Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, February 16, 2009

Media Arus Perdana Tidak Pernah Belajar dari Kesilapan

Suasana iklim politik Malaysia semakin hangat terutama akhir-akhir ini berkaitan dengan krisis di Perak dan isu penderhakaan kepada raja. Ianya menjadi isu utama dalam topik-topik pebincangan oleh kelompok-kelompok rakyat Malaysia. Ianya bagai candu yang merasa kekurangan bila tidak dibincangkan dan menjadi kepuasan bila diperkatakan.

Banyaklah isu-isu dan polimik dibangkitkan dan menjurus kepada pembelaan kepada fahaman politik masing-masing. Pendukung-pendukung parti politik tertentu, sudah tentu berminat membela parti masing-masing. Andai kata kedua kolompok ini terduduk diatas meja yang sama, sudah tentu pembincangan semakin hanggat.

Adakah BN tahu bahawa pembincangan-perbincangan tidak rasmi ini, menyumbang besar kepada penambahan sokongan rakyat kepada PR?

Mungkin pemimpin-pemimpin BN tidak menyedari bahawa pembincangan-perbincangan di dalam kelompok-kelompok masyarakat seperti di pejabat dan di warung-warung dan di forum-forum internet sepeti Tranungkite ini, banyak dimonopoli oleh pembangkang. Ini disebabkan mereka mempunyai fakta-fakta yang dianggap ‘baru’ atau sensasi dan tidak pernah diketahui oleh mana-mana pihak sebelum ini. Bahkan ramai penyokong-penyokong BN sendiri terngangga dengan fakta-fakta ini. Oleh kerana pembangkang mempunyai fakta-fakta yang hebat dan sensasi, maka hujah-hujah panas daripada pihak PR sentiasa mendapat sokongan.

Antara faktor utama ialah, isu yang BN ketengahkan di medan-medan perbincangan dianggap basi dan sampai tahap ‘muak’. Apa tidaknya, saban saat, media-media arus perdana, dengan media cetak dan eloktronik, menyebarkan berita-berita dan isu-isu yang dibangkitkan, sehingga kadang-kadang rakyat terlebih maklumat sehingga sampai tahap meloyakan.

Tetapi, berlainan pula dengan isu-isu atau fakta-fakta dari mulut pembangkang, ianya sentiasa kelihatan hanggat dan ‘latest’. Ianya menjadi menarik bila didedahkan dan menjadi hangat bila dibincangkan, dihiasi pula dengan hujah-hujah pembangkang yang berapi-api. Maka kelompok-kelompok rakyat dari pembangkang selalu mendemonasi perbincangan. Ramai penyokong BN sendiri kadang-kadang terkedu, kerana fakta-fakta yang keluar dari mulut pembangkang tidak pernah didengar sebelum ini.

Adakah fakta-fakta dari PR itu benar-benar hebat? Tidak juga, ianya hanya nampak hebat kerana tidak didedahkan kepada umum oleh media-media arus perdana. Jadi telinga-telinga yang normal merasa teruja bila mendengarnya. Kita semua maklum, dengan dasar langit terbuka, dengan penagaruh blog dan laman-laman sesawang, maklumat-maklumat disebar menyeluruh dan pantas memasuki setiap pejabat dan rumah yang mempunyai talian Internet.

Misalnya, mari kita belajar dari isu krisis di Perak. Saban hari media-media perdana mendedah isu yang dibawa oleh BN merangkumi soal pembelian DUN sehingga soal penderhakaan kepada raja.Rakyat yang semakin bijak, terutama golongan muda berpelajaran akan tertanya-tanya, bagaimana pula jawapan dan pandangan dari pihak PR berkaitan isu ini. Mereka kadang-kadang menggigil-gigil hendak tahu, apakah ulasan dari bekas MB Perak tetang krisis di Perak?. Mereka juga ingin tahu apa ulasan Anwar Ibrahim berkaitan isu penderhakaan kepada Sultan. Mereka hampa kerana tidak dapat menilai isu ini dari sudut yang lain. Pihak Media Perdana terus menutup semua maklumat-maklumat dari PR dari didedahkan kepada umum.

Maka, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka ini telah kedahagaan maklumat.

Paling menyedihkan, saban malam kita melihat Buliten Utama, jika pembangakang memberi ulasan, dipotong dan ianya tergantung dengan ayat yang tidak lengkap dan akan mengundang tandatanya. Bagitu juga dengan laporan dari dewan rakyat di TV1. Hujah-hujah pembangkang di parlimen dipotong dan tidak tersiar. Rakyat akan garu dan ketuk kepala. Mereka hendak mendengar ulasan yang lebih berani dan segar dari pihak lain. Mereka muak mendengar hanya ulasan dari mulut Hamid Albar sahaja, jika isu itu yang berkaitan dengan ISA.

Dengan perasan kecewa dan bengang, golongan ini membuka internet atau mengunjungi cyber-cyber kafe untuk melihat segala permasalahan dari sudut pandangan yang lagi satu. Maka tidak hairanlah, dengan krisis politik Perak, Kafe-kafe cyber menjadi penuh dan ramai dikunjungi oleh golongan dewasa yang dahagakan maklumat. Apabila mereka memasuki alam maya dengan membaca laman-laman sesawang pembangkang dan melihat visual ceramah-ceramah melalui u tube dan blog-blog, maka hati mereka pun berkata “ooo, bagini rupanya , rupa-rupanya Buletin Utama ‘kelentong’ aku selama ini” maka secara automatik, dari keadah ini ramai pembenci-pembenci BN telah tercipta.

Satu lagi fenomena, yang harus diambil berat oleh BN dan Media Arus Perdana ialah majoriti rakyat mengaggap Media Perdana adalah ‘pembohong besar’. Sentimen ini disebar oleh pembangkang dan ada asasnya kerana pembohongan kelihatan terlalu ketara terutama maklumat berkaitan ‘angka’. Contohnya, orang yang mengahadiri ceramah Anawar Ibrahim seramai 15 000 orang, maka dalam media arus perdana di bagi fakta “ceramah Anwar Ibrahim kurang mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh 5000 orang penyokongnya sahaja”. Dizaman serba canggih ini, harus diingat, pembohongan sukar disembunyikan. Maka secara automatik rakyat tidak mempercayai maklumat-maklumat yang datang dari media arus perdana. Kadang-kadang media kerajaan ni ‘tolol’ juga, walaupun hendak berbohong, biarlah berpada-pada.

Apakah yang perlu dilakukan BN untuk menangani isu ketidakpercayaan rakyat pada media kerajaan dan kebanjiran rakyat mengunjungi media altanatif?

Jawapannya mudah sahaja, jadikan semua media-media sebagai penyalur maklumat kepada semua pihak. Kerana, apabila maklumat dan fakta didapati di media-media arus perdana, rakyat tidak lagi ‘kemaruk’ masuki laman sesawang dan secara automatik maklumat-maklumat pembangkang menjadi basi dan tidak mempunyai nilai ’sensasi’.

Apa perlu ditakutkan untuk mendedahkan maklumat-maklumat dari pembangkang. BN perlu membuka minda, bersifat ‘ganttleman’ dengan berani bersaing dengan pembangkang ditengah-tengah masyarakat. Penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin BN perlu ada ‘telor’, bukan hanya berani berhujah di dalam ‘Buliten Utama’ sahaja, bahkan mereka juga perlu mengadakan ‘Road Show” dan ceramah-ceramah seperti yang diamalkan oleh pembangkang.

Apa perlu takut untuk menyiarkan ulasan-ulasan dari Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Guan Eng? Fahamilah bahawa fakta adalah fakta yang akan terus tergantung dan ianya tidak akan memihak kemana-mana jika tidak diberi ulasan dan kesimpulan. Dari segi ulasan dan kesimpulan inilah, media-media boleh mengambil kesempatan mematahkan hujah-hujah atau fakta-fakta yang keluar dari mulut-mulut pembangkang. Jadi, secara tidak langsung penyokong-penyokong BN berjaya dibentuk.

Maka, dengan ini juga terbentuklah kelompok-kelompok masyarakat yang seimbang keperluan maklumatnya. Dengan ini pembincangan di warong, pejabat dan forum-forum cyber akan menjadi seimbang dan juga boleh dimonopoli oleh orang-orang BN, kerana oarang-orang BN sudah bersedia dengan fakta-fakta yang didedahkan kepada umum dan juga fakta-fakta yang telah ‘basi’ dari PR.

Kesimpulannya, bagi pendapat saya, media arus perdana merupakan senjata BN. Senjata untuk membantu menjadikan BN kuat atau mungkin juga akan memakan diri sendiri. Maklumat yang disekat dari memasuki minda rakyat, boleh menyebabkan rakyat memberontak dan beralih kepada media-media altanatif. Maka, secara tidak langsung lebih ramai rakyat memihak kepada PR dan tidak mempercayai media perdana. BN perlu berani bersikap terbuka. Media prokerajaan seperti TV3 suku terutamanya, janganlah ketara sangat menjadi ‘pencacai’ BN. Nanti rakyat semakin loya dan meluat!!!

Note: Artikal ini saya tulis kerana kesian tengok BN yang terus jatuh lantaran kelakuan Media-media Arus Perdana, terutama TV3 yang bodoh dan meloyakan!!!! [mankip - terjah.com]

Sumber:www.terjah.com

Special Ads


http://suhaimi60.fapturbo.hop.clickbank.net/

Wanita MCA turut berdiri di sisi Eli Feb 16, 09 6:46pm

Walaupun kedua-duanya dilabel musuh politik, Wanita MCA turut berdiri di belakang wakil rakyat PKR Elizabeth Wong sewaktu exco Selangor itu dilanda kontroversi berhubung penyebaran foto bogel.

women leader forum scah 240408 chew mei funSelain menyatakan simpatinya, ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata mereka berang dengan tindakan memalukan pihak-pihak itu yang dianggapnya menjadikan wanita sebagai objek seks.

"Ia suatu pencerobohan ruang peribadi wanita dan juga eksploitasi terhadap mereka untuk tujuan politik," katanya dalam satu kenyataan.

Chew menambah, penyebaran foto-foto bogel bercanggahan dengan undang-undang pencegahan pornografi seperti termaktub dalam Kanun Keseksaan.

Menteri besar Selangor pula memuji kepemimpinan Elizabeth dengan menyifatkannya sebagai seorang wakil rakyat dan exco kerajaan negeri yang "tekun dan bijaksana."

khalid ibrahim selangor mb pc 310708 07"Maka kini saya menaruh keyakinan bahawa beliau masih boleh meneruskan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan cekap dan berkesan," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, beliau bersama barisan exconya akan tetap memberikan sokongan kepada Elizabeth untuk berdepan keadaan yang getir ini.

"Saya percaya pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab pasti akan menggunakan isu ini dalam usaha untuk tujuan politik tertentu," katanya.

"Namun, saya berharap agar orang awam tidak terus membuat keputusan sebelum pihak polis mengeluarkan hasil penyiasatan terhadap laporan yang dibuat oleh Elizabeth."

dr lolo ceramah 050308 stagerAhli jawatankuasa PAS Dr Lo' Lo Mohamed Ghazali berkata, tindakan menyebarkan gambar bogel exco Selangor itu sebagai tindakan mereka yang tidak bermaruah.

"Orang yang menyebarkan gambar tersebut lebih teruk daripada pelacur. Kita tidak boleh melayan tindakan ini," katanya, juga ahli parlimen Titiwangsa.

Menurutnya, Islam tidak membenarkan kegiatan intai-mengintai terhadap seseorang, apatah lagi untuk mengaibkan orang lain.

"Tindakan ini sangat memualkan. Saya kesal dengan tindakan media yang merosakkan masyarakat dengan menyebarkan gambar bogel orang.

"Gambar siapa lagi yang akan disebarkan selepas ini, seolah-olah tiada kerja lain."

mahfuz omarKetua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berharap keadilan harus diberikan kepada Elizabeth seperti kes pencerobohan ruang peribadi terhadap selebriti Nasha Aziz beberapa tahun lalu.

Mengulas kenyataan ketua pembangkang di Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang menggesa wakil PKR itu berundur, Mahfuz berkata:

"Gambar itu bukan bersama pasangan. Keadaan itu berbeza dengan apa yang berlaku kepada (Datuk Seri) Dr Chua Soi Lek.

"Perkara ini (pencerobohan) sangat berbahaya dan boleh berlaku di mana-mana sahaja, seperti hotel."

"Saya anggap (nasib yang dialami Elizabeth) ini sebagai politik mafia. Saya tidak tengok gambar itu, tetapi saya difahamkan beliau bersendirian," tambahnya lagi.

"BN terlalu lemah sekarang dan tidak ada faktor penarik. Oleh itu diwujudkan faktor sebegitu dengan melakukan serangan peribadi (terhadap Elizabeth)."


Eli: Saya mangsa sebaran foto bogel

Feb 16, 09 10:09am
kemaskini 3.20pm Seorang exco kerajaan Selangor membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat PKR di Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam.

Dihubungi hari ini, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ahli politik berusia lewat 30-an itu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

"Saya menjadi mangsa dalam insiden ini," katanya dalam satu kenyataan tengah hari ini (teks lengkap di bawah).

"Saya dimaklumkan beberapa orang sedang cuba mengedarkan foto-foto atau rakaman video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim."

Tambahnya, pengedaran gambar-gambar ini serangan jahat terhadap keperibadiannya.

"Ia merupakan satu pencabulan nyata terhadap maruah saya, satu pencabulan terhadap hak peribadi saya, khususnya kekudusan kehidupan peribadi saya.

"Ia dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab bagi memalukan dan mencemarkan nama baik saya," katanya.

Elizabeth menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut.

Teks lengkap (terjemahan) kenyataan akhbar

Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.

Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.

Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.

Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.

Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.

Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.

Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor

NIZAR BUKAN DERHAKA TETAPI AMANAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat; Derhaka ialah tidak taat atau khianat kepada negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan undang-undang yang sah. Ertinya derhaka ini berlaku jika kita melawan peraturan yang telah didaulatkan melalui undang-undang.

Manakala amanah pula amanah ialah sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll). Ertinya jika sesuatu peraturan dan undang-undang yang dipertanggungjawabkan ke atas kita dipelihara dengan jujur dan taat setia itu adalah amanah.

Contoh derhaka; bila mana undang-undang yang telah diperkenankan oleh YDP Agong kata jangan rasuah, tetapi dalam pemilihan pemimpin parti rasuah diamalkan, itu derhaka namanya.

Contoh amanah pula; bila mana undang-undang yang telah diperkenankan oleh baginda sultan kata, tidak boleh pecat MB selain dari tiga cara sama ada Bubar Dun, Undi tidak percaya di dalam sidang Dun atau MB secara sukarela letak jawatan tiba-tiba ada orang secara paksa suruh MB letak jawatan dan MB pula tidak mahu letak sebab cara itu bertentangan dengan undang-undang, maka itu namanya amanah.

Merujuk isu di Perak, ternyata Datuk Seri Nizar adalah seorang yang sangat amanah kerana mempertahankan kedaulatan undang-undang tubuh negeri Perak.

Sebaliknya Barisan Nasional adalah penderhaka kerana sering melanggar undang-undang seperti amalan rasuah, pemimpin berzina, berjudi, peras ugut, dan yang terkini melantik Menteri Besar secara haram kerana membelakangi undang-undang tubuh negeri.

Ingatlah sesungguhnya dalam sejarah melayu, Hang Tuah tidak derhaka, tetapi sebenarnya difitnah. Bendahara Melaka juga tidak derhaka kerana ingkar melaksanakan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah kerana pada pendapatnya hukuman yang diputuskan tidak mengikut proses undang-undang negeri.

Hang Jebat juga bukan penderhaka sebaliknya beliau mempertahankan kedaulatan undang-undang tubuh negeri yang meletakkan keadilan sebagai asas kedaulatan negeri.

Jadi siapakah yang menderhaka terhadap kedaulatan undang-undang?

Ingatan Agong: Hormati Perlembagaan Persekutuan

Feb 16, 09 1:02pm
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan. 

Baginda bertitah sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dijelaskan kepada golongan muda supaya mereka lebih memahami asas pembentukan negara.

"Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, lapor Bernama.

Seri Paduka turut melahirkan rasa dukacita kerana walaupun negara telah 51 tahun merdeka, isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum. 

"Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan," titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota dewan.

Baginda bertitah bahawa hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati.

"Sehubungan ini, Beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara. Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita," titah Seri Paduka. 

Jangan persoal kedudukan Islam

Tuanku Mizan juga mengingatkan semua pihak supaya menghormati dan tidak mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Mengenai berita palsu dan fitnah yang disebar pihak tertentu termasuk melalui laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat, baginda mahu rakyat berhati-hati 
dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

"Sesungguhnya kita harus belajar daripada sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca daripada fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat," titah baginda. 

Baginda juga mahu pengamal media termasuk penulis blog supaya lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demimengekalkan keharmonian dalam masyarakat. 

Seri Paduka turut menyambut baik penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan keikhlasan dan iltizam kerajaan mengotakan janji untuk membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. 

"Bagi memastikan usaha pembanterasan rasuah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang," titah baginda. 

Tuanku Mizan bertitah bagi menarik golongan tersebut berkhidmat, SPRM akan menyediakan skim perkhidmatan dan saraan yang lebih baik bagi mengiktiraf para pegawai suruhanjaya itu di atas peranan dan sumbangan penting mereka dalam meningkatkan integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara ini. 

Melonjak martabat negara

Baginda bertitah penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan berpegang kepada janji dan yakin kedua-dua suruhanjaya itu akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi berkenaan.

"Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda negara dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa," titah baginda.

Tuanku Mizan turut menitikberatkan mengenai pendidikan awal dan menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Usaha-usaha memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan akan datang," titah baginda.

Baginda turut memuji tindakan tepat kerajaan yang mengadakan sidang khas Parlimen pada 12 Januari lalu bagi mengutuk tindakan Israel menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

"Kerajaan Beta sentiasa siap siaga berinteraksi supaya negara-negara kecil khususnya tidak ditindas atau ditekan atas alasan yang membelakangkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

"Beta berbangga di atas kejayaan Malaysia mengusulkan supaya diadakan sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza," titah Seri Paduka.

Special Ads

Untungnya buruk lantak rasuah Umno!

Untungnya Umno. Ketika pemilihan parti itu tinggal beberapa hari lagi, berlaku kejadian merompak di Perak. Lompat-melompat parti kata seorang lawyer adalah constitutional. Mana aku tau. Saya tak peduli sangat kalau poly-tikus murahan dah memang gian sangat menyerah diri. Tak kiralah walau menyerah kat Umno sekalipun.

Tetapi, susahlah nak buat tak peduli kalau nampak macam nak berlaku penyucian kes rasuah dan disekat tengah jalan untuk dipaksa kembali menyokong dan yang di takhta pula begitu pendiam bagaikan kehilangan kata-kata dalam perjumpaan terakhir dengan Menteri Besar (MB) kerajaan yang dihambat sedangkan dalam perjumpaan sebelum itu ketika si MB memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, yang ditakhta begitu ceria dan dilaporkan pula berkata, "kalau macam ni, bubarlah (DUN)" (yang di takhta khabarnya memang seorang yang ceria dalam keadaan biasa dan kata-katanya selalu diselang-selikan dengan ketawa).

Susahlah nak buat tak hairan kalau biasanya dalam setiap pertemuan si MB yang dihambat itu yang kena tunggu yang di takhta dalam masa 10 atau 20 minit. Tetapi, dalam perjumpaan untuk menghambat si MB, yang di takhta sudah siap menunggu bersama-sama penasihat undang-undang negeri (LA). Yang di takhta juga enggan bercakap bila diminta beberapa penjelasan dari sudut undang-undang termasuk apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Yang di takhta diam sahaja - bak kata orang putih, dia tak dispute. Si LA pun tak dispute apa yang dihujahkan oleh si MB (aku rasa jenuh jugak dia hafal hujah-hujah tu).

Minta tolong jangan bantai dan hentam yang di takhta kerana aku ada soft spot dan berterima kasih kepada orang tua tu sebab dia yang sign Pindaan Perlembagaan 1993 yang mengkudungkan imuniti raja-raja (tak kisahlah apa yang mendorong dia sign) yang bagi saya merupakan jasa terbesar Tun Dr Mahathir Mohamad kepada seluruh rakyat Malaysia yang berakal (ini bukan ayat perli, dengan nama Allah saya berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana jasa terbesarnya mengkudungkan imuniti raja-raja itu).

Berikutan bantahan perbuatan merompak yang turut menjadikan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Mat Kemian seronok tergedik-gedik itu (orang mendakwa Mat Kemian ialah nama gelaran kepada Datuk Seri PanglimaMohd Annuar Zaini. Orang dakwa la, saya pun tak tau betui ka, tidak ka), mengamuklah pula gerombolan Umno dengan slogan membela raja yang membuatkan berduyun-duyun rakyat negara ini termuntah-muntah kerana slogan munafiq itu.

Untungnya Umno. Sebelum ini, satu negara membincangkan perbuatan mentekedarah rasuah yang berleluasa dalam parti itu. Selepas tercetus cerita rompakan di Perak, hampir tak ada berita Umno mentekedarah rasuah.

Oleh kerana orang sudah terlupa betapa buruk lantak dan pelahapnya Umno apabila disumbat rasuah ke tekaknya dek kerana terlalu heboh dan riuh cerita merompak di Perak, siapa boleh nafikan bahawa kesempatan itu direnggut cukup-cukup oleh para pemimpin Umno yang mengidam supaya dipilih lagi untuk memperalatkan jawatan - siapa boleh nafikan mereka meliwat-liwat kesempatan itu sepuas-puasnya dengan festival rasuah mereka.

Siapa boleh nafikan para perwakilan dan mereka yang kebulur rasuah gila-gila berkenduri rasuah ketika terlupa sebentar buruk kelaku mereka kerana tumpuan diasyikkan oleh kes merompak di Perak.

Barangkali sebab itulah Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasihkepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mengadakan pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selepas Umno berhimpunkerana tindakan SPR itu akan memberi peluang kepada rakyat berjumpa dengan apa yang disebutkan oleh bekas presiden parti itu, Dr Mahathir sebagai "kerajaan pimpinan perasuah".

Menurut bekas Perdana Menteri, jika yang menang dalam pemilihan Umno Mac ini adalah orang yang menghulur rasuah maka parti itu akan dipimpin oleh perasuah.

"Dan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan.

"Saya telah berbual dengan beberapa orang yang tidak berparti dan juga yang berparti. Pendapat mereka semuanya sama - mereka tidak ingin diperintah oleh kerajaan pimpinan perasuah," kata Dr Mahathir.

Mengambilkira apa yang diperingatkan oleh Dr Mahathir itu, kata Salahuddin, PAS akan menjadikan kedua-dua pilihan raya kecil itu sebagai medan untuk rakyat mendesak para pemimpin parti yang berbudayakan rasuah itu membuat pengakuan bahawa mereka tidak merasuah ahli-ahli parti itu untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Kita akan mengajak rakyat Bukit Gantang dan Bukit Selambau menuntut mana-mana pemimpin Umno yang datang berkempen ke kedua-dua kawasan itu supaya bersumpah di mana-mana masjid di kedua-dua kawasan tersebut bahawa mereka tidak merasuahkan ahli-ahli Umno atau mana-mana pihak untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Yang utama sekali ialah kita akan mengajak rakyat di sana menuntut Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah bahawa beliau tidak merasuah sesiapapun samada ada di dalam atau di luar Umno sehingga beliau menang tanpa bertanding sebagai presiden parti itu.

"Bukan kita yang mulakan tetapi Najib sendiri yang mengajar rakyat supaya bersumpah untuk membuktikan kebenaran apabila beliau bersumpah dalam masjid di Kampung Guar Perahu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dahulu bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu," kata Salahuddin.

Jangan lupa perangai buruk lantak rasuah Umno. Ni berita-beritanya:

TDM: Umno yang bukan lagi Umno (29/5/08)
TDM: Rasuah politik (11/8/08)
TDM: Rasuah dalam Umno (19/8/08)
TDM: Pemilihan Umno (17/10/08)
TDM: Politik wang dalam Umno (24/10/08)
TDM: Peralihan kuasa (14/11/08)
TDM: Pencalonan Umno (19/11/08)
TDM: Rasuah dan keazaman politik (25/11/08)
TDM: Mac 2009 (2/12/08)
TDM: Pilihan raya kecil Kuala Terengganu (23/1/09)
TDM: Rasuah Umno (3/2/09)
BPR digesa siasatan skandal balak Umno Pahang (Malaysiakini 29/7/03)
Politik wang: Adnan marah tapi kasihan.... (Malaysiakini 5/10/04)
Dr M dakwa kalah kerana politik wang (Malaysiakini 11/9/06)
"Itulah harga maruah ahli Umno sekarang, dua ratus ringgit" (petikan dari Screenshots 11/9/06)
Ku Li: Campurtangan atasan punca Dr M tewas (Malaysiakini 13/9/06)
Johari shoots Umno in the foot (Malaysiakini 14/9/06)
Penyokong Dr M di Kubang Pasu terima SMS ugutan (Malaysiakini 16/9/06)
Ahli Umno Kubang Pasu buat aduan mengenai politik wang (Malaysiakini 29/9/06)
Dr M's defeat: Complaint lodged (Malaysiakini 29/9/06)
Kubang Pasu delegate: I was put under quarantine (Malaysiakini 2/10/06)
Menteri lesapkan wang syarikat selesai hutang peribadi, dakwa Gerak (Malaysiakini 29/6/07)
Laporan BPR kedua Mazlan terhadap PM, Najib (Malaysiakini 4/9/08)
Abdullah, Najib didakwa 'salah guna kuasa' (Malaysiakini 5/8/08)
Politik wang ini dah semakin bermaharajalela (petikan dari Bernama 14/8/08)
'Ahli Umno tak takut politik wang' (Malaysiakini 5/9/08)
Aduan rasuah, kekerasan di Wangsa Maju (Malaysiakini 17/9/08)
Politik wang: Muhyiddin rasa malu dedahkan kelemahan Umno (mStar Online 14/10/08)
Sidang Pemuda Umno Rantau Panjang kecoh, unit antirusuhan dipanggil (mStar Online 18/10/08)
Wanita Umno pula baling kerusi (mStar Online 18/10/08)
Rais: Kawal rasuah Umno atau buka tender (Malaysiakini 21/10/08)
Politik wang dan pawang politik dalam Umno (Syed Imran Al-Sagoff 21/10/08)
Rasuah sudah menjadi budaya Umno - Rais (Harakah 22/10/08)
Pemilihan Umno diharap tidak dijadikan seperti tender terbuka (mStar Online 22/10/08)
Ganjaran wang politik perwakilan Umno cecah RM20,000? (mStarOnline 25/10/08)
Sidang Kota Tinggi kecoh protes hukuman Lembaga Disiplin (mStar Online 27/10/08)
Adakah Razaleigh akan terus berkhidmat kepada parti rasuah? (Harakah 3/11/08)
Razaleigh: Ada bahagian minta rasuah pencalonan RM2 juta (mStar Online 3/11/08)
Ku Li tewas akibat gagal sogok wang? (Malaysiakini 5/11/08)
Umno terima 900 aduan politik wang (Utusan Malaysia 8/11/08)
Rasuah jadi hak eksklusif Umno - Husam (Harakah 10/11/08)
Kerusi terbang warnai mesyuarat Umno Seremban, perwakilan cedera (mStar Online 10/11/08)
Buang pemimpin amal politik wang dari Umno - Mahathir (mStar Online 12/11/08)
Dr M: Money politics will ruin Umno in GE (Malaysiakini 12/11/08)
‘Hanky-panky’ in Umno deputy president race: Dr M (The Star 12/11/08)
Dr M says ISA should be used against corrupt Umno members (Malaysian Insider 12/11/08)
Umno juara rasuah (Azhar Ahmad 13/11/08)
Politik wang dijangka parah menjelang pemilihan Umno - Tengku Rithauddeen (mStar Online 14/11/08)
'Politik wang nampaknya lebih teruk, bahaya' - Tengku Rithaudeen (mStar Online 16/11/08)
Dr M to name Umno members involved in money politics (The Star 19/11/08)
Peralihan kuasa sia-sia - Dr Mahathir (Harakah 20/11/08)
Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Mahathir (Utusan Malaysia 20/11/08)
Gejala rasuah sukar dibendung walaupun Najib jadi PM, kata Dr Mahathir (Bernama 22/11/08)
Politik wang di Kota Tinggi, BPR panggil saksi (Malaysiakini 27/11/08)
Tuduhan rasuah politik: BPR nak siasat tapi disekat? (Politica 16/12/08)
Mubarak: Lembaga disiplin lambat bertindak... (Malaysiakini 18/12/08)
Tangguh pemilihan Umno jika siasatan politik wang tidak selesai (mStar Online 24/12/08)
Pemilihan Umno: Tiada tindakan ahli minta sogokan (Malaysiakini 26/12/08)
Tataetika Umno lemah, tidak boleh dakwa ahli minta suapan (mStarOnline 26/12/08)
Sah pemimpin Umno kebal dari tindakan SPRM (PAS Johor 9/1/09)
Tiga 'bandar politik wang' Umno (Malaysiakini 29/1/09)
Bantah idea bubarkan sayap utama Umno (Malaysiakini 29/1/09)
Politik wang: Umno tidak setuju SPRM siasat pemimpin (Malaysiakini 30/1/09)
Pemuda Umno marah kekerasan SPRM (Malaysiakini 30/1/09)
Umno’s road to perdition (Malaysian Insider 3/2/09)
Litmus test for MACC (The Sun 9/2/09)

Peguam: Bicara semula kes Altantuya

Feb 16, 09 11:55am
Peguam seorang tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu menimbulkan sedikit kegemparan apabila memohon Abdul Razak Abdullah Baginda dibicarakan semula.

Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili koperal Sirul Azhar Umar mengemukakan permohonan agar ketiga-tiga tertuduh asal kes itu - termasuk penganalisis politik itu yang digugurkan daripada membela diri. 

Seorang lagi tertuduh, cif inspektor Azilah Hadri - kedua-dua anggota polis ini daripada Unit Tindakan Khas (UTK). 

Kamarul Hisham menyatakan demikian ketika menyampaikan hujahan di akhir kes pembelaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Special Ads

Protect your computer now! http://www.noadware.net/?hop=suhaimi60

"Jangan biadab": Antara Perak dan Terengganu-ref malaysiakini

penarik beca

Boleh siapa-siapa tolong saya? Kalau jumpa, tolong beritahu. Saya jenuh cari kenyataan Sultan Selangor mengenai gambar di atas. Yang ada ialah kenyataanmengenai apa yang berlaku di Perak yang antara lain menyatakan:
Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.
Barangkali apa yang berlaku di Terengganu seperti dirakam gambar di atas tidak menghakis asas-asas kedaulatan negara ini, tidak keji, tidak biadab, tidak derhaka, tidak angkuh, tidak jahil ilmu dan tidak kemaruk kuasa.

Fuh! Nasib baik tunjuk perasaan yang dimarahi Sultan Selangor itu tidak berlakuPlanet Hollywood.



0 comments:

halau mereka dari kawasan anda!!

halau mereka dari kawasan anda!! 

Aduan polis foto bogel exco S'gor

Feb 16, 09 10:09am
kemaskini 11.28pm Seorang exco kerajaan Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) wanita itu, dalam usia lewat 30-an dan masih bujang, dijangka mengeluarkan kenyataannya hari ini.

Beliau menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut.

Special Ads

Protect your computer now! http://www.noadware.net/?hop=suhaimi60

Kerajaan Haram Perak Kena Tampar

PKR Gerik, Saturday, February 14, 2009
Seronok dapat berita hari ini yang kerajaan haram UMNO/BN di Perak..... kena 'tampar'. Bagus pun kena tampar, bior depe tersedor sikit.... Semenjak dua menjak ni..... bukan main ghairah lagi, baik MB haram nyer.... mau pun barisan EXCO haram nyer dan tak ketinggalan... para penasihat MB yang semua nyer haram... Depe perasan yang depe kerajaan yang sah..... just because Najib says so and diperkenan pulak oleh baginda Sultan Perak..... tanpa memikirkan implikasi daripada tindakan yang UMNO/BN telah lakukan....


Tup-tup.... hari ini kena penampor yang pertama..... yeah..... YB Siva masih Speaker DUN Perak dan dia orang Pakatan Rakyat.... Mengikut Perlembagaan negeri Perak.... dia ada kuasa. Kuasa besar jugak dalam DUN Perak. Dan.... tak siapa boleh pecat atau nyahkan dia daripada memegang jawatan selaku Speaker DUN Perak...... kecuali DUN dibubarkan!! Sekarang... apa macam???


YB Siva... buat hidup mereka macam dalam neraka. Kasi bontot mereka panas duduk di kerusi yang mereka jawat sekarang..... Benda yang haram ni panaasssss!!! Biar mereka mengeletik macam cacing kepanasan. Lama-lama kejang ler....


Hello.... hello ..... hello froggy.... ingei wa.... Mana itu tiga ekor katak... lama sudah tarak nampak. Masih sakit ka.... atau masih menyorok bawah itu Hantu Kopek punya kopek!!! Saya ingat lebih baik lu orang tarak balik.... Lu orang tak mau mimpi boleh masuk itu DUN lagi.... Rasa nyer Speaker DUN Perak akan lakukan seperti apa yang pernah dia katakan..... iaitu menghalang katak-katak itu daripada masuk ke DUN kerana berpegang kepada surat perletakan jawatan sebagai ADUN yang telah diterima nyer...


MB dan para EXCO nyer pulak...... akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak kerana didakwa telah menghina dewan. Bagus YB Siva... buat aper saja yang dalam bidang kuasa anda sehingga kuasa rakyat dikembalikan dan satu kerajaan yang sah dapat diwujudkan melalui pilihan raya.... Hidup rakyat!!!

Nampak nyer kemelut negeri Perak ni akan berlarutan..... kerana semangat rakyat belum patah dan usaha para pemimpin mereka belum punah...... Kalau mereka takut berhadapan dengan rakyat melalui pilih raya.... paksa mereka..... atau lawan mereka dalam mahkamah kerana.....

Lawan Tetap Lawan!!!

Special Ads

Protect your computer now! http://www.noadware.net/?hop=suhaimi60

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising