Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, July 26, 2009

Era kemajuan pasar malam semakin malap di Kuala Terengganu

Kerajaan Terengganu nampaknya mencari masalah dengan peniaga-peniaga pasar malam Kuala Terengganu dengan mengarahkan mereka berpindah ke tempat lain di beberapa tempat termasuk Pak Tuyu, Pasir Panjang, Pulau Duyong dan Wakaf Tembesu.

Arahan itu ada baiknya dan ada juga buruknya. Yang baik apabila kawasan berniaga sedia ada berada di lokasi tepi jalan raya dan jalan utama. Tapak pasar malam seumpama itu perlu dipindahkan kerana boleh membawa kesesakan lalu lintas.

Tetapi tapak ganti perlu strategik untuk perniagaan dan tidak hanya satu tapak yang tidak langsung memberi keuntungan kepada peniaga.

Pasar Malam Pasir Panjang Kuala Terengganu, memang sepatutnya dipindahkan dari tempat asalnya ke tapak lain yang bersesuaian kerana ia dibuat di tepi jalan raya yang agak sempit.

Bagaimanapun saya tidak setuju Tapak Pasar Malam di Pulau Duyong Kuala Terengganu yang sedia ada di pindahkan ke satu lokasi yang agak jauh dari kedudukan tapak asal walaupun di tepi jalan raya tetapi ia di dalam kampung dan jalan raya berkenaan agak luas.

Sepatutnya tapak berkenaan yang berada bukan di laluan utama jalan raya dan berhampiran jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu, tidak dipindahkan. Ertinya ia perlu kekal di situ kerana ia suatu kawasan strategik untuk perniagaan.

Penduduk sekitar termasuk dari Batu Enam, Jalan Kelantan, Bukit Tunggal, Pulau Ketam, Seberang Takir, Cabang Tiga, Bukit Besar, Pulau Duyong dan lain-lain, cukup mudah untuk singgah di pasar malam berkenaan yang diadakan setiap hari jumaat itu.

Ini kerana ia dapat dilihat dari atas jambatan lagi dan ia berhampiran dengan jalan susur masuk dan keluar ke Kampung Pulau Duyong dari jambatan tersebut.

Kawasan tersebut berada di tengah-tengah laluan atau dipanggil 'midle irea' kalau dibandingkan dengan tapak baru yang dibuat di tepi sungai dan di tepi kampung Pulau Duyong dan dilaluan ke satu resort tersohor untuk monsun cup di kampung berkenaan.

Ia nampak menggangu laluan masuk ke resort berkenaan kerana jalan laluan masuk ke resort itu sempit dan berbenteng simen dan lagi pun banyak kenderaan diletakkan di situ ketika perniagaan pasar itu mula beroperasi jumaat lepas.

Berikutan itu kira-kira 100 peniaga pasar malam berkenaan telah menghantar satu surat permohonan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said untuk kekalkan tapak berkenaan di tempat asal dan ia dilampirkan dengan sokongan surat sebuah dewan perniagaan dari Kuala Terengganu dan tanda tangan sokongan kira-kira 140 orang termasuk peniaga dan orang ramai yang berkunjung di tapak asal sebelum itu.

Surat berkenaan telah diterima oleh Setiausaha Politik Dato' Ahmad, Wan Ahmad Nizam Wan Muda dan setakat rencana ini ditulis permohonan ini masih lagi tergantung- belum ada keputusan dibuat oleh menteri besar berkenaan.

Bersama rencana ini saya sertakan antara sedutan alasan yang dikemukakan kepada Dato' Ahmad dalam surat berkenaan seperti berikut:-

PERMOHONAN KEKALKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM PULAU DUYONG DI TAPAK SEDIA ADA

Merujuk kepada perkara di atas Kami, peniaga-peniaga Pasar Malam Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang berjumlah kira-kira 100 orang dengan ini memohon dengan jasa baik Y.A.B. Dato’ untuk menerima rayuan kami agar membenarkan kami terus berniaga di tapak yang sedia ada di bawah dan berhampiran Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu dengan sebab-sebab berikut:-

1- Tapak sedia ada agak strategik dengan perniagaan kami kerana ia merupakan satu tempat yang cukup mudah dan selesa untuk orang ramai berkunjung dan membeli belah kerana ia dihubungi oleh laluan masuk dari jambatan berkenaan ke tempat tersebut.

Sementara tapak baru terletak agak jauh dari laluan tersebut jaraknya ialah kira-kira 400 meter dari tapak asal dan ia agak sukar untuk dikunjungi oleh orang ramai tidak seperti di tempat berniaga sedia ada.

2- Oleh kerana pasar berkenaan berhampiran laluan masuk itu maka ia dikunjungi bukan sahaja penduduk Pulau Duyong tetapi penduduk sekitar termasuk Bukit Besar, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Serdang Baru, Pak Katak, Batu 6, Wakaf Tembesu, Cabang Tiga, Pulau Ketam dan pengguna-pengguna Jambatan Sultan Mahmud yang kebetulan bercuti di hari minggu (hari Jumaat).

3- Tapak sedia ada kurang memberi ganggguan kepada laluan masuk ke Pulau Duyong memandangkan jalan raya berhampiran agak lebar. Lagi pun hanya satu hari seminggu sahaja kami berniaga di situ.

4- Sebelum ini kami sentiasa mematuhi arahan untuk tidak berniaga pada hari tersebut sekiranya ada ‘event’ membabitkan Pulau Duyong dan penggunaan jalan berhampiran dan ia tidak menjadi masalah besar kepada kami untuk mematuhi arahan tersebut asalkan kami tidak dihalang terus dari berniaga di situ.

5- Sudah lima kali tapak pasar malam Pulau Duyong berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat di sekitar Pulau Duyong berkenaan tetapi ia tidak menjadi dan akhirnya terpaksa berpindah ke tempat sedia ada sekarang. Dari segi strategi perniagaan sikap ‘try and error’ ini membawa kesan buruk kepada pendapatan peniaga.

6- Purata pendapatan kami ketika berniaga di situ ialah RM400.00 (EMPAT RATUS RINGGIT) semalam antara pendapatan tertinggi yang kami perolehi berbanding dengan tempat-tempat lain.

7- Wakil kami ada membuat tinjauan perniagaan pasar malam di negeri-negeri lain termasuk Alor Gajah Melaka, didapati pihak berkuasa tempatan di sana membenarkan peniaga menjalankan operasi perniagaan di dalam bandar bukan sahaja dalam kampung.

Bahkan berhampiran pula dengan stesyen bas ekspress, sudah pasti ia agak sibuk apa lagi jalan laluan berhampiran agak sempit lebih sempit dari jalan laluan ke Pulau Duyong.


Justeru itu saya melihat walaupun ia bukan suatu isu besar di Terengganu tetapi ia perkara perlu mendapat pertimbangan sewajarnya dari Kerajaan negeri itu.

Pihak Kerajaan Negeri itu perlu bertindak bijak dan mengutamakan semua pihak untuk selesaikan masalah terutama sekali peniaga-penaiga Melayu di negeri tersebut yang disifatkan banyak masalah ketika berdepan dengan kerenah birokrasi kerajaan tidak seperti di negeri-negeri lain terutama di bandar besar Kuala Lumpur dan di Selangor umpamanya.

Saya nampak isu Pulau Duyong itu bukan sukar sangat hendak diselesaikan tetapi semacam sengaja ia dibuat masalah.

Saya bimbang ada pihak memang tidak mahu lagi melihat perniagaan pasar malam itu berkembang di negeri tersebut tidak seperti di negeri-negeri lain. Jika benar perkembangan ini, ia amat mendukacitakan kerana di sinilah ekonomi orang Melayu bergerak maju.

Cubalah bertindak bijak, jangan bertindak sebaliknya.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising