Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, February 1, 2010

BN takut hadapi PRU 13?

Pilihan raya kampus tercemar dengan ketidaktelusan pengendalinya, suatu strategi jahat untuk mengongkong kebebasan bersuara mahasiswa, jika benar dakwaan mereka terbabit.

Kesedaran politik pelajar penting bagi mengerakkan masa dan bagi membuka minda politik rakyat lebih luas dan bebas tidak tersepit di bawah tempurung kongkongan Umno/Barisan Nasional (BN).

Pelajar atau mahasiswa pencetus gerakan revolusi Iran puluhan tahun lalu dan gerakan pelajar juga banyak mencetus kebangkitan rakyat di banyak negara.

Justeru memang Umno mempunyai agenda tertentu untuk memberi suntikan ubat penenang kepada golongan mahasiswa supaya tidak bangkit menggerakkan massa tidak seperti di zaman 70-an dahulu.

Memang Umno juga berhasrat untuk menutup mulut dan mengikat kaki dan tangan pelajar supaya tidak bebas bertindak dan bersuara walaupun sudah ada keterbukaan sedikit dengan pindaan akta universiti dan kolej baru-baru ini.

Umno pada keseluruhannya mahu jadikan dirinya parti diktator pencengkam politik negara buat selama-lamanya. Parti itu takut kalah dan tidak mempunyai kejantanan sejati.

Parti pondan ini yang menggunakan segala jentera kerajaan sejak awal-awal lagi ditapuk kuasa, sudah sebati dengan penyalahgunaankuasa termasuk menggunakan dan memperalatkan polis.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri dalam satu temubual dengan satu rancangan televisyen menyebut perkataan, "jangan banyak politik sangatlah...," menunjukkan bahawa polis agak rimas dengan penguasaan politik melampau ke atas gerakkerja mereka.

Dipercayai Umnolah yang mencengkam gerakerja polis dengan politikingnya, sehingga terpantul luahan rasa Musa terhadap penguasaan politik tersebut.

Justeru saya berpendapat, fenomena ketakutan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang bagaikan air sungai yang tenang tetapi di dalamnya ada buaya, pada bila-bila masa sahaja akan mengganas dan menerkam mangsanya.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising