Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, April 19, 2010

Kompus hanya 'Pengacau Daun'

Satu petang, sedang saya beransur  pulang ke rumah selepas membeli belah di sebuah super market Melayu Islam di Kuala Terengganu, telefon tangan saya berbunyi, saya melihat di skrin nama yang saya kenali setiap kali pilihan raya beliau sering menghubungi saya. Dia seorang yang rajin bekerja untuk pilihan raya.

Ya, dia sering menelefon saya. Siapa? Tidak perlu saya beritahu namanya di sini atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Dia ingin menceritakan tentang Kompus. Saya tanya beliau Kompus itu apa? Jawabnya, Komando Pemuda Umno Selangor ringkasnya KOMPUS.

Kompus kata beliau ditugaskan untuk mengadakan provokasi untuk pilihan raya berkenaan. "Kenapa Kompus buat pasal dalam pilihan raya ini," bentak hati saya secara spontan.

"Kalau begitu Calon PKR, Zaid Ibrahim Menanglah," soal saya. "Memang BN akan kalah pun, sebab itu dibuat provokasi dan dilatih pemuda Umno untuk berbuat demikian," katanya.

"Yang baling botol dan objek lain pada hari penamaan calon baru-baru ini, itu semua kerja Kompuslah tu," katanya.

Pointnya di sini ialah penyokong Pakatan Rakyat jangan peduli dengan provokasi mereka terbabit. Ertinya jangan membalas tindakan provokasi itu dengan provokasi membaling botol dan objek lain ke arah mereka terbabit. Ia merugikan pilihan raya berkenaan.

Saya pula berpendapat, kalau ada provokasi seumpama itu buat sahaja laporan polis. Biar ia ada dalam maklumat pihak keselamatan. Jika mereka bertindak liar dan tidak ada tindakan dibuat bermakna pihak terbabit bersekongkol dengan perbuatan mengancam keselamatan awam itu.

Tidak patut sama sekali pihak keselamatan bersekongkol dengan mereka yang  menimbulkan huru hara berkenaan walau apa keadaan sekalipun. Jangan lagi dianggap mereka berbuat demikian kerana dilatih oleh agen Yahudi Israel yang berkampung dalam institusi pasukan keselamatan berkenaan.

Bagaimanapun saya telah syak begitu lama bahawa ada agen Yahudi dalam tindak tanduk keselamatan negara kita. Melihatkan insiden-insiden tertentu serupa sahaja tindakan Yahudi Israel dengan pihak berkenaan. Saya tidak nampak semua akan berlaku kebetulan kalau ia tidak dirancang oleh pihak yang sama kerana ia membabbitkan insitusi kerajaan, besar nilai kepertanggungjawapannya itu.

Sambung cerita saya dengan rakan saya ini. Beliau meminta saya catatkan tindak tanduk Kompus di sini agar ia menjadi perhatian umum khusus nya kepada penyokong dan petugas Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu saya pernah menyebut kepada beliau bagaimana kalau ada calon yang menarik diri khususnya yang bertanding di atas tiket bebas seperti VS Chandran dan Johan Md Diah.

Tiba-tiba hari ini berita dari kebanyakan media online menceritakan VS Chandran, seorang pemimpin MIC menarik diri dari pertandingan.

Rakan lama saya itu berkata, itu tidak menjejaskan kemenangan PKR dalam pilihan raya berkenaan. Saya tidak bertanya panjang tentang hujah kenapa beliau berkata demikian kerana beliau hanya menfokuskan kepada Kompus.

Bagi saya Kompus hanya berperanan sebagai pengacau daun sahaja dan kata orang Terengganu, ia tidak menjadi 'kudis gatal'. Cuma betullah kata beliau, penyokong Pakatan Rakyat jangan terikut-ikut dengan rentak yang dicanangkan oleh Kompus dalam pilihan raya tersebut. Itu sahaja.

Jika terikut-ikut dengan retak mereka, kemungkinan besar ia boleh membawa padah kepada pilihan raya berkenaan. Apa padahnya, saya tidak mempunyai kepastian yang tepat, mungkin pilihan raya berkenaan di tangguhkan atas sebab berlaku kacau bilau. 

Saya tidak pasti semua itu terserah kepada Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPRM) dan di sana ada undang-undang yang menyentuh soal itu.

Pilihan raya kecil 25 April ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Zaid, calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan dan seorang calon bebas, Johan Md Diah.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising