Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, January 30, 2013

Salam Memoir Dari Ku


30 Januari 2013
Dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau Sabah, aku termenung bersendirian, melihat kerusi yang kaku di hadapan, lembaran surat khabar, majalah kapal terbang, terpanggil dan terdetik di hati ku untuk mula menulis memoir.
  Aku ingin menggarap apa jua terlintas dalam benak ku mengenai apa sahaja asalkan aku puas meluahkan fikiran, sekurang-kurang tercatat dalam satu lembaran tidak kira apa nilainya.
  Mungkin ada yang pandang tidak bernilai, namun aku mahu ia dicatat sebagai buah tangan kepada yang sudi membacanya.
  Aku tidak tahu, tiba-tiba sahaja ilham ini meletus dalam perjalanan ke Tawau selepas beberapa minit berlepas dari terminal Lapangan Terbang di Kuala Lumpur. Mungkin kerana aku bersendirian, walaupun ada penumpang seorang lelaki 30-an di tempat duduk tepi sekali. Tempat duduk tengahnya kosong.
  Lap Top dalam tempat letak bagasi di atas kepala. Malas pula rasanya bangun untuk mengambil lap top itu, takut mengganggu rakan penumpang itu.
  Dia duduk sebelum itu bersalaman dengan ku, aku senyum, “Suhaimi.” Aku kenalkan nama ku. Dia senyum sahaja, tak diperkenalkan namanya. Tak mengapalah, dia punya hak, tidak ada siapa boleh paksanya untuk memperkenalkan namanya.
  Aku pun tidak berhasrat untuk berkenalan dengan sesiapa dalam penerbangan itu, aku mahu rihat sedikit selepas tidur lewat semalam kerana membungkus dan timbang barang untuk ke sabah.
  Tak perlu detailkan apa barang itu semua tak mustahak. Yang penting hati ku mula terbuka untuk menulis memoir, dalam keadaan masih tercari-cari bagaimana mahu mulakannya dan masih tidak tahu apakah bentuk memoir tersebut.
Setelah menginap di sebuah hotel di Lahad Datu ( tak perlu sebut nama hotel itu, nak suruh sebut- bayarlah sebagai iklan).
  Dalam hujan lebat di luar, terdengar dari dalam kamar hotel itu, aku bersendirian aku mula membuka lap top, selepas mandi-manda dengan peralatan mandian baharu di beli semalam, selepas solat jama’ dan qosor maghrib dan isyak, aku mula mengetuk keyboard menggarap apa sahaja yang terlintas dalam fikiran ku untuk memulakan memoir ini.
  Memoir yang pertama aku tulis dalam hidup ini setelah usia menjangkau 52 tahun, setelah separuh abad aku hidup di dunia ini, aku lalui pelbagai susah senang, jerit perih, menggalas pelbagai tugas, dari penanam tembakau, pelaut, peniaga kerepok, penoreh getah, wartawan, pengarang akhbar, penerbit video, peniaga pasar malam, peniaga online dan banyak lagi pengalaman yang tak terlarat nak digarapkan semuanya.
  Aku akan cuba sedaya upaya menulis dan terus menulis memoir ini untuk jadikannya satu peninggalan yang berguna untuk tatapan siapa sahaja sebelum aku tiada di dunia ini.
  Aku menulis secara bebas tanpa ada sebarang kongkongan apa-apa bentuk teknik penulisan supaya fikiran bebas berilham untuk memoir ini yang aku belum lagi menentukan tajuk dan sinopsisnya yang khusus.
  Mungkin inilah sinopsisnya jika ia mahu dinamakan sinopsis. Aku bertawakkal kepada Allah supaya Dia memberi petunjuk-Nya agar aku berjaya menulis dan terus menulis sehingga ianya dibukukan. Dan semoga menulis memoir ini menjadi kerja bermanfaat untuk diri ku dan sesiapa yang menyayangi ku selama ini sebagai sumbangan bakti untuk semua.
  Ketika menulis memoir ini aku bersendirian di rantau orang, dalam menunaikan kerja yang tertangguh diminta rakan lama sejak sebulan lalu. Rakan seperjuangan, rakan yang tiba-tiba muncul setelah sekian lama membawa diri ke Sabah ini kerana kerja juga.
  Rupa-rupanya dia mengikut perkembangan diri ku melalui facebook dan maklumat-maklumat yang banyak di internet.
  Itulah promosi dan maklumat zaman ini yang menghubungkan rakan yang telah lama berpisah menjadi akrab semula.
  Dia jemput aku di sini dengan semuanya  berbayar. Sukar juga nak cari rakan macam ni. Terima kasihlah kepada beliau atas kesudiannya menjemput aku ke Sabah ini. Nak tahu siapa dia? Tak payah tahu, semau itu bagi ku tak penting, menyusahkan rakan itu saja.
  Oh ya, inilah kali pertam aku ke Sabah, sebelum ini tak pernah menjejak kaki ku ke sini. Nampak ke terbelakang sikit kan?  Banyak tugas menunggu di sini. Aku ikut sahaja atur cara yang dia orang nak aturkan. Asalkan semua selesai. Kerja aku di sini selesai dan kerja yang dikehendaki oleh jamaah di sini selesai.
  Sebenarnya, jika sudah menjadi rezeki, tidak ada siapa yang boleh menghalangnya. Satu perkara sahaja dalam hidup ini ialah kita yakin dengan Allah SWT. Jika kita percaya Tuhan Yang Memberi Rezeki buatlah apa sahaja itulah juga keyakinan kita. Tidak berubah selama-lamanya.
  Mohonlah limpah kurnia-Nya, kita akan dapati, Dia akan memperkenankan permohonan hamba-Nya.

Salam memoir dari ku

Suhaimi

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising