Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, January 31, 2010

Media BN Menerobos Lompongan Besar PR

Saya cukup jelek dengan kerja-kerja perjuangan secara bermusim kerana terlalu nampak sangat kekurangan dan kelemahannya dalam politik.

Saya melihat dari sudut kelemahan secara keseluruhan parti terutama rangkaian dan gerakerja medianya semakin mengecil, di saat media Barisan Nasional (BN) menyerang bertubi-tubi dan berusaha memecahkan kesatuan dan kesepakatan Pakatan Rakyat dalam banyak hal.

Memperbesarkan isu-isu remeh temeh yang dijangka penyumbang kepada perpecahan dengan melaga-lagakan orang itu dengan orang ini. Ini memang tektik gerak saraf musuh dan gerakan jahat ala 'intelligent' Israel. Saya pernah belajar tektik ini dari satu forum yang saya tidak mahu sebutkan di sini.

Di manakah momentum media Pakatan Rakyat untuk didorong menjadi pemimpin isu politik negara? Kepimpinan parti memang memandang enteng semua ini sejak awal lagi. Mereka tidak serius dan tidak bersungguh-sungguh untuk memperkukuhkan media Pakatan Rakyat dalam semua aspek.

Atas alasan kos pembiayaan terlalu tinggi, tidak ada kemampuan kewangan untuk memperkasakan jentera media pakatan rakyat sehingga bertapak kukuh di seluruh negeri. Itu semua alasan dan dalih semata-mata kerana malas berfikir dan berusaha ke arah menyediakan dana mencukupi dan berterusan untuk menutup lompong besar gerakan saraf perjuangan ini.

Satu lompong besar diwujudkan oleh pakatan rakyat sendiri sehingga kelemahan ini mendorong media Barisan Nasional (BN) mengasak ganas setiap hari untuk menghalang rakyat dari terpengaruh secara kosistent terhadap Pakatan Rakyat.

Kepimpinan isu parti letih dengan melayan kerenah serangan musuh sedangkan tidak ada usaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan musuh melayan lontaran isu Pakatan Rakyat secara berterusan tanpa henti.

Ini adalah akibat melancarkan perjuangan acuh tidak acuh, atau sudah hilang idea untuk membawa parti mara ke depan dengan lebih berwibawa dan berwawasan.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising