Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, April 28, 2011

Pemilihan perlu tampil ramai muka baru, kata pemimpin PAS


Oleh Syed Mu’az Syed Putra

April 28, 2011
KUALA LUMPUR, 28 April — Pemimpin-pemimpin PAS pusat menyambut cadangan Datuk Husam Musa bahawa parti Islam itu perlu “disegarkan” dengan disuntik elemen-elemen baru termasuk membawa masuk muka-muka baru dalam barisan kepimpinan parti itu.
Selain bersetuju agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden parti, pemimpin-pemimpin PAS juga mahu lebih banyak ruang diberikan kepada pemimpin muda dan perubahan dilakukan agar parti itu mampu bersaing dalam era globalisasi.
Minggu lalu Husam, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat mempertahankan kepimpinan Hadi dengan menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti tersebut.
Beliau berkata kepimpinan pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.
Selain itu, Husam juga berkata, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.
Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa, cadangan yang berikan Husam itu amat bernas memandangkan kepimpinan Hadi selaki presiden parti sangat diperlukan ketika parti Islam itu dilihat menjadi serangan politik Umno-Barisan Nasional (BN).
“Saya setuju dengan pandangan Husam bahawa soal Hadi dicabar atau tidak, itu tidak timbul kerana kepimpinan Hadi masih diperlukan, malah beliau telah membawa banyak perubahan semenjak memegang jawatan itu.
“Jadi apa yang paling penting adalah kepimpinan hari ini perlu mampu memberi keyakinan kepada golongan pelapis yang bawa hasrat pembaharuan dan golongan-golongan ini perlu diberi peluang untuk melonjakkan PAS dalam konteks politik sekarang.
“Ini bukan bermaksud pemimpin muda tapi adalah muka-muka baru yang boleh membantu melonjakkan PAS, saya yakin kepimpinan Hadi mampu memberi lebih ruang sebab selama ini beliau (Hadi) banyak memberi ruang agar perubahan dilakukan dalam parti,” katanya.
Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, elemen-elemen dan muka-muka baru dalam PAS boleh membawa satu perubahan besar, terutamanya untuk meyakinkan rakyat terutamanya orang Melayu bahawa parti itu bersedia untuk melakukan perubahan tanpa meninggalkan asas perjuangan iaitu menegakkan Islam.
“Jika PAS boleh melakukan pembaharuan dan perubahan sama ada dari segi pendekatan atau kepimpinan parti tidak mampu untuk menjadi sebuah parti yang kuat, kukuh dan diyakini rakyat di negara ini.
“Sebab itu, saya kata kepimpinan PAS bukan terletak atas bahu presiden tapi keseluruhan kepimpinan perlu memikul tanggungjawab ini tanpa meninggalkan dasar perjuangan parti . . . jadi amat jelas sekali PAS perlu melakukan perubahan ini, jika kita mampu melonjakkan PAS, maka ia akan kekal releven di masa mengundi dan pada masa sama ia boleh membuktikan kepada rakyat bahawa PAS menuju ke arah perubahan yang lebih besar,” kata Mujahid yang juga penulis buku “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.
Sementara itu Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad berkata pada pemilihan PAS Jun ini perwakilan perlu memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan itu.
“Perwakilan kena ambil kira tugas yang hendak dimainkan pemimpin yang akan mereka pilih, perwakilan perlu pilih pemimpin yang boleh memainkan jawatan itu... pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab yang diberikan itu.
“Perwakilan perlu lihat jawatan dengan peranan yang akan dipikul, jawatan bukan penghormatan tapi adalah tugas yang harus dipikul jika dipertanggungjawabkan,” katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam itu juga berkata PAS perlu melakukan perubahan yang lebih dinamik dalam menarik sokongan rakyat.
“Kita perlu pemimpin yang sentiasa sensitif terhadap imej parti dan juga orang di peringkat akar umbi, kita perlukan fikirkan keadah yang baru untuk tarik perhatian rakyat serta untuk menafikan setiap tuduhan yang dilemparkan lawan kepada kita.
“Untuk melakukan perubahan dan menghadapi suasana baru kita memerlukan kaedah-kaedah baru, pemimpin yang lebih segar dan kita tidak lagi boleh menggunakan keadah lama,” katanya.
Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kaiat memberitahu, dalam menghadapi cabaran politik semasa PAS perlu menampilkan lebih banyak kaedah dan pendekatan yang lebih “segar” sekiranya mahu menjadi sebuah parti dinamik dan diterima rakyat.
“Saya melihat dalam menghadapi cabaran politik sekarang, maka PAS memerlukan lebih ramai tenaga muda serta mempunyai pendekatan dan kaedah lebih kreatif, inovatif dan dinamik.
“Justeru dalam menghadapi cabaran politik semasa, maknanya PAS perlu ada muka-muka baru supaya kita nampak lebih segar, bukan bermaksud tukar semua pemimpin tapi menampilkan tenaga-tenaga baru dalam parti,” katanya.
Selain itu, beliau berkata PAS juga perlu berubah dari segi pendekatan atau kaedah yang digunakan untuk mendekati rakyat yang mana parti Islam itu tidak boleh terlalu bergantung kepada strategi lama seperti ceramah dan penyebaran risalah.
“Dalam konteks politik sekarang, kita banyak cabaran baru dalam negara dan ia memerlukan satu buah fikiran yang baru, cara kreatif dan inovatif untuk menghadapi cabaran-cabaran ini.
“Dulu kita hanya parti pembangkang tapi sekarang kita adalah bakal menjadi kerajaan, jadi masalah-masalah semasa yang berkaitan dengan negara dan sebagainya memerlukan kita sentiasa melakukan perubahan...kalau tiada penyegaran kita akan jadi tepu,” katanya.
Oleh itu, tegas Suhaizan, sekiranya PAS gagal untuk melakukan perubahan atau transformasi seperti mana yang dilakukan DAP sudah pasti parti Islam itu tidak mampu bersaing terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Itu akan jadi masalah, sebab itu kita perlukan perubahan dan pembaharuan seperti bagaimana untuk menggerakkan negara, keperluan idea yang lebih kreatif dan penyegaran dari segi pendekatan dan kepimpinan parti.
“Sudah cukup dari segi penyegaran parti, kalau kita tak buat perubahan kita takut akan jadi parti yang mundur, pada saya semua parti politik mesti kena sentiasa ada suasana dinamik dalam parti,” katanya.
Seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mazlan Aliman berkata parti itu memerlukan pemimpin yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa selain bijak dalam mengangani setiap itu yang berbangkit.
Menurut beliau, dalam era globalisasi ini pemimpin-pemimpin PAS perlu sentiasa bergerak satu langkah di hadapan dan boleh menjangka apa yang akan berlaku.
“Saya sokong kenyataan beliau (Husam), yang mana kalau kita lihat arus pembangunan negara yang sentiasa berubah dan cabaran yang semakin besar memerlukan kita melihat dunia ini secara intelektual dari pelbagai sudut dan pandangan.
“Sebab itu, kita perlukan barisan kepimpian yang pantas untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa selain harus memiliki kepekaan yang tinggi terhadap perkembangan semasa dan setiap pemimpin harus bijak menangani apa jua cabaran semasa,” katanya.
Tegas Mazlin, sekiranya pemimpin parti lambat bertindak untuk melakukan perubahan sudah pasti banyak perkara tidak dapat diselesaikan.
“Kalau lambat tangani masalah, nanti rakyat akan jadi korban sebab itu kepimpinan PAS harus peka dan sentiasa berada di hadapan selain boleh membaca apa yang akan berlaku.
“Kalau kita pasif, kita akan gagal untuk memahami kehendak rakyat dan apa yang kita mahu lakukan juga akan gagal,” katanya.
Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) bersetuju agar muka-muka baru ditampilkan untuk membawa perubahan dalam PAS.
“Saya sokong bahkan kita harus beri ruang kepimpinan dalam parti dengan muka-muka baru, bukan hanya golongan profesional tapi aktivis-aktivis parti juga kerana kita perlukan kepimpinan yang boleh mewarnai politik masa depan.
“Selain itu ruang untuk berinteraksi pada masa sekarang begitu banyak . . . kita tidak boleh berceramah dan mengedarkan risalah tapi kita peru menggunakan kaedah-kaedah baru seperti Internet dan sebagainya untuk menyebarkan maklumat, kalau lambat kita akan ketinggalan,” katanya.- The Malaysian Insider

No comments:

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising