Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, February 14, 2009

7 April p'raya di Bkt Gantang, Bkt Selambau

Feb 13, 09 11:53am

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.

Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.

Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.

Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung.

Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.

P'raya kecil pertama Najib

Ini juga merupakan pilihanraya kecil pertama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak seandainya peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan berjalan seperti yang dijangkakan.

bm version bukit selambau state seat 090209Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyerahkan kuasa kepada Najib sejurus selepas selesai perhimpunan agung Umno bulan depan.

Mengenai kerusi Bukit Selambau, Abdul Aziz berkata, beliau berpuashati dengan dokumen yang diberikan, yang menurutnya, sah dan asli dari Arumugam.

"Setelah kita berbincang, kita dapati tidak ada unsur-usnur keraguan," tambahnya.

Mengenai keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil serentak bagi kedua-dua kerusi berkenaan, Abdul Aziz berkata:

"Kita tidak mahu tempoh berkempen terlalu panjang. Apabila ini berlaku, macam-macam isu akan keluar, mungkin timbul keresahan, mungkin akan mengancam keselamatan awam dan negara. Kita tidak mahu orang yang berkempen letih".

Beliau juga berkata tarikh pilihanraya kecil tidak ada kena-mengena dengan perhimpunan Umno bulan depan.

"Keputusan ini dibuat supaya semua selesa," tambahnya.

Daftar pemilih

Abdul Aziz juga memberitahu, daftar pemilih untuk kedua-dua kawasan ditentukan berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2007 dan digabungkan dengan daftar tambahan pada suku pertama, suku kedua dan suku ketiga 2008.

Katanya, daftar tersebut akan mula dijual mulai 21 Februari bagi senarai tanpa saluran dan pada 21 Februari bagi senarai dengan saluran.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209Terdapat 55,562 pemilih berdaftar di Bukit Gantang dengan 55,426 pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Di Bukit Selambau pula seramai 35,140 layak mengundi. Seramai 35,125 merupakan pemilih biasa, manakala 15 lagi pemilih pos.

Sebanyak 32 pusat mengundi akan dibuka di Bukit Gantang manakala sebanyak 22 lagi akan dibuka di Bukit Selambau.

Abdul Aziz juga berkata, Pemantau Bagi Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) diberikan kebenaran menjadi pemerhati.

Tarikh tidak jejas pengundi

Ditanya kenapa SPR tidak memilih hari hujung minggu sebagai tarikh pengundian, seperti amalan biasa, Abdul Aziz berkata, ia dibuat berdasarkan tempoh 60 hari yang diperuntukan kepada mereka.

Katanya, ketetapan tarikh itu juga tidak akan menjejaskan jumlah pengundi yang akan turun menunaikan tanggungjawab.

"Kalau hendak mengundi, dia akan ambil cuti dan balik kampung. Sekolah-sekolah yang jadi tempat mengundi akan bercutilah," katanya.

Menurutnya, tempat penaman calon bagi parlimen Bukit Gantang akan diadakan di dewan Majlis Perbandaran Taiping.

Manakala tempat penamaan calon bagi DUN Bukit Selambau pula di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Special Ads

Protect your computer now! http://www.noadware.net/?hop=suhaimi60

Zambry, exco dirujuk pada JK hak dan kebebasan DUN Perak

Feb 14, 09 4:25pm

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.

"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Laporan pada dewan

Saarani (Penerangan, PembangunaN Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi ( Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap menteri besar dan exco berkenaan, Sivakumar berkata jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya kepada sidang DUN yang akan datang.

"Keputusan akan dibuat dalam dewan," katanya.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan Adun Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan, telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai menteri besar dan barisan exconya telah mencabuli Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai enam daripada tujuh anggota jawatankuasa tersebut, maka ada kemungkinan Dr Zambry dan exco yang lain itu, didapati bersalah.

Jika Pakatan mampu mendapatkan sokongan di DUN yang mencukupi untuk menyokong keputusan jawatankuasa tersebut, maka Dr Zambry dan exconya mungkin dikenakan hukuman digantung atau malah disingkir.

Bagaimanapun, Sivakumar berkata, adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan seumpama itu.

Beliau juga menafikan bahawa tindakan terhadap Dr Zamry dan exconya bersifat satu 'serangan balas'

"Apa yang dilakukan adalah mengikut undang-undang dan peraturan. Saya hanya menjalankan tugasa saya," kata beliau.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Special Ads

Protect your computer now! http://www.noadware.net/?hop=suhaimi60

Seorang lagi pemimpin PKR dilarang masuk S'wak

Feb 14, 09 6:21pm

Naib Presiden PKR, R Sivarasa menjadi pemimpin PKR kedua yang disenaraihitam dan dilarang memasuki Sarawak dalam tempoh dua bulan lalu.

r sivarasa 270208Sivarasa, yang ke Kuching untuk menemui pemimpin PKR di negeri itu, dimaklumkan mengenai larangan tersebut selepas mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuching tengahari tadi.

"Selepas menunjukkan kad pengenalan saya, pegawai imigresen memberitahu saya, "Sorry, ada masalah'. Lima belas minit kemudiannya, seorang pegawai kanan imigresen memberitahu yang nama saya telah disenaraihitamkan," katanya ketika dihubungi.

Menurut Sivarasa, beliau diserahkan notis rasmi yang menyatakan yang beliau tidak layak memasuk negeri itu tanpa permit, mengikut Seksyen 66 (1) Akta Imigresen.

Sivarasa berkata beliau bingung dengan larangan tersebut memandangkan beliau masih dibenarkan memasuki Sarawak Julai lalu.

Sehubungan itu, katanya, beliau percaya larangan ke atasnya itu baru diputuskan.

"Ia menunjukkan lebih ramai daripada kami yang telah disenaraihitamkan. Ini menunjukkan wujud rasa tidak selamat di pihak kerajaan negeri, mungkin ada kaitan dengan pilihanraya negeri yang akan datang," katanya.

Tambahnya, beiau akan mencabar larangan tersebut di mahkamah tidak lama lagi.

Special Ads

Protect your computer now! http://www.noadware.net/?hop=suhaimi60

Nizar: serah rumah dan kereta bukan mengalah...

Feb 13, 09 5:51pm

Keputusan untuk meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar serta menyerahkan kenderaan rasmi bukan petanda Pakatan Rakyat mengalah dan kecewa, kata Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Sebaliknya, kata beliau, tindakan itu hanyalah semata-mata mematuhi arahan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak, lapor Bernama.

nizar jamaluddin files suit against dr zambry abdul kadir perak 130208"Sedikit pun tidak dengan penyerahan ini, memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar untuk mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Tidak menjejaskan sama sekali.

"Ia bukan sebarang petanda apa-apa elemen bahawa kami menyerah, kami kecewa atau apa jua elemen yang kami ini mahu mengalah," katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini selepas memfailkan permohonan mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah, lapor Bernama.

Ditanya apakah yang akan beliau dilakukan sementara menunggu keputusan mahkamah, Mohammad Nizar, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak, berkata beliau akan meneruskan tugas harian seperti biasa sebagai menteri besar dan begitu juga barisan exconya yang lain.

nizar jamaluddin and perak mb residence and official car pc 120209 02"Kami masih berpegang kepada permohonan saya sebagai Menteri Besar, pada waktu berkenaan.

"Oleh kerana kami merasakan mengikut lunas undang-undang adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, kerajaan yang sah, maka menggunakan peruntukkan yang ada, kami memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan (Perak) untuk membubarkan DUN negeri Perak dan diadakan pilihan raya di seluruh 59 DUN Perak supaya hak rakyat diberikan untuk mereka memilih kerajaan," katanya.

Ditanya alasan beliau memfailkan permohonan di mahkamah Kuala Lumpur dan tidak di Ipoh, Mohammad Nizar berkata beliau dinasihatkan oleh panel peguamnya bahawa ia adalah "lebih baik dan jernih dan lebih cerdik kalau mereka datang ke sini".



Special Ads

Protect your computer now! http://www.noadware.net/?hop=suhaimi60

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising