Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, November 28, 2011

Selangor ada sebab pilihanraya umum berasingan

Tan Sri Khalid Ibrahim
Mengulas perbezaan dua buah negeri Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan pilihan raya berasingan atau sekaligus selaras dengan pilihan raya peringkat parlimen selepas pembubaran parlimen tidak lama lagi, penulis mempunyai pendapat tersendiri.

Ini termasuk Selangor dan Kelantan. Lain-lain negeri PR, penulis belum bersedia membuat ulasan.

Bagi Negeri Selangor Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) dipercayai  atas semangat permesyuaratan majlis tertinggi kepimpinan Parti  Keadilan Rakyat (PKR) dan dipercayai atas persetujuan Majlis Kepimpinan PR, keputusan mengadakan pilihanraya peringkat negeri itu selepas enam bulan berlalunya pilihanraya umum ke 13, suatu yang mencabar dan mempunyai kesan politik ke atas negeri itu sekaligus PR.

Tuan Guru Datuk Nik Abd. Aziz Nikmat
Penulis berpendapat tindakan demikian suatu yang patut dilakukan walaupun pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memujuk supaya negeri Selangor mengadakan pilihan raya serentak, itu suatu hal yang lain.

Memang jentera Barisan Nasional (BN) akan dikerah habis-habisan begitu juga jentera politik PR akan turut dikerah habis-habisan untuk menghalang BN menguasai sekaligus memerintah semula negeri Selangor.

BN sebelum ini dipercayai telah melonggokkan berpuluh-puluh ribu pengundi pendatang asing ke segenap pelusuh kawasan pilihan raya untuk memastikan kemenangan berpihak semula kepada parti itu.

Namun dengan kerahan tenaga kerja pilihan raya  dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, masalah pengundi hantu boleh ditangani dengan cara-cara tertentu yang petugas PR sedia maklum.

Ini antara kelebihan mengadakan pilihanraya umum terasing dari Pusat yang penulis berpendapat, ia suatu yang perlu diuji dan praktikkan untuk mengetahui sejauh mana ia mendatangkan manfaat kepada PR dan rakyat sejujurnya.

Tan Sri Khalid mempunyai alasan yang kukuh untuk melaksanakan Bajet Selangor 2012 supaya apa yang dijanjikan PR dapat dilaksanakan dalam masa enam bulan.

Ketika mengulas bajet Negeri Selangor 2012 Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail (gambar)  berkata, Menteri Besar Selangor menempa sejarah kegemilangan apabila mengumumkan bahawa setakat September 2011 simpanan negeri mencecah RM1,200 juta; jumlah tertinggi pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu. 

Katanya, Belanjawan Negeri Selangor 2012 juga adalah terjemahan kepada pentadbiran reformasi yang dijanjikan kerajaan PR apabila memerintah negeri tersebut  empat tahun lalu.
Beliau berkata demikian ketika menulis artikel dalam blognya http://wanazizahblog.com yang diterbitkan pada 15 November lalu bertajuk Dari Meja Presiden : Di Sebalik Belanjawan 2012 Selangor
Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Katanya, ketika negeri-negeri lain, khususnya negeri yang ditadbir BN terus mengalami defisit dan hutang yang tinggi, Selangor pula berjaya membentang belanjawan seimbang. 
"Dengan peruntukan RM1.6 bilion dari kumpulan wang yang disatukan, bermakna ini adalah belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan di Selangor; peningkatan hampir RM400 juta berbanding tahun lalu," jelasnya.
Ini katanya, ditambah pula dengan Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang diperuntukkan hasil dari bayaran dividen anak-anak syarikat, hasil kutipan hutang lapuk kerajaan dan menyusun semula nilai premium tanah-tanah di seluruh negeri. 
Ini jelasnya, bermakna jumlah keseluruhan Belanjawan Selangor 2012 adalah RM1.9 billion, satu jumlah yang cukup besar untuk dinikmati rakyat negeri Selangor.
"Ketika membentangkan Belanjawan tersebut kita juga dikejutkan dengan berita bahawa ketika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri pada Mac 2008, wakil-wakil rakyat Umno-BN telah menghabiskan sepenuhnya peruntukan untuk tahun berkenaan.
"Patutlah mereka begitu yakin bahawa Selangor akan bankrap dalam tempuh 8 bulan. Alhamdulillah, dengan kecekapan dan sifat beramanah pimpinan Pakatan, Selangor bukan sahaja boleh bertahan, malah dapat bangkit daripada beban kewangan yang ditinggalkan," tegasnya
Beliau katanya, mengikuti rapat perbahasan Belanjawan di Dewan Undangan Negeri Selangor. 
"Jenaka juga apabila ada YB-YB Umno yang bangkit dan mengulangi Selangor akan bankrap tahun hadapan akibat belanjawan yang diumumkan Tan Sri Khalid.  


"Ironinya tidak pula mereka berasa gusar apabila Kerajaan Persekutuan Umno-BN telah gagal membentangkan belanjawan seimbang selama 13 tahun berturut-turut," jelasnya sinis.
Isteri Ketua pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, kejayaan Selangor bukan datang dengan mudah, sebaliknya memerlukan kekuatan politik untuk melakukan urus tadbir yang cekap, amanah dan efisyen. 
Banyak ranjau yang terpaksa dilalui dan kita masih ingat pada peringkat awal, betapa sukarnya Selangor mahu melaksanakan “program pemberian air percuma”. 
Perjanjian konsesi air yang dimeterai kerajaan UMNO-BN, tidak langsung menguntungkan pihak Negeri. 
Katanya, seraya dikira-kira, kerajaan negeri melihat ada aset negeri yang tidak dihitung ketika penyerahan konsesi kepada syarikat kroni. Aset-aset tersebut kini bernilai tidak kurang dari RM12 bilion.
Dalam bahasa mudah, untuk tempuh tidak sampai empat tahun, rakyat Selangor mempunyai kekayaan asset air berjumlah RM12,000 juta, situasi yang tidak pernah terfikir oleh mereka sebelum ini, ujarnya.
Belanjawan  2012 ini juga dikenali sebagai Belanjawan Reformasi kerana Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang diumumkan Menteri Besar adalah hasil pentadbiran bersih tanpa rasuah yang diamalkan Pakatan Rakyat sejak empat tahun yang lalu. 
Menurutnya, ianya lebih berupa hadiah kepada rakyat Selangor bagi kehidupan jangka panjang. 
Daripada geran tersebut, sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan untuk program gaji minima RM1,500 bagi pekerja anak-anak syarikat negeri dan Selangor menjadi negeri pertama melaksanakannya. 
RM10 juta untuk melebarkan informasi rakyat dan pendedahan rakyat kepada maklumat. 
Katanya, sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan kepada usaha membasmi rasuah dan RM5 juta lagi diperuntukkan kepada usaha meningkatkan tahap demokrasi dan pilihanraya yang bersih di negeri Selangor. 
Manakala RM30 juta diperuntukkan untuk memperkasakan wanita dan RM30 juta untuk membantu usahawan muda dan golongan belia.
"Belanjawan ini adalah yang terbaik pernah dibentangkan; mencakupi setiap segmen masyarakat, menjangkaui gender, warna kulit mahupun fahaman politik dan kepercayaan agama. 
"Kita tidak perlu memperolehi ijazah dalam jurusan ekonomi untuk menilai belanjawan ini sebagai belanjawan rakyat; Belajawan Reformasi," jelasnya.
Rakyat Selangor harus berbangga apabila jumlah besar yang diperuntukkan ini tidak sedikitpun diperolehi atas ikhsan Kerajaan Persekutuan. 
Beliau berkata, berbeza dengan belanjawan Persekutuan, Selangor berbelanja mengikut hasil yang berjaya dikutip dan tidak dengan berhutang. 


Kini terserah kepada rakyat baik di Selangor mahupun negeri-negeri lain untuk menilai prestasi kerajaan PR, khususnya di Selangor.
"Saya yakin andai maklumat yang tepat sampai ke bawah pastinya rakyat dapat membuat penilaian adil, nescaya tidak mungkin Umno-BN akan menjadi pilihan di dalam pilihanraya akan datang. 
"Benteng terakhir Umno-BN ialah jentera media yang dimiliki mereka untuk menutup fakta. Ayuh, kita pecahkan benteng mereka; sebarkan maklumat benar kepada rakyat, nescaya berkuburlah UMNO-BN," ulas beliau.
Dengan penjelasan ini maka cukup relevan kenapa Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR berhak untuk menangguhkan pilihanraya umum sehingga enam bulan lebih lewat berbanding pilihan raya umum yang diisytiharkan BN seluruh negara sedikit masa lagi.
Penulis turut terpanggil untuk mengulas kenapa negeri Kelantan di bawah PAS tidak berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum berasingan dengan Pusat sebagaimana diperkatakan oleh Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat (gambar).
Menurut laporan media elektronik dan bercetak Mursyidul Am PAS itu membayangkan, Dewan Undangan Negeri Kelantan akan dibubarkan serentak dengan pengumuman kerajaan pusat membubarkan Dewan Rakyat.
Beliau berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan DUN.
“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.

“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya.


Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan DUN diadakan sekali.

Penulis berpendapat pandangan Tok Guru juga boleh diterima berdasarkan kepada keupayaan dan kesesuaian politik negeri Kelantan berbeza dengan negeri Selangor dan negeri-negeri  lain.

Keupayaan Kelantan ialah sokongan rakyat selama 20 tahun kepada kepimpinan politik negeri tersebut sudah cukup untuk menjelaskan kenapa rakyat perlu terus menyokong dan mengekalkan kerajaan sedia ada di negeri tersebut.

Lagi pun sejak PAS memerintah negeri itu dalam tempoh tersebut, semua pilihan raya umum negeri diadakan serentak dengan pilihanraya umum Pusat. Tidak banyak masalah timbul dengan cara kendalian pilihan raya sedemikian.

Tetapi ia mungkin berbeza dengan negeri-negeri lain yang baru diperintah PR termasuk Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Apapun cara kendalian pilihanraya, jentera parti PR perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari sekarang.

Di Terengganu, BN mengadakan simulasi pilihan raya beberapa hari lalu (mungkin juga seluruh negara) untuk menguji jentera parti berkenaan.

Manakala PAS sudah mengadakan simulasi pilihan raya seluruh kawasan di negeri itu baru-baru ini.



No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising