Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, April 28, 2011

Pemilihan perlu tampil ramai muka baru, kata pemimpin PAS


Oleh Syed Mu’az Syed Putra

April 28, 2011
KUALA LUMPUR, 28 April — Pemimpin-pemimpin PAS pusat menyambut cadangan Datuk Husam Musa bahawa parti Islam itu perlu “disegarkan” dengan disuntik elemen-elemen baru termasuk membawa masuk muka-muka baru dalam barisan kepimpinan parti itu.
Selain bersetuju agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden parti, pemimpin-pemimpin PAS juga mahu lebih banyak ruang diberikan kepada pemimpin muda dan perubahan dilakukan agar parti itu mampu bersaing dalam era globalisasi.
Minggu lalu Husam, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat mempertahankan kepimpinan Hadi dengan menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti tersebut.
Beliau berkata kepimpinan pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.
Selain itu, Husam juga berkata, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.
Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa, cadangan yang berikan Husam itu amat bernas memandangkan kepimpinan Hadi selaki presiden parti sangat diperlukan ketika parti Islam itu dilihat menjadi serangan politik Umno-Barisan Nasional (BN).
“Saya setuju dengan pandangan Husam bahawa soal Hadi dicabar atau tidak, itu tidak timbul kerana kepimpinan Hadi masih diperlukan, malah beliau telah membawa banyak perubahan semenjak memegang jawatan itu.
“Jadi apa yang paling penting adalah kepimpinan hari ini perlu mampu memberi keyakinan kepada golongan pelapis yang bawa hasrat pembaharuan dan golongan-golongan ini perlu diberi peluang untuk melonjakkan PAS dalam konteks politik sekarang.
“Ini bukan bermaksud pemimpin muda tapi adalah muka-muka baru yang boleh membantu melonjakkan PAS, saya yakin kepimpinan Hadi mampu memberi lebih ruang sebab selama ini beliau (Hadi) banyak memberi ruang agar perubahan dilakukan dalam parti,” katanya.
Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, elemen-elemen dan muka-muka baru dalam PAS boleh membawa satu perubahan besar, terutamanya untuk meyakinkan rakyat terutamanya orang Melayu bahawa parti itu bersedia untuk melakukan perubahan tanpa meninggalkan asas perjuangan iaitu menegakkan Islam.
“Jika PAS boleh melakukan pembaharuan dan perubahan sama ada dari segi pendekatan atau kepimpinan parti tidak mampu untuk menjadi sebuah parti yang kuat, kukuh dan diyakini rakyat di negara ini.
“Sebab itu, saya kata kepimpinan PAS bukan terletak atas bahu presiden tapi keseluruhan kepimpinan perlu memikul tanggungjawab ini tanpa meninggalkan dasar perjuangan parti . . . jadi amat jelas sekali PAS perlu melakukan perubahan ini, jika kita mampu melonjakkan PAS, maka ia akan kekal releven di masa mengundi dan pada masa sama ia boleh membuktikan kepada rakyat bahawa PAS menuju ke arah perubahan yang lebih besar,” kata Mujahid yang juga penulis buku “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.
Sementara itu Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad berkata pada pemilihan PAS Jun ini perwakilan perlu memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan itu.
“Perwakilan kena ambil kira tugas yang hendak dimainkan pemimpin yang akan mereka pilih, perwakilan perlu pilih pemimpin yang boleh memainkan jawatan itu... pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan itu.
“Perwakilan perlu lihat jawatan dengan peranan yang akan dipikul, jawatan bukan penghormatan tapi adalah tugas yang harus dipikul jika dipertanggungjawabkan,” katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga berkata PAS perlu melakukan perubahan yang lebih dinamik dalam menarik sokongan rakyat.
“Kita perlu pemimpin yang sentiasa sensitif terhadap imej parti dan juga orang di peringkat akar umbi, kita perlukan fikirkan keadah yang baru untuk tarik perhatian rakyat serta untuk menafikan setiap tuduhan yang dilemparkan lawan kepada kita.
“Untuk melakukan perubahan dan menghadapi suasana baru kita memerlukan kaedah-kaedah baru, pemimpin yang lebih segar dan kita tidak lagi boleh menggunakan keadah lama,” katanya.
Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kaiat memberitahu, dalam menghadapi cabaran politik semasa PAS perlu menampilkan lebih banyak kaedah dan pendekatan yang lebih “segar” sekiranya mahu menjadi sebuah parti dinamik dan diterima rakyat.
“Saya melihat dalam menghadapi cabaran politik sekarang, maka PAS memerlukan lebih ramai tenaga muda serta mempunyai pendekatan dan kaedah lebih kreatif, inovatif dan dinamik.
“Justeru dalam menghadapi cabaran politik semasa, maknanya PAS perlu ada muka-muka baru supaya kita nampak lebih segar, bukan bermaksud tukar semua pemimpin tapi menampilkan tenaga-tenaga baru dalam parti,” katanya.
Selain itu, beliau berkata PAS juga perlu berubah dari segi pendekatan atau kaedah yang digunakan untuk mendekati rakyat yang mana parti Islam itu tidak boleh terlalu bergantung kepada strategi lama seperti ceramah dan penyebaran risalah.
“Dalam konteks politik sekarang, kita banyak cabaran baru dalam negara dan ia memerlukan satu buah fikiran yang baru, cara kreatif dan inovatif untuk menghadapi cabaran-cabaran ini.
“Dulu kita hanya parti pembangkang tapi sekarang kita adalah bakal menjadi kerajaan, jadi masalah-masalah semasa yang berkaitan dengan negara dan sebagainya memerlukan kita sentiasa melakukan perubahan...kalau tiada penyegaran kita akan jadi tepu,” katanya.
Oleh itu, tegas Suhaizan, sekiranya PAS gagal untuk melakukan perubahan atau transformasi seperti mana yang dilakukan DAP sudah pasti parti Islam itu tidak mampu bersaing terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Itu akan jadi masalah, sebab itu kita perlukan perubahan dan pembaharuan seperti bagaimana untuk menggerakkan negara, keperluan idea yang lebih kreatif dan penyegaran dari segi pendekatan dan kepimpinan parti.
“Sudah cukup dari segi penyegaran parti, kalau kita tak buat perubahan kita takut akan jadi parti yang mundur, pada saya semua parti politik mesti kena sentiasa ada suasana dinamik dalam parti,” katanya.
Seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mazlan Aliman berkata parti itu memerlukan pemimpin yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa selain bijak dalam mengangani setiap itu yang berbangkit.
Menurut beliau, dalam era globalisasi ini pemimpin-pemimpin PAS perlu sentiasa bergerak satu langkah di hadapan dan boleh menjangka apa yang akan berlaku.
“Saya sokong kenyataan beliau (Husam), yang mana kalau kita lihat arus pembangunan negara yang sentiasa berubah dan cabaran yang semakin besar memerlukan kita melihat dunia ini secara intelektual dari pelbagai sudut dan pandangan.
“Sebab itu, kita perlukan barisan kepimpian yang pantas untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa selain harus memiliki kepekaan yang tinggi terhadap perkembangan semasa dan setiap pemimpin harus bijak menangani apa jua cabaran semasa,” katanya.
Tegas Mazlin, sekiranya pemimpin parti lambat bertindak untuk melakukan perubahan sudah pasti banyak perkara tidak dapat diselesaikan.
“Kalau lambat tangani masalah, nanti rakyat akan jadi korban sebab itu kepimpinan PAS harus peka dan sentiasa berada di hadapan selain boleh membaca apa yang akan berlaku.
“Kalau kita pasif, kita akan gagal untuk memahami kehendak rakyat dan apa yang kita mahu lakukan juga akan gagal,” katanya.
Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) bersetuju agar muka-muka baru ditampilkan untuk membawa perubahan dalam PAS.
“Saya sokong bahkan kita harus beri ruang kepimpinan dalam parti dengan muka-muka baru, bukan hanya golongan profesional tapi aktivis-aktivis parti juga kerana kita perlukan kepimpinan yang boleh mewarnai politik masa depan.
“Selain itu ruang untuk berinteraksi pada masa sekarang begitu banyak . . . kita tidak boleh berceramah dan mengedarkan risalah tapi kita peru menggunakan kaedah-kaedah baru seperti Internet dan sebagainya untuk menyebarkan maklumat, kalau lambat kita akan ketinggalan,” katanya.- The Malaysian Insider

Malaysia Baru di bawah Pakatan Rakyat: Bersatu Ubah Sekarang


Saya berpendapat negara Malaysia boleh bertukar tangan dari BN ke Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke 13 tidak lama lagi sekiranya pelbagai kaum bersatu menolak BN yang Umno menjadi teras parti itu.


Yang penting kesedaran semua kaum untuk bertukar dan melihat Malaysia berwajah baru dalam semua aspek boleh menjadi kenyataan apabila mereka mengkaji kejayaan dan kelemahan BN menerajui negara ini sejak 54 tahun lalu.

Ke mana mereka dibawa? Apa yang mereka dapat? Apa permasalahan hidup mereka  telah diselesaikan? Apa tekanan kehidupan yang dihadapi di bawah BN? Kemajuan apakah yang merubah kehidupan rakyat secara menyeluruh di bawah BN? Bebanan apakah yang dipikul rakyat akibat mengekalkan BN memerintah?

Soalan pertama ke mana rakyat dibawa BN selama lebih lima dekad parti memerintah negara dan rakyat? Saya kata tidak ke mana, bahkan rakyat berada di zaman tidak tentu arah. Mereka menentukan nasib mereka sendiri dengan sisa-sisa hidup kerana wacana negara banyaknya hanyalah retorik BN untuk  menang dalam pilihan raya.

Kemana perginya wacana Kepimpinan Melalui Tauladan, Bersih Cekap Amanah, Penerapan Nilai-nilai Islam, Islam  Hadhari, Wawasan 2020, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan (sebagai menyebut beberapa wacana).

Menulis semua kepincangan hasil slogan itu, tidak cukup masa dan ruang untuk digarap. Cukuplah kesimpulan dibuat bahawa rakyat ditipu di atas darat (mentah-mentah) dengan retorik ke arah Malaysia Negara Maju tetapi kemajuan sebenarnya hanya membina bangunan mencakar langit membuat projek-projek besar dengan membazikan wang rakyat sedangkan rakyat dibebankan dengan pelbagai penyakit, tekanan ekonomi dan sosial yang pincang dan melakari kemajuan yang dibuat dan mahu dicapai.

Penyakit insaniah yang membarah dengan rasuah, penyelewengan kuasa, kebobrokan moral, ketandusan iman dan keyakinan kepada pencipta manusia penyebab utama mengapa rakyat berada dalam keadaan demikian hari ini. Sistem pendidikan hanya untuk melahirkan bijak pandai tidak beriman kerana keimanan dibuang dari sistem pendidikan negara.

kegagalan asas ini menyebabkan semua kegagalan yang dirancang dan jelasnya BN sudah tidak upaya lagi membentuk Malaysia lebih dinamik di masa hadapan.

Justeru keupayaan PR mengambil alih dan berusaha berubah negara dan rakyat ke satu tahap pentadbiran baru dan kemajuan berteraskan keadilan dan kesaksamaan kaum, warna kulit serta berteraskan keyakinan dan keimanan perlu dibentuk dan diwacanakan oleh rakyat sendiri mulai hari ini.

Kita tidak boleh mengharapkan Umno/BN menetapkan masa depan kita tetapi kita sendirilah menentukan masa depan kita, untuk apa kita hidup di dunia dan ke mana kesudahan kita sebenarnya.

Inilah hakikat kemajuan dan pembangunan yang perlu digarap oleh kita semua mulai sekarang.

Pemilih baru naik ketara, lebih 300,000 daftar suku pertama 2011



KUALA LUMPUR, 27 April – Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mencatatkan peningkatan jumlah mereka mendaftar sebagai pemilih baru – lebih 300,000 orang mengemukakan permohonan pada suku pertama tahun ini.

Angka itu mengatasi lima suku terakhir sebelum ini dan mengalami peningkatan peningkatan ketara.
Ia juga dua kali ganda lebih tinggi berbanding suku pertama tahun lalu.
Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku pertama tahun 2011 iaitu dari Januari hingga Mac, SPR menerima 301,171 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 59,075 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
Nama-nama baru itu akan dipamer di bawah Rang Daftar Pemilih tambahan bagi suku pertama tahun 2011 untuk semakan orang ramai mulai esok hingga 4 Mei, kata Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said.
Ia akan dipamerkan di 1,005 tempat di seluruh negara iaitu 15 Pejabat Pilihan Raya Negeri; 475 Pejabat Pos Berkomputer; 105 kompleks/pejabat kerajaan; 156 Pejabat Daerah/Pejabat Tanah; 51 majlis daerah/perbandaran; 173 dewan serbaguna/rukun tertangga/balai raya/ penghulu atau dewan; dan 30 di tempat-tempat lain.
“Orang ramai yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang memohon pertukaran alamat pusat mengundi, dinasihat membuat semakan,” katanya.
Perangkaan dikeluarkan SPR sebelum ini menunjukkan seramai 292,444 orang memohon mendaftar sebagai pengundi baru antara Oktober dan Disember lalu berbanding 246,962 orang antara Julai dan September lalu.
Pada suku pertama Januari hingga Mac 2010, SPR menerima 134,298 permohonan baru dan ia meningkat kepada 191,970 sepanjang April dan Jun.
Arah aliran peningkatan jumlah permohonan baru itu sama dengan situasi pada 2007 di mana ia mengalami peningkatan ketara menjelang pilihan raya umum ke-12, yang berlangsung pada suku pertama tahun 2008.
Berdasarkan daftar yang disahkan setakat 31 Disember lalu, SPR mempunyai 11,817,936 orang pemilih.- The Malaysian Insider

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising