Nampaknya, Umno ingin memperlihatkan ada
orang membenci apa saja kegiatan Pakatan Rakyat (PR) walaupun manusia berfikiran
waras sudah tahu siapa dalang di sebalik provokasi itu.
Masalahnya ialah, isu di pihak PR boleh diterima akal, sementara isu
dibawa oleh Umno lapok dan tidak boleh diterima oleh orang yang berfikiran
waras, pengkaji sejarah politik dan mereka yang berpengalaman dalam politik.
Dikatakan
sekurang-kurangnya ada satu insiden buruk setiap bulan ditimbulkan oleh
golongan pencacai Umno untuk menimbulkan ketakutan dan huru-hara di kalangan
rakyat yang saya berpendapat mereka adaptasikan dari serangan golongan penentang
arus kebangkitan rakyat di Asia Barat.
Saya berpendapat lebih baik Umno bersihkan politiknya dari sebarang
salahlaku undang-undang berbanding mengupah pencacainya membuat provokasi dalam
majlis PR.
Mungkin parti itu terasa sudah terlambat kerana melihat reaksi rakyat
semakin muak dengan agenda lapok dan provokasi Umno, mereka seolah-olah dalam
keadaan terpaksa melakukan semua itu untuk menarik perhatian orang ramai hanya
kepada isu berkenaan, supaya tidak lagi membincangkan isu sebenar kehancuran
pentadbiran politik dan ekonomi negara akibat kerakusan kepimpinan Barisan
Nasional (BN) dalam semua aspek.
Insiden yang pernah dilaporkan berlaku ialah dikira mulai Januari tahun
ini sehingga 25 Mei lalu, menjejak onar BN, yang menggelabah dalam kegelisahan,
meraba dalam cerah sekaligus memperlihatkan tidak profesional parti itu
menangani isu rakyat.
Kadar
buta huruf Malaysia semakin baik dari setahun ke setahun. Menurut laporan
Jabatan Perangkaan, Pada 2000, kadar buta huruf dewasa di Malaysia telah
menurun kepada 9.7 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu pada kadar 10.6
peratus. Perkembangan positif ini berterusan sehingga 2008 iaitu hanya 7.9
peratus penduduk dewasa buta huruf di Malaysia.
Menurut
satu laporan kadar buta huruf di kalangan bekas pelajar Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) berada di tahap lapan peratus dikira dari jumlah calonnya berjumlah
468,808 tahun ini.
Ini bererti kira-kira
37,504 orang berada di tahap buta huruf. Ia semakin menekan tindakan politik
Umno untuk mengekalkan kerja-kerja lama seperti menabur wang kepada orang ramai
dalam pelbagai program berunsur politik semata-mata bukan tujuan sebenarnya
untuk membasmi kemiskinan dan kesempitan hidup di kalangan rakyat.
Rakyat sudah mula
celik, makin cerdik dan makin kurang tindak kurang bijaknya dalam arena
politik. Ia mengundang Umno terdesak menabur banyak lagi wangf kepada orang
ramai menjelang pilihan raya umum ke-13, walaupun tarikhnya masih di peringkat
teka teki.
Presiden Umno,
Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dengan nasihat Apco, sebuah syarikat perunding
Yahudi melancarkan Agenda 1 Malaysia yang seawalnya sudah menimbulkan riuh
rendah polimik perkauman yang tidak berkesudahan, ia bakal kecundang bersama
kecundangnya pembawanya seperti juga dasar politik retorik yang dibawa oleh
perdana-perdana menteri sebelum ini.
Transformasi Umno
berdepan dengan dasar reformasi yang dibawa Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, dasar negara berkebajikan dibawa oleh PAS melalui ucapan dasar
Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS Pusat
yang lalu di Taman Melewar Kuala Lumpur, suatu perlawanan sengit,
menggelisahkan Umno/BN.
Dari segi isu PR
mempunyai banyak fakta isu dan bukti-bukti kukuh bahawa Umno dan kepimpinannya
sudah banyak menghilangkan wang rakyat dalam operasi rahsia (aktiviti rahsia
besar melibatkan wang pembayar cukai beratus-ratus bilion ringgit) dalam banyak
insiden sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Banyak juga wang
itu masuk poket pemimin BN dan sebahagiannya masuk ke tabung Umno Malaysia.
Ia membabitkan
insiden jenayah kolar putih membabitkan kepimpinan tertentu dalam Umno,
membunuh manusia yang dipercayai merugikan Umno yang dipercayai mengetahui
rahsia besar dan sulit Umno.
Rakyat di tahap
ini, perlu mempunyai kesedaran politik yang tinggi jika mahukan negara mereka
selamat dari ancaman pemimpin parti korup dan tidak bermoral ini.
Rakyat perlu
mempersiapkan diri dan minda serta spritual, bersifat jujur terhadap diri sendiri
supaya tidak lagi sewenang-wenangnya dipergunakan oleh golongan berkepentingan
untuk mengaut keuntungan atas kesusahan rakyat bukan untuk sebenarnya
meletakkan rakyat dalam situasi negara yang bermaruah dan tamaddun insaniah
sebenar sehingga menarik pelabur asing berpusu-pusu ke Malaysia kerana mereka
tahu negara adil ini dan stabil politiknya tanpa rasuah sekaligus memberi
keuntungan yang memuaskan kepada perniagaan mereka.
Impaknya rakyat
bebas memperolehi apa yang dikehendaki dalam kehidupan mereka tanpa takut
kepada sesiapa melainkan kepada Allah SWT sahaja. Inilah yang dikehendaki oleh
PR dan inilah yang ditakuti oleh musuh-musuhnya.






No comments:
Post a Comment