Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, January 21, 2010

Jangan bersikap 'ikut suka aku' (ISA)

Saya melihat pengguna siber ruang sembang atau web sosial, termasuk Facebook, Twitter, My Space dan lain-lain tidak berhati-hati ketika menulis sesuatu yang ingin diperkatakan sehingga ada yang boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkenaan.

Justeru, pengguna siber wajar meneliti undang-undang siber Malaysia supaya ia tidak terheret untuk menerima hukuman di mahkamah. Saya tidak kata undang-undang itu sempurna kerana ia adalah undang-undang ciptaan manusia tetapi sekurang-kurangnya ada panduan kita untuk berinteraksi dalam internet supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Ataupun belajar bekerja cara wartawan dan mengamalkan etika kewartawanan untuk selamatkan diri dari tindakan mahkamah kerana prosedur pengunaan internet dari segi asasnya tidak jauh bezanya dari etika tersebut.

Kita tidak boleh hentam keromo sahaja, apa yang kita mahu tulis, kita tulis. Jangan ada yang bersikap, "ikut suka akulah, aku nak tulis apa, kamu apa peduli..." Ini sikap tidak rasional, sikap manusia yang tidak bertanggungjawab.

Kita ada tanggungjawab yang pertama dengan ALLah dan yang kedua dengan manusia. Allah mengira apa sahaja yang kita lakukan, ia tidak terlepas dari perkiraan Allah sama ada baik atau buruk, bertepatan dengan perintahnya ataupun tidak.

Begitu juga kita bertanggungjawab untuk menjaga hubungan dan membetulkan kesalahan manusia bukan untuk merosakkan manusia.

Di sinilah perlunya kita beretika dalam penulisan dan beramanah dalam tidak tindak tanduk kita khususnya ketika menggunakan media internet hari ini.

Menang ALZA, beli di Pelate Store

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising