Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, July 7, 2010

Pembunuhan Altantuya: Moghulia boleh isytihar perang ke atas Malaysia?

Mana-mana pihak sekalipun secara logiknya menyifatkan kes pembunuhan Altantunya Shariibu boleh mengancam keselamatan negara bukan isu 'Malaysia Negara Polis' sebagaimana disiarkan oleh Suara Keadilan baru-baru ini.

Saya sebagai rakyat Malaysia amat bimbang dengan kes ini kerana membabitkan rakyat negara luar dengan menggunakan peralatan kerajaan Malaysia (C4), bukan senjata buatan sendiri atau sebagainya.

Ini bererti apa-apa keadaan sekalipun dan apa-apa keputusan telah dihasilkan mahkamah, tidak boleh dinafikan sama ada secara salah atau tidak, penggunaan C4 itu adalah satu elimen yang boleh ditakrifkan sebagai kerajaan Malaysia terbabit atau terpalit dalam kes ini.

Sekarang ia menjadi isu international, apa lagi ada stesen televisyen antarabangsa akan menyiarkan dokumentari berkait dengannya.

Bukan sahaja negara Malaysia diaibkan dengan isu ini di mata dunia bahkan yang penting sekali keselamatan negara boleh terancam apabila isu ini menjadi panas membabitkan kemarahan negara Moghulia secara terang terangan terhadap Malaysia.

Ia tidak cukup sekadar minta maaf antara kerajaan dengan kerajaan kerana dunia membuat penilaian sendiri berdasarkan maklumat bebas dan tidak dirahsiakan lagi. Justeru Malaysia diletakkan dikancah 'Perang' jika silap gayanya.

Ingat sejarah Moghulia, tentera mereka di zaman silam pernah menawan Baghdad sehingga kota itu menjadi kolam darah, beratus ribu umat Islam dibunuh oleh tentera Moghul. Itulah kehebatan tentera Moghul dan sejarah ini jangan sekali-kali dilupakan.

Saya tidak pertikaikan soal ketenteraan negara tetapi saya cukup bimbang dengan keselamatan negara sekarang, kerana dendam Moghulia mungkin suatu hari nanti tidak dapat disembunyikan lagi terhadap negara kita ini akibat individu tertentu ingin menyembunyikan skendal jenayah yang dilakukannya kepada dunia bukan sahaja kepada rakyat Malaysia walhal dunia ada rekod jenayah itu dan akan digambarkan secara tidak langusng atau secara terang-terangan melalui media antarabangsa tidak lama lagi.

Ya, memang insiden sudah berlaku, tidak dapat disangkal lagi tetapi pemimpin negara tidak boleh sama sekali dinafikan tanggungjawab dalam kes ini kerana ia membabitkan insitusi keselamatan negara sama ada salah atau pun tidak, itu bukan persoalan lagi.

Apa lagi kalau  ia memang dikerahkan untuk sembunyikan jenayah pemimpin negara dan keluarga, membabitkan institusi kerajaan dalam jenayah itu sama ada dengan secara salah apa lagi dengan arahan adalah satu tindakan tanpa pertimbangan akal yang waras, dan mereka yang tidak menggunakan akal yang waras ini tidak layak sama sekali memimpin mana-mana negara berdaulat.

Institusi kerajaan dan rakyat harus sedar kesilapan besar dilakukan manusia di sebalik insiden pembunuhan itu. Kita bimbang akibat dari perbuatan itu sama ada cepat atau lambat, bimbang negara akan diserang tentera Moghulia sebagai reaksi tindak balas ketidakpuasan hati terhadap kerajaan Malaysia menyelesaikan kes ini. 

Sepatutnya mereka terbabit menyedari keadaan bahaya yang akan menimpa negara ini akibat berbuatan bodoh dan jahat mereka itu.

Berundurlah sekarang sebelum nasi menjadi bubur apabila negara terbabit dengan kancah peperangan dengan Moghulia.

Ini kebimbangan saya bila mengkaji sejarah dan kes yang diselesaikosmahan tanpa prejudis kepada sesiapa. Ini adalah firasat saya. Saya lontarkan tulisan ini supaya pihak terbabit sedar dan pihak keselamatan negara berwaspada dengan kes ini.


Beli barangan kesukaan anda di Pelate Store sekarang menangi hadiah sebuah kereta ALZA Produa.






Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising