kebaikan anak-anak kita tetapi di jalan raya sebenar kita mesti memantau anak kecil, jangan biarkan mereka menggunakannnya sesuka hati, akibatnya kita rasakan sendiri.

Nasi sudah menjadi bubur nak buat apa lagi. Tanggung sajalah apa yang berlaku. Yang penting kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT tentang keselamatan anak-anak dan diri kita di mana sahaja kita berada.

Doa ibu bapa untuk keselamatan anak-anak kita dunia dan akhirat. Ya, benar kita manusia lemah kadang-kadang alpa dalam pemantauan anak-anak kita, apa lagi jika kita sibuk dengan kerja siang dan malam.

Allah sahaja yang menjaga hamba-Nya dengan memberikan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Aku akan lawatinya dan tengok bagaimana kecedaraannya sehari dua ini.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising