Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, February 18, 2009

Janji palsu Menteri BN disanggah Kinabatangan

KUALA LUMPUR, 18 Feb (MPO2) - Ahli Parlimen (BN) Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar mengakui berlaku ketidakseimbangan antara pembangunan di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak apabila projek infrastruktur yang dijanjikan kerajaan Barisan Naisonal (BN) belum dilaksanakan sehingga hari ini.

Katanya, jika diperhatikan di Semenanjung kebanyakan jalanraya dibina dengan baik tetapi ia tidak demikian di Sabah dan Sarawak.

Beliau memberi amaran penubuhan Kerajaan BN adalah dengan penyertaan ramai dari anggota parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.

"Kita timbang untuk adakan pilihan raya kecil sekiranya itulah caranya untuk senangkan rakyat.

"Tidak penting sangat jadi wakil rakyat tetapi yang lebih penting ialah rakyat hidup senang dengan kemudahan infrastruktur yang cukup.

"Saya sudah cukup sakit hati dengan apa yang berlaku," jelasnya ketika berucap di Dewan Rakyat membahas ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tengahari tadi.

Sebelum itu Ahli Parlimen (PKR) Padang Serai, N.Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen (BN) Labuan Datuk Yussof Mahal bangun mempertikaikan tentang janji ramai menteri yang mendakwa akan melaksanakan projek berbilion ringgit di kedua-dua negeri berkenaan tetapi sehingga hari ini ia belum dilaksanakan.

Bung Mokhtar berkata, persoalan sedemikan boleh membawa pukulan maut kepada beliau untuk menjawabnya sambil menegaskan sehingga hari ini memang tidak dilaksanakan.

Beliau menyalahkan kepada pegawai-pegawai kerajaan tidak melaksanakan kerja dengan baik.

Dakwanya, perancangan untuk pembangunan kerajaan BN di kedua-dua negeri tersebut memang ada tetapi pegawai-pegawai kerajaan menyorokannya dalam laci meja mereka tanpa mengambil tindakan sewajarnya.

"Kementerian berkenaan tidur, pegawai tidak menjalankan tangungjawabnya. Saya berharap mereka tidak tidur dan kita akan bagi mereka tidak tidur selepas ini." tegasnya.

Special Ads

Foto bogel: Elizabeth tawar letak jawatan exco, Adun

Feb 17, 09 9:00am

(Malaysiakini) Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong pagi ini menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang akhbar yang bermula jam 11.40 pagi di di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

elizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209 12Kira-kira 30 penyokongnya turut hadir di sidang akhbar tersebut dengan membawa kain rentang menyokong Elizabeth.

Mereka juga melaung meminta Elizabeth supaya jangan meletakkan jawatan.

Mereka juga membawa sepanduk yang tertulis, "YB ELI, WE SUPPORT YOU", "YB ELI, DON'T GIVE IN TO YOUR ENEMY" dan "YB ELI, DON'T GIVE UP, WE LOVE U".

Turut hadir memberi sokongan kepada exco Selangor itu, kira-kira 10 orang dari barisan kepimpinan Wanita PKR.

Mereka membawa sepanduk bertulis, "YB ELI BE STRONG, WE LOVE U" dan "PENCABULAN HAK WANITA SATU PERBUATAN JENAYAH".

Dewan di sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara sesak dengan penyokong.

Beri sokongan

Turut hadir dalam sidang media tersebut kira-kira 60 wartawan dan jurugambar.

Turut hadir ialah ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, exco negeri, Teresa Kok dan Xavier Jayakumar, serta naib presiden PKR, R Sivarasa.

elizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209 02Kelmarin, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu. Selain foto, difahamkan satu klip video juga turut disebarkan.

Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Sementara itu, Elizabeth memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau menawar diri untuk meletak kedua-dua jawatan tersebut demi kepentingan parti.

Bagaimanapun, Elizabeth menekankan bahawa beliau mendapat sokongan daripada keluarganya, penyokong, pengundi dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Eli sebak

"Saya akaelizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209 03n berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengaturkan urusan penyerahan tugas-tugas saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan," katanya.

Elizabeth kelihatan mengalirkan air mata sewaktu membaca perenggan akhir kenyataannya itu.

Beliau kelihatan sebak dan teresak-esak dan bacaan kenyataannya tersangkut-sangkut apabila kedengaran penyokong menjerit agar beliau tidak melepaskan jawatan.

Elizabeth menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang dan "setiap orang mempunyai hak kesalaan dan saya mempunyai hak privasi".

Teresa dan Xavier kemudiannya menggesa Elizabeth supaya menimbang semula keputusannya itu.

Sidang akhbar tersebut berakhir tanpa sebarang sesi soal jawab

elizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209 02Seorang individu yang mendakwa ahli PKR dan pengundi Bukit Lanjan, meminta Elizabeth menjawab soalannya.

"Saya mengambil masa untuk datang ke sini dan saya mahu bertanya soala. Saya ahli PKR... Saya hanya mahu bertanya satu soalan," katanya, tapi gagal berbuat demikian.

Chiew berkata beliau tidak akan bertanya soalan yang akan memalukan Elizabeth.

Elizabeth berkata beliau akan bercakap denganya kemudian.

Sementara itu, ketika ditemui kemudiannya, Xavier yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR menafikan terdapat 'sebarang tekanan dalam parti' terhadap Elizabeth supaya meletak jawatan.

Manakala penyelaras media PKR, Genie Lim berkata, surat peletakan jawatan Elizabeth telah dihantar ke pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi ini.

Terserah pada MB, parti

Sementara itu, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kini terpulang kepada menteri besar dan pihak partinya untuk membuat keputusan muktamad.

bm version bukit lanjan state seat 170209Menurut sumber-sumber, pemimpin tinggi PKR yang bertemu malam tadi , memutuskan untuk mengakhiri kontroversi tersebut sebelum menjelang pilihanraya di Perak dan Kedah.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan memperolehi 12,125 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying, yang mendapat 6,970 undi.

Elizabeth menang dengan majoriti 5,155 undi.

Menurut sumber-sumber, jika berlaku kekosongan, antara calon PKR yang disebut-sebut mungkin bertanding di kerusi tersebut ialah bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan yang juga bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong.

Kee Kwong, yang pernah menjadi ahli Parimen Segambut, menyertai PKR Ogos tahun lalu.

Satu lagi calon yang disebut-sebut ialah bekas ketua wanita MCA Klang dan bekas ahli Parlimen Klang, Dr Tan Yee Kew, yang menyertai PKR tahun lalu.

Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth.

Difahamkan, turut dipertimbangkan untuk mengisi jawatan tersebut ialah Adun Rawang, Gan Pei Nee.

Dewan Muslimat PAS hadir

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh turut hadir dalam sidang media tersebut untuk memberi sokongan kepada Elizabeth.

Menurut Nuridah, Dewan Muslimat menghormati keputusan Elizabeth yang menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

"Dewan Muslimat PAS Pusat berharap kepada kepimpinan Pakatan untuk menentukan sikap yang sepatutnya (yang perlu) diambil," katanya.

Nuridah menjelaskan bahawa dewan tersebut terharu dengan kejadian yang menimpa wakil rakyat Bukit Lanjan itu.

"Perkara tersebut menjelaskan kepada kita bahawa Barisan Nasional dan Umno tidak mampu untuk menerima kekalahan di mana-mana (dalam pilihanraya).

"Mereka tidak bersedia menerima kekalahan dan cuba dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya

Manakala Pengerusi Tenaganita, Irene Fernandez, yang turut hadir menjelaskan penyebaran foto bogel Elizabeth kepada umum adalah satu kesalahan dan melanggari hak asasi manusia.

Beliau yang sekian lama mengenali Elizabeth yang aktif sebagai aktivis kemanusiaan menyatakan sokongan dan menunjukkan solidariti untuk bersama-sama exco Selangor tersebut.


Special Ads

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising