Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, March 7, 2011


'ROS pendam permohonan Pakatan'
Hazlan Zakaria
Mac 7, 11
4:19pm
Kongsi
 
51
Gabungan pembangkang telah memohon untuk mendaftar secara rasmi, tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskannya.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS sebagai satu entiti politik.

Menurut beberapa ahli politik pembangkang, permohonan tersebut telah dikemukakan kepada ROS sejak November 2009.

Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mereka telah mengemukakan permohonan kepada ROS ketika Datuk Zaid Ibrahim masih bersama gabungan itu. Zaid kini presiden parti KITA.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengesahkannya: “Kami telah pun memohon secara rasmi.” 

pkr congress pc 271110 saifuddin nasution
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata beliau percaya 
SPR mungkin tidak jelas mengenai isu itu.

"Saya percaya apa yang timbalan pengerusi SPR maksudkan ialah untuk kami mendaftar dengan SPR di bawah satu logo, untuk digunakan semasa pilihan raya.

"Bagaimanapun, sebelum kita boleh daftar logo kita, kita perlu didaftarkan sebagai satu entiti politik, yang telahpun dilakukan apabila Datuk Zaid bertanggungjawab (mengendalikan perkara itu)."

Saifuddin kemudian mengaitkan isu tersebut dengan cara ROS beroperasi, dengan berkata permohonan Pakatan masih diproses, sedangkan kelulusan permohonan parti KITA nampaknya dibuat dengan cepat.

"Kami belum dengar apa pun mengenai permohonan kami itu, kecuali satu permintaan untuk memasukkan perkataan 'Malaysia', menjadi 'Pakatan Rakyat Malaysia', bagi mencerminkan agenda nasional," katanya.

Semalam Wan Ahmad dilaporkan berkata pakatan itu perlu didaftarkan kerana mereka selalu dilihat melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama berhubung isu penggunaan logo.

Katanya, sudah berulang kali dinyatakan sejak pilihan raya kecil yang lepas, logo parti yang tidak bertanding dilarang dipasang atau digunakan untuk berkempen kerana ia menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Bercakap kepada pemberita sewaktu pilihan raya kecil DUN Kerdau di Temerloh semalam. Wan Ahmad dilaporkan berkata perkara itu, jika terus dilakukan, akan menimbulkan masalah kepada SPR dan polis.

KOMEN: Penulis percaya BN ada agenda tersembunyi untuk melengah-lengahkan kelulusan PRM. Jelas menunjukkan sikap double standard BN sebagai parti pemerintah untuk melihat demokrasi terus berjalan dalam keadaan pincang dan senget demi menjaga takhta parti yang uzur itu.

1 comment:

cahaya minda said...

Gambar Tsunami Sendai,Jepun-11Mac

www.mindaharian.blogspot.com

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising