Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, May 16, 2011

Buku Jingga: Satu Komentar


Semalam (selepas ini baca baru-baru ini), saya ada terbaca satu laporan dari Malaysiakini akhbar internet popular bahawa Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia didakwa diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber, arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam 'satu sistem' akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Nota itu menyebut, setelah hadir ke taklimat di pejabat berkenaan pada tarikh yang sama, pejabat tersebut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada keesoknya (22 Mac) akan bercakap mengenai "kesan negatif" jika janji pembangkang dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak -- antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik -- bagi menyokong kenyataan Najib itu.

"Komen-komen ini boleh disiarkan secara berperingkat-peringkat sehingga Ahad ini mulai esok," tulisan dalam nota yang diperolehMalaysiakini itu dipetik.

Wartawan kanan itu juga meminta bantuan Meja Am dan Meja Ekonomi akhbar itu untuk melakukannya kerana biro yang diketuainya agak sibuk pada masa itu.

Benar-benar hentam

Semakan Malaysiakini di Utusan versi dalam talian mendapati terdapat sekurang-kurangnya tujuh laporan berkenaan Buku Jingga dimuatkan di akhbar milik Umno itu sepanjang tarikh yang diarahkan.

Isu berkenaan juga didapati terus disentuh selepas tarikh berkenaan.

Malaysiakini juga mendapati, Najib pada 22 Mac benar-benar menghentam Buku Jingga yang dihasilkan bersama PKR, DAP dan PAS itu.

Beliau dilaporkan mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tindakan Pakatan "menyogok dokumen-dokumen janji", terkini melalui Buku Jingga sehingga risikonya kelak mendatangkan kesengsaraan dan bala bencana kepada negara.

Najib ketika berucap di Putrajaya juga dilaporkan berkata, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek dari membankrapkan negara dalam jangka panjang.

Utusan turut memuatkan komen beberapa pemimpin BN yang mempunyai nada sama, antaranya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (naib presiden Umno), Datuk Seri Dr Rais Yatim (menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan) serta T Mohan (ketua Pemuda MIC).
Sepanjang tempoh arahan itu juga, Utusan turut memetik pandangan penganalisis politik dan ahli akademik Dr Chandra Muzaffar, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, selain ulasan oleh kolumnisnya sendiri, termasuk penulis kontroversi Awang Selamat.
Sementara itu, dakwaan campurtangan kerajaan dalam media bukanlah perkara baru dan sering disebut oleh pemimpin pembangkang, terutama dalam ceramahnya.
Lagi dakwaan campurtangan k'jaan

Sebelum ini, perkara yang hampir sama didedahkan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari.

Bercakap kepada portal berita Free Malaysia Today(FMT), dakwanya agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipengerusikan Najib.

Wartawan kananUtusan yang dipecat itu berkata, agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat itu akan disampaikan kepada ketua pengarang melalui pejabat Perdana Menteri.

Ini menunjukkan bahawa UMNO/BN sudah jadi macam cacing kepanasan apabila membaca buku jingga ini terutama dalam soal hasrat Pakatan Rakyat untuk melaksanakan janji-janji dalam 100 hari pemerintahan di peringkat Pusat yang mana Umno tidak sanggup berbuat demikian.

Janji ini adalah suatu yang murni yang kebanyakan rakyat menanti-menanti ketibaannya kerana sudah lama rakyat dibelenggu dengan kezaliman dan kerakusan kuasa institusi tersebut yang digunakan sewenang-wenangnya oleh Umno/BN untuk mengekalkan kuasanya selama lebih 54 tahun.
Saya nak baca secebis puisi ciptaan saya sempena masalah ini.


Sebenarnya banyak perkara juga saya ingin sentuh tentang buku jingga ini

Antara lainnya tentang isu

B – Agama
Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir
ke dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.
Pakatan Rakyat berikrar:
i. Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
ii. Menganjur dialog dan rundingan antara peradaban untuk mengukuhkan persefahaman.
iii. Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.
iv. Memperkukuhkan pengurusan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.

Apa yang tertinggal di sini pada pandangan saya membaik pulih institusi zakat sebagai sumber mengatasi maslaah kemiskinan di kalangan rakyat dengan memanfaatnya kewangan insitusi tersebut sebaik mungkin.

Sebagai sedia maklum bahawa Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi Umno, telah cuba bermain api untuk mencetuskan pertelingkahan atau permusuhan agama dengan mendakwa terdapat usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara dan pemimpin agama itu sebagai Perdana Menteri Malaysia sedangkan ia bukan berita yang sahih.

Bagaimanapun Malaysiakini semalam melaporkan bahawa
Pihak polis menerima 'variasi lain' berhubung dakwaan terdapat usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dilaporkan kepadanya.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar enggan mendedahkan butiran lanjut dan hanya memberitahu wartawan bahawa ia "berlainan dari yang diterima sebelum ini".

"Butirnya tak perlulah saya jelaskan. Saya difahamkan, sudah ada pun wartawan yang menemuduganya (pengadu) pagi ini (semalam)," katanya.

Laporan itu dibuat di Pulau Pinang pada jam 8.50 pagi semalam.

Sehubungan itu, tambahnya, lebih ramai lagi saksi akan dipanggil memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes yang diberi keutamaan ketika ini.

Penulis blog Big Dog (atau Zakhir Mohamed) -- yang dipercayai saksi utama bagi kes itu -- bagaimanapun belum dipanggil memberikan keterangan dan akan dipanggil "pada bila-bila masa" sahaja, kata Khalid.
Utusan Malaysia pada Sabtu lalu, berdasarkan dakwaan dua penulis blog pro-Umno menuduh terdapat usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi selain memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur semalam, Khalid juga menasihatkan supaya kes yang disiasat bawah Akta hasutan 1948 itu tidak dispekulasi dan diperbesar-besarkan.

Ini kerana, menurut Khalid lagi, kes itu masih dalam proses siasatan.

Sementara itu, kandungan sebenar laporan yang dibuat di Pulau Pinang itu masih menjadi teka-teki.

Di Pulau Pinang, ketua polisnya Datuk Ayop Yaakob juga enggan mendedahkan aduan baru itu dengan alasan Khalid telah mengulasnya di Kuala Lumpur.

Apa yang berlaku ialah ia suatu permainan wayang dengan membuat tuduhan tersebut kerana persatuan paderi keristian dipanggil untuk memberi penjelasan kepada Najib dan kemudian dia memberi surat amaran kepada Utusan, sekadar amaran sahaja tidak diambil tindakan tegas dengan memecat Ketua Pengarang Kumpulannya kerana menyiarkan berita seumpama itu boleh mengancam keselamatan Negara.
Apa yang diinginkan oleh Umno ialah nak nyatakan bahawa apa yang diperjuangkan oleh Umno dan Pakatan rakyat dalam soal Islam sebagai agama rasmi Negara adalah satu perjuangan yang sama sahaja antara BN dan Pakatan Rakyat.
Perkara ini mungkin berlaku kerana ia suatuyang boleh disepakati bersama antara DAP, PKR dan PAS walaupun ia tidak merupakan suatu yang berbeza dari segi asasnya dengan apa yang dipertahankan oleh Umno.
Mungkin yang berbeza dalam soal ini ialah dalam isu bagaimana cara mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Negara.
Sebagaimana sedia maklum bahawa agama rasmi Negara yang dimaksudkan di sini ialah sekadar membaca doa dalam majlis-majlis rasmi kerajaan, bukan melaksanakan Islam sepenuhnya dalam negara ini.
Soal perlaksanaan Islam secara menyeluruh mungkin disentuh dalam fasa lain yang lebih khusus mungkin berkaitan dengan pelaksanaan syariah dan mahkamah sivil.

Ia mungkin satu strategi politik supaya ia tidak timbul masalah antara parti kompnen pakatan rakyat dan ia menjadi isu besar di pihak Umno di mana Umno akan gunakan isu ini untuk mengapi-apikan rakyat bukan Islam.

Saya jugak ingin menyentuh perkara
C – Pendidikan
Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang saksama kepada rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
i. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
ii. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.

Komentar saya ialah,
Pendidikan Pakatan Rakyat haruslah bermula dengan pendidikan asas agama terlebih dahulu diperingkat sekolah rendah sehingga sekolah menengah, ia menjadi asas pertama.
Ia perlu disempurnakan terlebih dahulu di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan Islamik.
Pembelajaran kedua ialah ilmu asas kemahiran dan teknologi yang dikembangkan di peringkat kolej dan universiti untuk melahir tenaga pakar dalam bidang ilmu pekerjaan bukan sekadar ilmu semata-mata yang tidak boleh diadaptasikan dalam bidang pekerjaan.
Ia bergantung kepada keperluan semasa dan perlu ada Jabatan R & D membuat kajian dari semasa ke semasa  dalam hal ini.

Sekian itu sahaja pandangan saya, terima kasih.

(Teks ini sebahagiannya dibaca dalam satu Majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.)

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising