Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, June 5, 2011

Pemilihan Pimpinan PAS: Kehendak ahli akar umbi



Meneliti perubahan kepimpinan tertinggi PAS selepas Presiden, ia suatu manifestasi kehendak akar umbi parti bahawa era kepimpinan parti harus terdiri dari aktivis yang sudah lama menyelami hati budi rakyat dan jatuh bangun bersama susah senang rakyat di semua peringkat.

Mereka adalah rangkaian kepimpinan kontemporari rakyat yang boleh mendekati  semua lapisan masyarakat tanpa masyarakat berkenaan segan mengadu hal kehidupan bermasalah sejak sekian lama di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kebimbangan Umno terletak kepada kemampuan PAS melahirkan kepimpinan kontemporari ini yang lebih senang dan selesa mendekati rakyat sehingga rakyat merasakan mereka tidak perlu lagi kepada Umno kerana PAS melalui kepimpinannya boleh menyelesaikan permasalahan mereka lebih baik dari Umno.
Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu suatu ketika dahulu pernah penulis mewawancarakannya dan berhasrat menjadi orang tua selepas beliau dengan sendirinya cukup umur untuk memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai Ketuanya. Beliau kini bukan sahaja menjadi orang tua tetapi orang nombor dua parti.
Mungkin dimaksudkan orang tua ketika itu ialah pemimpin yang berpengalaman dalam parti, boleh dibuat rujukan pendapat serta boleh memberi nasihat dan mungkin juga orang penting dalam parti suatu ketika nanti. Penulis tidak sempat bertanyakan apa maksud mahu menjadi orang tua itu. Bagaimana dengan perlantikan sebagai orang nombor dua dalam parti, hasrat itu semua telah terbukti pada hari ini walaupun masih dalam spekulatif penulis.
Kita tidak bimbang dengan prinsip mempertahankan kepimpinan ulama kerana beliau adalah pejuang kepimpinan ulama tegar sebagaimana ditegaskan dalam interbiu beliau sempena perlantikannya sebagai Timbalan Presiden.
Karismanya yang bersahaja dan mudah didedakati rakyat sekaligus lantang mendedahkan kepincangan politik Umno sudah pasti ia mendatangkan masalah besar kepada Umno.
Pokok penting sekarang bukan persoalan berdepan dengan Umno semata-mata tetapi mendekati dan menyelami masalah rakyat adalah prioriti (aulawiyyat) berteraskan “Membangun  Negara Berkebajikan” yang menjadi tema muktamar PAS ke 57.
Sama ada pilihan raya umum ke 13 akan di adakan cepat atau lambat, gerak kerja menawan hati rakyat ini harus bergerak tanpa kira waktu dan suasana.
Sudah tentu dengan pemilihan naib-naib presiden juga terdiri dari aktivis PAS teras termasuk Salahudin Ayub, Datuk Haji Mahfuz Omar dan Datuk Paduka Haji Husam Musa, suatu iringan kepimpinan serasi dan seimbang sebagai penggalas tugas-tugas Presiden ketika diperlukan berhadapan dengan suasana dan realiti rakyat semasa.
Haji Mohamad Sabu (Abang Mat) mempunyai hasrat besar untuk PAS berganding bahu dengan badan-badan bukan kerajaan lain (NGO) menjalankan usaha dalam pelbagai aktiviti kemasyakatan termasuk melihat wajah pilihan raya berjalan di atas landasan demokrasi sebenar, bersih dari sebarang penipuan, rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan.
Kerjasama erat dengan badan-badan ini membuka ruang yang lebih lebar untuk mendekati masyarakat, walaupun Umno juga cuba berusaha berbuat demikian tetapi parti itu tidak akan berjaya sebagaimana PAS kerana masalah Umno itu sendiri menyebabkan kegiatan ini terbatas.
NGO sedar dan tahu siapa Umno dan tahu juga siapakah PAS dalam memperjuangkan nasib rakyat. Era perjuangan rakyat ini adalah suatu kesinambungan perjuangan selepas kemerdekaan yang sepatutnya menjadi lebih hebat dari perjuangan memerdekakan Malaya dari penjajah British yang didokong oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar seperti Dr. Buhanuddin al-Helmi dan rakan-rakannya yang lain.
Justeru di sinilah kepimpinan PAS ini bermula membentuk rangkaian kesinambungan perjuangan ini dengan gigih.
Rakyat menjadi pilihan utama dibentuk dan diperkasakan dengan kesedaran mendalam untuk perubahan dan membentuk negara Malaysia baru yangh adil serta berkebajikan.
Sekaligus PAS pasti berjaya menjadi alternatif kepada Umno untuk menerajui negara bersama-sama parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR)dengan usaha berterusan sehingga PR berjaya didaftarkan sebagai  parti komponan kedua selepas BN menduduki Putrajaya tidak lama lagi.
Bagaimanapun ia bukan semudah apa yang disebut tetapi bukan mustahil ianya berjaya dilaksanakan.

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising