Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, November 21, 2012

Merdeka Rakyat: Perubahan perlu disegerakan

Isu hari ini ialah rakyat Malaysia perlu buat perubahan besar menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan rakyat yang mendaulatkan cita-cita mereka untuk melihat negara ditadbir dengan adil meliputi kepentingan semua kaum.

Perjuangan kebangsaan hanya untuk melebarkan syak wasangka kaum dan terus menanamkan bibit-bibit perpecahan, semangat chauvanisme di kalangan berbilang bangsa di negara ini.

Apa-apa jenis slogan dan garapan semangat perpaduan yang dimomokkan tidak akan memberi kesan kepada terselindiungnya di sebalik hati kecil berbagai bangsa untuk berpadu dan bersatu membina negara selagi semangat nasionalisme sempit perkauman masih menjadi agenda jahat parti tertentu di negara ini.

Keadilan selama ini menjadi igauan kaum,  tidak pernah terbukti direalisasikan kerana pihak berkuasa menjadikan ianya sebagai agenda untuk mengaut keuntungan dan kepentingan mereka bagi meneruskan pemerintahan yang hampir dengan semangat diktatoristik, setengah orang menyifatkannya diktator berparlimen dengan hasrat apa-apa pun berlaku parti pemerintah sekarang mesti kekal memerintah sampai bila-bila dengan apa cara sekalipun.

Sudah banyak insiden dirancang dengan jahatnya termasuk peristiwa 13 Mei 1969 bertujuan untuk mengekalkan kuasa itu, di samping konspirasi penggulingan pemimpin tertentu dari parti Perikatan- sekarang Barisan Nasional (BN).

Sejarah silam perlu dinilai secara adil dan benar untuk membina jenerasi baru yang memandang negara dan kekayaan yang ada untuk dimiliki secara adil di kalangan rakyat bukan untuk diboloti sekelompok manusia bertungkat di bawah ketiak parti pemerintah.

Jika mereka menjadi billioner, billioner bukan anak jantan. Siapapun boleh menjadi jutawan atau hartawan dengan cara yang kotor tersebut.

Undang-undang perlu dicipta lebih realistik menghapuskan kronisme, chauvanisme dan sifat 'above the law' kerana di situlah terbentuknya penyelewengan kuasa berpanjangan sehingga ada manusia bebas melakukan apa sahaja dikehendaki kerana tidak ada undang-undang yang dirasakan boleh menganggu kebebasan mereka bertindak.

Rakyat perlulah diberi hak berfikir secara rasional, tidak dikongkong oleh media berpihak dan terkongkong untuk melahirkan buah fikiran bernas dan benar bagi tatapan dan 'amaliyyah' rakyat, bagi melahirkan rakyat yang cerdik bertindak dan merancang masa depan negaranya melalui gerakan politik dan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat.

Sudah cukup masanya, rakyat tidak diberi ruang  untuk menilai secara bebas parti-parti politik dengan kebebasan ruang berinetraksi melalui saluran rasmi media kerajaan kerana parti-parti yang ditubuhkan ia berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan bukan bergerak secara 'under ground'.

Dengan sifat media rasmi satu hala menyebabkan fikiran rakyat terkongkong dan terbelenggu dengan suapan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan dari pihak pemerintah sedia ada. Kadangkala ia bersifat propaganda seperti yang diamalkan oleh komunis.

Pemerintahan negara mesti bertukar kepada pemerintahan lebih terbuka memakai apa sahaja kebijaksanaan mentadbir dan mengurus walau dari mana sahaja ia diperolehi untuk menghasilkan negara berkualiti dalam semua aspek.

Apa yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. dengan mengambil sistem strategi perang Parsi dengan menggali parit (khandaq) satu sifat bijaksana dan berketerampilan di zaman dikatakan tidak semaju sekarang.

Bagaimanapun paksi keadilan dan keamanan perlu dinilai dengan Islam sejauhmana ia bertepatan dengan kaedah hukum dan ulub politik dan pentadbiran yang tergarap sekian lama di dalam ajarannya dan terbukti ia telah membina tamaddun manusia berabad-abad lamanya dan tidak pernah membawa masalah kepada mereka.

Semua tamaddun manusia yang dibina tanpa Islam, semua membawa masalah kepada kehidupan manusia sejagat selama-lamanya.

Justeru Malaysia mestilah dibina berteraskan keadilan sejagat ini dan keadilan sejagat ini telah pun dirasai oleh semua kaum kerana mereka sendiri mengetahui semua sistem lain gagal membentuk Malaysia Baru dan tidak bermasalah di bawah sistem-sistem ciptaan manusia.



No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising