Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, February 8, 2009

Penyokong DAP protes di depan SUK

Feb 8, 09 3:39pm

Kira-kira 50 penyokong Pemuda DAP mengadakan protes di depan bangunan Darul Ridzuan, Ipoh jam 11.30 pagi tadi membantah kerajaan baru Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri itu.

Bantahan tersebut diketuai oleh ketua Pemuda DAP, Anthony Loke selama kira-kira 10 minit.

Mereka melaung-laungkan perkataan 'hidup rakyat' dan 'jatuh Umno/BN'.

"Kerajaan BN perlu dibubarkan kerana ia tidak mendapat mandat rakyat dan ia diperintah oleh katak-katak politik.

"Rakyat Perak tidak puas hati kerana mereka tuntut pilihanraya baru," katanya dalam ucapan kepada penyokongnya.

Mereka datang dari seluruh negara termasuk Melaka, Pulau Pinang dan Selangor.

Lima replika katak BN termasuk dua yang memegang wang, dipamerkan semasa protes tersebut.

Polis kawal keadaan

Kira-kira 100 anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan.

Beberapa anggota polis trafik mengawal keadaan lalulintas di depan jalan berkenaaan.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anthony berkata, pihaknya tidak mengiktiraf kerajaan baru Perak.

"Saya mencabar kerajaan mengadakan pilihanraya semula untuk menentukan sokongan rakyat.

"Tindakan merampas kuasa ini boleh mematikan amalan demokrasi di Malaysia," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat DAP Perak tidak jauh dari bangunan Perak Darul Ridzuan.

Anthony berkata, jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak dibubarkan, kemelut ini tidak akan selesai.

Katanya, rakyat mahu melihat demokrasi hidup dan ia akan terjadi apabila DUN Perak dibubarkan.

cabar MCA

"Kerajaan baru Perak yang ditubuhkan dua hari lalu itu bukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan juga tidak melambangkan kerajaan yang berbilang kaum," katanya lagi.

Anthony yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lobak, Negeri Sembilan berkata, beliau juga mencabar MCA supaya menyatakan pendirian mengenai kerajaan baru BN itu.

Katanya ini kerana, jika menerimanya, ia bermakna MCA setuju dengan rampasan politik Umno dan meruntuhkan sistem demokrasi di negara ini.

"Saya difahamkan seorang Adun MCA, Dr Mah Hang Seon akan dilantik sebagai seorang exco kerajaan negeri Perak," katanya.

Majlis angkat sumpah exco kerajaan negeri yang baru akan diadakan Selasa ini.

Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Jumaat lalu.

Bagaimananapun, Datuk Seri Mohamd Nizar Jamaluddin masih mendakwa beliau sebagai menteri besar Perak.

Sementara itu, penyokong Barisan Nasional (BN) mengadakan demonstrasi secara aman selama sejam di Ipoh pagi tadi bagi menyatakan sokongan mereka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Selepas perhimpunan yang diterajui oleh Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia (BBPM), satu memorandum yang menyatakan taat setia kepada baginda Sultan, diserahkan kepada Istana Kinta untuk diserahkan kepada baginda.


PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.

Pengawal Nizar pukul jurugambar

Andrew Ong | Feb 8, 09 7:40pm
Seorang jurugambar telah dipukul oleh seorang pengawal Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Tang Cheong Hoong, 26, dari akhbar Oriental Daily luka di bahagian kiri dahinya.

two perak mb in thaipusam event 080209 16Tan turut ditumbuk di bahagian dagunya.

Insiden itu berlaku ketika Mohd Nizar hendak berucap di Kuil Arulmigusubramania di Gunung Cheroh pagi ini.

Menurut saksi, seorang pengawal berpakaian baju-T berwarna hitam bersikap kasar terhadap jurugambar tersebut sebelum menumbuknya dua kali.

Ketika ditemui wartawan, Tang berkata pengawal yang memukulnya itu kemudiannya memohon maaf dan berjabat tangannya.

Tang berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat laporan polis atau mengadu kepada Mohd Nizar.

Ketika dimaklumkan mengenainya, Mohd Nizar memberitahu wartawan bahawa beliau tidak menyedari bila insiden itu berlaku, sambil menambah beliau tidak bertanggungjawab (terhadap insiden tersebut).

Bagaimanapun, katanya, beliau sedih dan kesal dengan insiden itu.

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


Karpal: Jangan main-main dengan saya

Feb 8, 09 8:15pm
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh mengingatkan mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadapnya berhubung tindakannya mahu memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya bersedia dengan apa juga akibatnya.


Karpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor menyifatkan saman-saman itu sebagai suatu ugutan.

"Jangan main-main dengan saya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda Umno Tanjong dan Balik Pulau berhubung tindakannya itu, lapor Bernama.

Karpal Singh pada Jumaat lepas dilaporkan akan memfailkan saman terhadap Sultan Azlan Shah dan kerajaan negeri yang baru berikutan pelucutan jawatan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan menubuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang didakwa tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau juga berkata Sultan Azlan Shah adalah raja di negeri Perak dan harus mengikut undang-undang negeri Perak kerana undang-undang itu yang memberi status kepada baginda untuk menjadi raja di negeri tersebut.

Mengenai laporan polis terhadapnya yang dibuat oleh dua pergerakan Pemuda Umno di negeri ini Karpal berkata :" Umno tidak boleh ugut saya kerana sudah tidak mendapat kepercayaan dari rakyat pada pilihan raya umum yang lepas".

Ditanya sama ada pihak polis telah menemuinya bagi mengambil keterangan berhubung laporan polis terhadapnya, Karpal Singh menjelaskan bahawa tiada polis yang datang bertemu dengannya setakat ini.

16 laporan polis

sementara itu, polis setakat hari ini menerima 16 laporan daripada ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Sultan Perak berhubung kemelut politik di Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah berkata laporan polis itu dibuat sejak semalam hingga petang ini.

Kesemua laporan tersebut akan disiasat, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zulkefli juga berkata tiga daripada sembilan lelaki yang ditahan terbabit dalam perhimpunan dan rusuhan di perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar semalam telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis manakala enam lagi dijangka dibebaskan esok.

Beliau berkata polis masih lagi mengesan beberapa individu yang terlibat dalam rusuhan itu.

"Siasatan awal polis mendapati kebanyakan individu yang menyertai perhimpunan dan rusuhan haram itu datang dari luar Perak dan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta", katanya.

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.

Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin






nizar

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.



BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.


PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.

Sultan Perak Sempurnakan Konspirasi Annuar Zaini?

Kesultanan Perak adalah merupakan waris daripada kesultanan Melaka melalui Sultan Muzaffar Shah I, iaitu anak kepada Sultan Mahmud. Sejarah Sultan Mahmud sebagai pemerintah Melaka telah diketahui umum berada dalam kelemahan sehingga akhirnya Melaka tumbang dijajah oleh Portugis. Salah satu kelemahan Sultan Mahmud yang paling ketara ialah beliau dipengaruhi oleh mereka yang di sekelilingnya dalam membuat keputusan. Menurut lagenda sejarah, beliau telah membunuh Bendaharanya Tun Mutahir atas hasutan pembesar di sekililingnya. Malah beliau telah membunuh anaknya sendiri Sultan Ahmad Shah yang telah mengambil alih takhta selepas pembunuhan Tun Mutahir. Kisah sejarah seperti ini sememangnya tidak perlu diungkit, tetapi perlu diambil pengajaran oleh Istana Perak.

Dalam zaman moden ini, sistem pemerintahan Malaysia telah bertukar kepada sistem demokrasi dan mengekalkan intitusi Raja yang terikat dengan perlembagaan. Dari segi perlembagaan kuasa Raja adalah diimbangi oleh kuasa eksekutif iaitu Perdana Menteri atau Menteri Besar. Mereka yang berada di sekeliling Raja atau Sultan dari kalangan pembesar-pembesar Istana hanyalah berkaitan dengan urusan istiadat dan pertabalan Raja atau Sultan yang baru. Dalam hal ehwal mentadbir negeri, Raja atau Sultan harus mendengar nasihat daripada Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat. Zaman Raja atau Sultan mendengar nasihat daripada pembesar Istana telah berlalu.

Perkara inilah yang sedang berlaku di Perak. Sultan telah membelakangkan nasihat Menteri Besar yang mendapat kepercayaan majoriti rakyat sebaliknya mendengar pandangan pembesar-pembesar istana. Di kalangan pembesar-pembesar Istana Perak itu terdapat mereka yang mempunyai kepentingan diri atau kepentingan parti. Salah seorang daripadanya ialah Annuar Zaini yang diperkatakan oleh banyak pihak sebagai salah seorang perancang rampasan kuasa yang ada pada hari ini. Beliaulah yang dikatakan banyak mempengaruhi Istana Perak dalam membuat keputusan terutama yang berkaitan dengan senario politik negeri Perak. Tindakan beliau ini telah menyebabkan rakyat mulai ragu dengan pendirian istana yang sepatutnya tidak berpihak.

Tidak diketahui mengapa Annuar Zaini ini begitu istimewa di Istana Perak. Beliau bukanlah keturunan diraja. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang pembesar Istana Perak dan dalam Sambutan Jubli Perak baru-baru ini, beliau telah dianugerahkan sebagai salah seorang yang begitu banyak jasanya kepada Sultan Azlan. Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya yang Canselornya adalah Sultan Azlan sendiri. Sehingga hari ini ramai rakyat jelata begitu tertanya apakah tuah yang ada pada Annuar Zaini ini sehingga beliau begitu dekat di hati Sultan Azlan, malah lebih diutamakan untuk mendapat nasihat berbanding Menteri Besar yang diberi mandat oleh rakyat.

Keterlibatan Annuar Zaini dalam perancangan rampasan kuasa ini sememangnya menjadi percakapan umum, tetapi ia semakin disahkan dengan penggunaan nama Raja Muda (Raja Nazrin) semasa menculik Nasarudin Adun Bota. Sebagaimana maklumat yang ditulis oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Misbahul Munir, beliau dimaklumkan oleh isteri Adun Bota tersebut dua orang lelaki telah datang ke rumahnya untuk menjemput beliau mengadap Raja Muda. Siapakah yang sebegitu berani mendakwa dirinya menjadi wakil kepada Raja Muda. Sudah pasti mereka bertindak dengan dibelakangi oleh seseorang yang mempunyai kedudukan sebagai pembesar Istana. Tidak mustahil juga perkara tersebut berlaku kepada Adun DAP dari Jelapang. Kedua-dua mereka kelihatan terpinga-pinga semasa Najib mengumumkan rampasan kuasa.

Ketika PAS kalah di negeri Terengganu dalam PRU 2004 yang lalu, Annuar Zaini ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas yang mengaku kalah, beliau menyatakan "baguslah mengaku kalah tetapi jangan pula selepas ini mengacau pentadbiran Terengganu". Sepatutnya kenyataan beliau itu diterjemahkan dalam konteks Negeri Perak. Beliau sepatutnya mengaku kalah dan tidak melakukan seribu satu onar dengan menggunakan nama Istana Perak mengacau pentadbiran Negeri Perak. Tindakan beliau untuk merampas teraju Kerajaan Negeri dengan cara yang jijik dan memualkan ini akan memalitkan sejarah hitam kepada Kesultanan Perak dan leluhurnya Kesultanan Melaka yang akan sekali lagi tercatat dalam sejarah.

Plot rampasan kuasa ini walaupun dilakukan begitu licik, tetapi mudah diketahui oleh rakyat Perak bahkan rakyat Malaysia. Walaupun pelbagai alasan digunakan melalui media-media massa, rakyat sekarang sudah mula celik. Rakyat sekarang bukan seperti zaman Sultan Mahmud dahulu, sebaliknya mereka mendapat berita secara live mendahului propaganda media-media massa. Rakyat mula persoalkan bagaimana boleh berlaku umpanan rasuah terhadap exco, bagaimana exco-exco boleh hilang sehingga tidak diketahui oleh keluarganya sendiri, bagaimana begitu bodoh mereka mengemukakan alasan sakit tulang belakang, bagaimana Adun Bota diculik dan lain-lain yang diketahui oleh rakyat terlebih dahulu sebelum media menyiarkan.

Hasil daripada perancangan yang jijik dan mual itu, 96% rakyat telah melihat bahawa BN akan menerima padah dalam PRU akan datang sebagaimana undian NTV7. Tokoh-tokoh vateran UMNO sendiri seperti Dr Mahathir dan Ku Li melahirkan rasa jijik dengan rampasan kuasa ini. Yang paling jelas Pak Lah dan Najib sendiri sedar bahawa rakyat sangat jijik dengan permainan kotor ini sehingga mereka tidak sanggup untuk kembali ke medan tempur sebagaimana tuntuntan Menteri Besar Perak untuk membubarkan DUN. Tindakan Annuar Zaini bersama kumpulannya merancang rampasan kuasa ini sebenarnya akan memburukan lagi imej UMNO yang telah ditolak rakyat dalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Bagaimanapun tindakan itu turut memalitkan nama baik Istana Perak. Ketika seluruh negara tertumpu kepada susuk tubuh Sultan Azlan sama ada membubarkan DUN atau tidak, baginda bertindak menyempurnakan rancangan tersebut. Ketika rayuan mencurah-curah dalam laman web Istana Perak supaya memberi semula mandat kepada rakyat, baginda mencurahkan balik rayuan itu ke luar jendela Istana Perak. Paling mengejutkan Baginda bertindak secara tidak cermat dengan meminta Menteri Besar meletakkan jawatan. Seharusnya Baginda memilih jalan yang lebih sederhana meminta Menteri Besar mengadakan sidang tergempar DUN supaya boleh diusulkan undi tidak percaya.

Sudah menjadi rahsia umum Baginda tidak begitu menyenangi Menteri Besar disebabkan beberapa isu yang sampai kepada Baginda melalui jalan pembesar-pembesar Istana. Boleh dikatakan kebanyakan pembesar-pembesar Istana Perak itu cenderung kepada UMNO termasuklah Annuar Zaini, justeru tidak menghairankan jika khabar yang disampaikan kepada Sultan Perak melalui jalan pembesar-pembesar negeri ini tentang Menteri Besar adalah negatif. Semua rakyat tahu bagaimana Menteri Besar begitu taat dengan Sultan Perak, tetapi Baginda di kelilingi oleh pembesar-pembesar Istana Perak yang tidak sebulu dengan Menteri Besar. Di sini kelihatan Baginda berada dalam kondisi sebagaimana luluhur Baginda Sultan Mahmud dahulu.

Sambutan Jubli Perak pemerintahan Baginda yang sepatutnya diperkukuhkan dengan keputusan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Perak telah dicemari dengan nasihat-nasihat salah oleh Pembesar Istana. Keputusan Baginda dilihat seperti satu 'finishing' kepada satu konspirasi rampasan kuasa yang didakwa oleh PR dirancang oleh salah seorang pembesar baginda yang bernama Annuar Zaini. Sejarah Sultan Mahmud yang memerintah hampir 30 tahun termasuk membunuh Bendahara Tun Mutahir anakandnaya sendiri seharusnya tidak berulang. Sebagaimana Tun Mutahir dibunuh hasil hasutan pembesar-pembesar Istana, maka Istana Perak hari ini perlu menyingkirkan pembesar-pembesar yang seumpama itu kerana merekalah yang akan memalitkan sejarah hitam Kesultanan Perak. (Telaah Politik)

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


Karpal desak Anwar letak jawatan ketua Pakatan

Feb 8, 09 4:56pm

Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut, demikian menurut The Star.

Pemimpin DAP itu berkata, Anwar telah menimbulkan cukup masalah dan sudah tiba masanya bagi beliau (Anwar) bertaubat.

Ekoran itu, Anwar telah dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Dua minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim bertindak keluar dari Umno, tetapi kembali semula ke pangkuan parti itu.

Selain itu, dua Adun PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) telah keluar parti dan menjadi parti bebas bersama dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong.

Ekoran itu, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tinggal 28, sama dengan jumlah kerusi BN (28) dan tiga kerusi bebas.

Ketiga-tiga Adun bebas tersebut telah menyatakan sokongan kepada BN untuk membolehkan gabungan tersebut mendapat sokongan 31 Adun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Dengan itu, Sultan Perak bersetuju BN menubuhkan kerajaan baru di negeri itu dan menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan barisan exconya supaya meletak jawatan.

Bagaimanapun, Nizar enggan berbuat demikian dan upacara mengangkat sumpah menteri besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Jumaat lalu, di tengah-tengah bantahan ribuan Pakatan.

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


Bantahan peralihan kuasa di Perak berterusan

Feb 8, 09 10:22am
Bantahan terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak berterusan apabila kira-kira 300 orang mengadakan upacara memasang lilin tanda 'berkuburnya demokrasi' di luar bangunan sekolah tempat berlangsungnya majlis sambutan tahun baru Cina di Ipoh malam tadi.

candle light vigil in perak 070209 04Apabila Menteri Besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiba di sekolah rendah Yuk Choy dengan dikawal pihak keselamatan, kedengaran laungan kuat 'mengboo' dan mengejek.

Tanpa menghiraukan semua itu, Dr Zambry terus berjabat tangan mereka yang menyambut ketibaannya di majlis berkenaan dengan dikawal ketat oleh anggota polis dan Rela.

Anggota Rela turut mengawal di kiri kanan laluan untuk memboleh Dr Zambry masuk dari pintu pagar menuju ke dewan sekolah tersebut.

Apabila Dr Zambry memasuk dewan, kumpulan tersebut mula memasang lilin dan terdengar ucapan ringkas mengenai bagaimana demokrasi telah berkubur di Perak selepas BN mengambil alih kuasa.

"Ingat, ini tidak bermakna demokrasi tidak boleh dihidupkan semula," kata aktivis PKR, Simon Ooi.

'Batu nisan'

ipoh candlelight vigil fruOoi turut mengetuai laungan "Hidup rakyat", "bubar DUN" dan "pulihkan demokrasi".

Selepas kira-kira 20 minit, mereka meletakkan lilin di sekiling 'batu nisan' sebelum bersurai secara aman.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, pula tiba sejurus sebelum mereka bersurai. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Dr Zambry dalam ucapanya di majlis sambutah tahun baru Cina itu berkata, rakyat Perak tidak menerima pendekatan keganasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka bersatu untuk membawa keamanan sebagaimana yang telah dilakukan sebelum ini.

bn chinese new year perak celebration dinner 070209 05"Tiada seorangpun rakyat Perak yang suka kepada pendekatan keganasan.

"Saya akan bekerja bersama-sama rakyat Perak untuk membawa keamanan kepada negeri ini," katanya.

'MB semua kaum'

Dr Zambry juga menegaskan beliau adalah menteri besar untuk semua rakyat Perak tanpa mengira kaum.

"Tidak kira warna kulit, kita semua adalah orang Perak.

"Tidak kira Melayu, Cina dan India, kita satu, kita orang Perak," katanya.

Dr Zambry juga berkata, beliau berjanji akan menjadikan negeri Perak negeri yang paling berjaya dan terkaya di Malaysia.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah membuktikan bahawa ia boleh menjadikan Perak negeri yang paling kaya dan berjaya.

"Kita akan lakukan lagi dan ini yang menjadi keutamaan BN," katanya

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


Dr M: MB harus dibenar panggil mesyuarat DUN

Feb 8, 09 10:52am

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "tindakan melompat" wakil rakyat di Perak seharusnya mengakibatkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN) tetapi oleh kerana Sultan Azlan Shah mengisytiharkan tidak perlu diadakan pilihanraya, maka keputusan itu harus dihormati.

mahathir mohamad 180108Katanya, menteri besar pembangkang harus dibenarkan memanggil mesyuarat DUN dan undi tidak percaya perlu diluluskan terhadap kerajaan berkenaan, lapor Bernama.

"Tetapi jika menteri besar tidak mahu mengadakan sidang DUN, jadi bagaimana kita boleh paksa beliau berbuat demikian.

"Undang-undang menyatakan undi tidak percaya mesti diluluskan sebelum ada pertukaran kerajaan.

"Sekalipun mereka terus memerintah negeri itu, mereka bertindak sebagai kerajaan minoriti. Bagaimana kerajaan minoriti hendak mentadbir negeri, bila ia tidak punya sokongan," kata Dr Mahathir selepas demonstrasi teknologi SmartPool di the Mines Waterfront Business Park di ibunegara semalam.

Mengenai laporan bahawa pembangkang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan berhubung keputusannya, Dr Mahathir berkata walaupun tindakan pembangkang itu tidak beretika, undang-undang membolehkan tindakan itu diambil.

Bagaimanapun, Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin berkata, pihaknya tidak akan memfail saman terhadap Sultan.

'Demonstrasi bukan budaya M'sia'

Mengenai undang-undang antilompat parti yang dicadangkan, Dr Mahahtir berkata Umno pada satu masa dulu ada meminta semua wakil rakyatnya menandatangani surat tidak bertarikh untuk digunakan jika mereka meninggalkan parti, tetapi ini sekarang tidak sah dari segi undang-undang.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 31Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, pembangkang, yang hilang kuasa mentadir kerajaan Perak, perlu sedar bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia dan menunjuk kekuatan seperti ini boleh berlaku terhadap mereka pada masa depan,

"Ini (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri.

"Jika anda bertindak di jalan raya setiap kali ada masalah, maka jika dan bila anda membentuk kerajaan, orang lain akan melakukan yang sama," katanya.

Para penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengadakan demonstrasi semasa upacara mengangkat sumpah menteri besar Perak yang baru kira-kira satu kilometer dari Istana Kuala Kangsar.

Kerajaan PR yang belum berusia setahun tumbang selepas tiga anggota dewan undangan (Adun) keluar parti menjadi Adun bebas dan menyokong BN.

Manakala Adun Umno yang keluar parti dan menyertai PKR sebelum ini, kembali semula ke pangkuan BN.

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


Merayu pada Baginda Sultan !!!
KLIK SINI
[Tolong guna bahasa yang molek]

Email ke SUK Perak yang halau DS Nizar
"Keluar !!! ... keluar !!!"
drrahman@perak.gov.my.

Feb 8, 2009

Sampai Masanya Kembali Rasional

melalui email

cklee
Memang kita kecewa! Memang kita sedih! Apa yang terjadi memang betul-betul pondan, tak macam orang jantan. Main kotor dan tikam belakang. Kalau kita yang terkait sikit-sikit dengan Perak dah jadi camtu apatah lagi yang memang berkait terus. Usahlah dikata sakit hati dan sakit jiwa.

Tapi jangan lupa, itulah adatnya berjuang. Kalau tak ada luka, tak ada duri, tak ada sengsara, tak ada derita dan tak ada kecewa bukan berjuang namanya tu. Tak ada berjuang yang senang je belaka. Tak luka, tak cedera, tak kecewa dan tak sengsara. Makin banyak kecewa dan sengsara makin besarlah perjuangan itu. Dan orang yang sabar dan tabah itu banyak ganjarannya. Dan memang perjuangan dibentuk sedemikian rupa, kerana ganjarannya juga bukan alang-kepalang.

Jadi kita tarik nafas. Hembus perlahan-lahan dan fikir dalam-dalam. Lagi bagus kalau dapat buat masa dekat tikar sejadah. Pandang balik belakang. Bukan banyak yang silap dan salah. Ujian tuhan bermakna tuhan masih sayang kat kita. Tuhan tengah bercakap dengan kita. Seperti mana dalam ayat-ayat cinta Tuhan mengajarmu tentang erti ikhlas.

Jangan sampai kita lupa. Marah kat Sultan, benci kat sultan pun jangan sampai orang lain ambil kesempatan. Jangan lupa Sultan merupakan kubu terakhir orang Islam dan Melayu di Malaysia. Walaupun mungkin ada waktunya buat salah, ada banyak kali juga dia bertindak benar. Sama seperti isteri kita. Kalau marahkan satu kesalahan dia, ingatlah seribu kebaikan dia.

Jangan dijadikan alat orang lain ambil kesempatan. Boleh sahaja bawa sultan ke makhamah. Tiada hal. Tapi jangan menyesal kemudian. Dek pendek akal kita, kita diperguna. Kat luar sana memang ramai orang tunggu nak condemn sultan kita. Saudara Karpal tunggu je masa. Sorry la brader Karpal ada masa saya sokong U, ada masa kita tak sokong U. [read more]

PERUTUSAN MB PERAK

nizar
[...] Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram. [read more]

Tahniah kepada Restoran Mamak

Kalau ada antara Melayu UMNO yang bersorak gembira bila Zambie di lantik jadi MB, wak nak bagi tau yang korang berjaya di tipu. Nasib baik UMNO tak mintak Mamak jadi Sultan. Dulu masa time Mahathir membantah Sultan dulu, UMNO lah jadi baruanya. Satu Malaysia derhaka pada Sultan. Kalau UMNO tak ingat peristiwa tu, memang UMNO bodoh. Memang Melayu bangang.

Itu dulu. Tahun lepas ..

Bila Sultan Terengganu minta Mat Said jadi Menteri Besar, Penyokong Deris Jusoh pun derhaka kat Sultan. Wahid Rasol tu hantar surat bantahan ke Istana. Umno buat buat lupa. Weyyyy ... rakyat tak lupa la. Piiiiraaaaahhh mabok !!!

Kalau sekarang tiba tiba UMNO perjuangkan Sultan, ia tak lain hanya lah satu tipu daya untuk minta Rakyat Perak bersetuju dengan perlantikan Zombie sebagai Menteri Besar. Dalam masa yang sama nak racun pikiran rakyat untuk setuju kata Nizar itu derhaka. Bila Nizar dah nafikan, sekarang diorang kata Karpal Singh pulak.

Realitinya memang karpal nak saman Sultan. Ada mahkamah, undang undang tak larang. Kalau betul nak larang rakyat dari saman SUltan, sila buat satu clause untuk larang orang saman Sultan. Kenapa kerajaan UMNO selama ni tak nak ubah akta? Sebab diorang nak saman. Bukan ke gitu? Bila Sultan boleh di saman, UMNO pun berkokok. Sultan pun tunduk pada UMNO. Benda ni pun korang tak boleh pikir?

Aku tak tau apa perjuangan UMNO. Tipu, kelentong, gelembong memang cara perjuangan diorang. Semangat diorang haru biru, keliru, dan pitam kerana dok percaya cakap pemimpin. Erti kata lain, taksub membabi buta. Akal ada tapi tak guna. Nasib baik pemimpin tak suruh terjun lombong. Kalau suruh .. semua dah masuk lombong. Kalau dah masok lombong, sapa pulak yang nak sokong UMNO? Tu sebab arahan masuk lombong, pemimpin UMNO belum arahkan.

UMNO dah semakin teruk. Tak tau nak pilih antara betul atau salah. Sekarang ni UMNO semakin berkurang. Masyarakat majmuk di Malaysia dah semakin di terima. Melayu kawin dengan Cina, Melayu kawin dengan India. Kalau ikut darah, keturunan Melayu dah semakin berkurang. Kerana itu UMNO terpaksa masukkan darah Mamak menjadi ahli.

Pengertian melayu adalah Islam, berbudaya mengikuti cara hidup sebagai Melayu. Selepas ni korang jangan terkejut ada Bangla pulak jadi ahli UMNO. Apa susahnya hidup cara Melayu? Semua orang boleh jadi Melayu. Cuma yang sukar adalah menjadi yang betul betul Islam.

Bila Zombie di lantik jadi MB, yang syok adalah tokey restoran Mamak. Kalau dulu, restoran yang gunakan kaki lima untuk jadi restoran, bakal di saman. Sekarang dah tak bising lagi. Sekejap lagi mamak akan besarkan kedai sampai tengah jalan. Apa peduli ... Mamak dah jadi Menteri.

UMNO ni cuma layaknya jadi Pak Lawak. Kalau ada Sarkas nak cari badut hidung merah .. suruh diorang cari dalam UMNO. ADa ramai kat sana.

Cirit la UMNO ...


MARAH... SEBAHAGIAN ahli-ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya
dan NGO mengadakandemonstrasi membantah tindakan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddinyang disifatkan menderhaka kepada Sultan Perak di hadapan IPD Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam. – Teknik bergambar. Kalau mcm gambar kat atas, bermakna cuma beberapa mangkok hayun je yang datang berdemo. Wakakak !!!

---------
Wek Wek wek !!! Mak muntah !!!

"Ayah, mak muntah ... !! ", kata anak bongsu wak.
"Ye ke .. kat mana", wak tanya
"Kat bawah !", jawab anak lagi.

Dalam kepala tak der lain ... aduh seorang lagi ... wakakak
Wak pun turun tingkat bawah untuk lihat isteri ...

Dia relax je, di depan YB sedang menonton.

"Ehhh ... tadi anak kata, awak muntah", ... wak tanya.
"Ye la .. jap je ... ", jawab isteri.
"Nape? ", aku tanya lagi
"Dak .. geli dalam TV kata UMNO perjuangkan Sultan ... ", jawab mudah.

Cettt !!! .... ye ye la aku ..

Bila aku berpaling cari anak wak tadi, dia ngintai tepi dinding dan bersedia untuk lari.

------
Radenjowo - Sejak bila UMNO perjuangkan Sultan? Wakakakak !!! Sejak dua menjak ni je.
Wakakaka !!! Orang bodoh je caya pada berita media perdana. Alhamdulillah .. aku berjaya pesongkan isteri aku dari percaya UMNO kepada membenci UMNO. Itu baru sorang isteri !!!

[Pengertian Cirit ... singkatan kepada cirit birit. Bahasa rock .. .!!]

Chicken didn’t turn up

http://www.clipartof.com/images/clipart/xsmall2/5503_funny_chicken_on_a_chopping_block.jpg
Guess who was too chicken to turn up at Yuk Choy School, Ipoh tonight?
Why so scared? Only shoes mah… And didn’t you say you had the majority?

But come Sunday night, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Hadi Awang will be in Ipoh at Himpunan Kembalikan Hak Rakyat, 9 pm, MB’s residence.

Perak-ians, ex-Perak-ians and all those who love nga-choy-kai (beansprouts and chicken) from other states, this is your chance to return to your hometown and give your support to the people of Perak who are heading the battle against the great Evil.

A journalist present at the school told us that there were about a thousand people at the function, mainly MCA and Gerakan running dogs; 400 democracy defenders at the candlelight vigil.

The atmosphere at the school, according to the journalist, was ‘cold’.

In the meantime, BN is still fishing. Some got offers of Exco position and RM 3 million. Others only RM 4 million. [read more]

We are facing a major constitutional crisis - Nizar

nizar
Nizar addressing the crowd at his official residence after midnight: “Keep praying for a favourable court decision”

sikit laporan dari anilnetto ... cerita tentang layanan SUK mangkok hayun gambar kat atas tu.
For instance, Nizar points out he was reported as causing "kekecohan" (disruption or disturbance) during his press conference at the state government building.

"In reality it was the State Secretary Abdul Rahman Hashim who came and shouted at all the reporters to get out."

Nizar adds he was therefore surprised to get a phone call from Abdul Rahman yesterday morning.

"He was all sweet and nice, saying, "Asalamualaikum salam sejahtera, are you okay; you know you can take your time leaving the official residence'."

"He even had the gall to say you can even leave all your things at my place."

"Imagine, this was the same man we had looked after for almost a year."

Lilin untuk Mendiang Demokrasi


Protestors lighting candles at a mock funeral for democracy in Perak and ‘people power’ at SRJK (C) Yuk Choi, Ipoh, on Feb 07. — Picture by Choo Choy May

laporan perhimpunan di depan sekolah Cina ketika Menteri Besar Mamak Carpet ..oppppsss Pasembur berucap di dalam dewan ... klik sini

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


Strategi politik BN dan kisah perang Doolittle

07 Feb 2009 12:05PM

ADAKAH Barisan Nasional (BN) mendapat inspirasi dari cerita "Doolittle" yang membantu parti itu mencatat kemenangan politik di Perak?

Menurut sesetengah orang yang biasa dengan "strategi politik" BN, cerita "Doolittle" itu telah membantu memberi sedikit pemahaman mengenai bagaimana BN berupaya untuk menangkis serangan politik daripada Pakatan Rakyat di Perak selepas pilihan raya umum tahun lepas dan seterusnya mengubah keadaan menjadi sebaliknya ke atas pembangkang.

Cerita "Doolittle" adalah kisah benar mengenai serangan udara pertama Amerika Syarikat ke atas kepulauan Jepun di Honshu pada 18 April 1942 semasa Perang Dunia Kedua.

Serangan itu menunjukkan bahawa Jepun sendiri mudah terdedah kepada serangan udara pihak bersekutu dan menyediakan tindakan yang wajar untuk Amerika membalas balik sebagai respons terhadap serangan awal Jepun ke atas Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941.

Serangan itu dirancang dan diketuai oleh Left Kolonel James "Jimmy" Doolittle, yang kemudian menulis di dalam autobiografinya bahawa serangan itu bertujuan untuk menyebabkan Jepun sangsi dengan kepimpinan mereka dan bagi meningkatkan semangat yang amat diperlukan rakyat Amerika.

Sehingga itu, rakyat jepun diberitahu bahawa mereka tidak terdedah kepada bahaya tetapi serangan ke atas bumi Jepun menimbulkan kekeliruan di fikiran mereka sehingga ramai yang berasa sangsi dengan kemampuan pucuk pimpinan mereka.

Seorang pakar strategi politik, yang enggan dikenali berkata pasukan pemikir BN mungkin mendapat inspirasi itu dari cerita "Doolittle" begitu juga dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis berharap untuk menjatuhkan kerajaan BN pada 16 September tahun lepas.

Katanya BN memutuskan untuk bertindak selepas senario politik semakin buruk bagi BN di Perak apabila Datuk Nasaruddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, yang pada mulanya menyertai PKR.

"Apabila sesetengah ADUN Pakatan Rakyat (PR) di Perak kelihatan tidak suka dengan kerajaan negeri PR atau pemimpin tertentu, mereka (BN) nampak mereka patut merebut peluang yang ada.

"Dengan menawan kerajaan negeri Perak, BN berupaya meniup semangat di peringkat akar umbi dan pada masa sama menghantar isyarat kuat kepada pesaingnya bahawa BN masih kukuh dan boleh membalas balik.

"Sebab itu, saya percaya, idea itu datang dari cerita "Doolittle" apabila BN mampu melahirkan tindakan politik yang bernas sehingga dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak," katanya.

Tindakan pertama kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah memperoleh laba politik apabila Nasarudin secara mengejut berpaling tadah kepada PKR sehari sebelum Tahun Baru Cina yang mencetuskan tanggapan bahawa BN akan terus kecundang.

Tindakan itu adalah sama dengan serangan mengejut Jepun ke atas Pearl Harbour yang memerangkap ahli politik dan pegawai tertinggi tentera Amerika yang membawa kesan ke atas kekuatan ketenteraan Amerika di Lautan Pasifik.

Bagaimanapun, Amerika masih mampu menghasilkan pelan serangan balas dengan mengumpulkan pasukan pejuang berani mati dalam satu misi rahsia melintasi Pasifik bagi serangan pengeboman jarak jauh ke atas Tokyo lima bulan kemudian.

Krew udara Amerika dipaksa melancarkan misi lebih awal selepas pesawat pengangkut mereka dikesan kapal Jepun, yang sudah sedia maklum bahawa mereka mungkin tidak mempunyai bekalan minyak yang mencukupi untuk membantu mereka mendarat di zon yang ditentukan di China selepas misi pengeboman.

Rancangan itu selari dengan tindakan BN yang memaksa parti itu melancarkan pelan pengambilan alih kerajaan negeri Perak selepas seorang dari wakil rakyatnya melompat parti menyertai PR dan ini terlaksana selepas tiga wakil rakyat PR meninggalkan parti mereka dan menjadi wakil rakyat Bebas dan berikrar menyokong BN.

Setakat ini, BN dan PR masing-masing mempunyai 28 kerusi dan BN mempunyai kelebihan apabila tiga wakil rakyat Bebas itu berikrar untuk menyokong BN maka ia membantu menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PR yang memerintah selama 11 bulan.

Daripada latihan itu, BN mahu membuktikan kepada PR bahawa pakatan itu juga terdedah kepada bahaya dan dalam kes ini, mungkin dapat menghantar isyarat yang jelas bahawa kerajaan negeri lain di bawah pakatan itu juga boleh bergoyang.

Selepas kekalahan BN pada 8 Mac 2008 dan pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, pengambilan alih kerajaan negeri Perak walaupun apa jua perdebatan seseorang itu mungkin ada, merupakan satu perangsang psikologi yang amat diperlukan BN. / Bernama


Cerita Doolittle adalah kisah benar mengenai serangan udara pertama Amerika Syarikat ke atas kepulauan Jepun di Honshu pada 18 April 1942 semasa Perang Dunia Kedua.

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.



3 bekas Adun Pakatan perlu letak jawatan

KOTA BHARU, 8 Feb (Hrkh) - Masih ada peluang. Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang beralih angin memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) perlu membetulkan kesilapan mereka dengan meletak jawatan.

Tanpa tindakan itu Jamaluddin Mohd Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Hee Yit Foong akan dicatat pada sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat pada Mac 2008.

Apa yang pasti jiwa mereka tidak tenteram lagi selepas ini, biar pun bergelumang wang ringgit sebagai ganjaran meninggalkan Pakatan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin tindakan mereka sebelum ini kerana terpengaruh dengan perancangan rapi dilakukan Umno bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Lebih baik mereka meletak jawatan Adun. Tindakan itu wajar kalau mereka benar-benar manusia dan bukannya terdiri daripada golongan lembu pedati. Mereka masih mempunyai kulit muka dan maruah.

"Manusia yang mempunyai pendirian, tidak pedulikan kepada ugutan. Hanya lembu pedati saja yang takutkan kepada camti. Adun terbabit hendaklah meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di Perak," katanya di sini, hari ini.

Beliau meluahkan pandangan itu pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan 35 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kaum Tionghua sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perniagaan Cina.

Baru-baru ini, ketiga-ketiga Adun dari KeADILan dan DAP itu menghilangkan diri sehingga gagal dihubungi. Mereka hanya muncul apabila Speaker Dun Perak mengumumkan kerusi mereka kosong bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan baru di Perak yang dibentuk Barisan Nasional (BN) hari ini amat diragui kerana Adun yang menyokongnya telah dikurung dan diugut.

"Sama ada kena ugutan atau rasuah, tetap kerajaan yang dibentuk itu haram.

"Ini kerana mereka membuat keputusan menukar parti setelah hilang kira-kira seminggu. Tak tahu di mana berada, tiba-tiba muncul serentak membuat pengakuan keluar parti.

"Hal ini menampakkan sama ada Adun-Adun itu kena rasuah atau diugut," katanya.

Menurutnya tindakan tersebut dirancang begitu rapi Umno yang disifatkan sebagai ala mafia

Oleh itu beliau menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasatan ke atas mereka kerana sebelum ini ada laporan menyebut ada rasuah sehingga RM50 juta melibatkan Adun terbabit.

Terdahulu, pada kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini, beliau berkata amalan demokrasi atau nasionalis yang diamalkan Umno sekarang semakin sesat.

"Dalam kes di Perak sekarang diibaratkan gadis yang keluar rumah, kemudian pulang dengan membawa anak tanpa diketahui di mana pernikahannya, maka anak yang dibawa pulang itu anak haram.

"Samalah dengan kerajaan yang dibentuk di Perak hari ini adalah kerajaan haram," tambahnya.

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


Lidah tak bertulang

Oleh Wan Hamidi Hamid

FEB 7 — Dengan lompatan dua bekas exco Parti Keadilan Rakyat yang sedang menghadapi tuduhan rasuah, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang keluar masuk Umno dalam masa 10 hari dan seorang timbalan speaker yang keluar DAP kerana marah tidak diberi jawatan exco serta tidak mendapat kereta rasmi Toyota Camry 2.4, maka kerajaan negeri Barisan Nasional kini mengambil alih pentadbiran Perak tanpa mandat rakyat.

Kerajaan negeri yang 90 peratus dikuasai oleh Umno dengan dua wakil kaum Cina akan memerintah Perak dengan majoriti tiga kerusi yang diwakili "Adun bebas yang menyokong BN". Setakat ini BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam DUN yang berjumlah 59 kerusi. Setakat ini juga Pakatan enggan mengiktiraf kerajaan negeri yang disifatkan sebagai "haram" oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana merampas kuasa secara tidak demokratik.

Kes rasuah dua bekas exco PKR, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan, dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Jamaludin Mohd. Radzi akan didengar di Mahkamah Sesyen pada Selasa ini. Mereka dituduh terbabit dalam kes mempercepatkan kelulusan permohonan membangunkan tanah di Seri Iskandar, Ipoh di Perak.

Apabila kes rasuah itu dibongkar tahun lalu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah mendesak kerajaan negeri Pakatan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya menggantung kedua-dua exco itu.

Khairy yang juga salah seorang calon Ketua Pemuda Umno yang akan ditentukan dalam pemilihan di Perhimpunan Agung Umno bulan depan telah dipetik oleh media massa pada September tahun lalu sebagai berkata: "Bagi saya, pakatan pembangkang di Perak sebenarnya sedang bermasalah. Saya telah mendesak agar dua Exco daripada Parti Keadilan Rakyat itu digantung tugas setelah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah tetapi sampai sekarang tiada apa-apa tindakan."

Tidak habis cerita rasuah pemimpin politik negeri Perak, timbul pula kisah lompat-melompat parti. Adun Bota Datuk Nasarudin Hashim yang memulakan langkah pertama dengan meninggalkan Umno pada Januari lalu untuk melompat menyertai PKR (sebelum melompat semua kepada Umno 10 hari kemudian).

Maka teramat marah Ketua Penerangan Umno Johor Dr Mohd Puad Zarkashi yang menganggap lompat-melompat di kalangan wakil rakyat sebagai perbuatan khianat kepada pengundi yang akan mencemarkan imej negara.

"Saya sedia memperjuangkan penggubalan undang-undang (anti-lompat) di Parlimen. Saya terdorong untuk berbuat demikian kerana saya juga adalah antara Ahli Parlimen yang cuba dipengaruhi oleh (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya kepada salah sebuah akhbar milik Umno yang disiarkan pada 27 Januari lalu.

Beberapa hari kemudian beliau mengulangi pendiriannya yang turut menyifatkan pemimpin Umno yang melompat parti sebagai individu yang tidak ada nilai kemanusiaan, tidak bermaruah dan seperti seekor katak.

"Mereka juga seperti penjenayah kerana mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi sedangkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu atas tiket BN," ujarnya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pula menyifatkan Nasarudin yang melompat menyertai PKR sebagai telah mencemarkan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

"Kepercayaan orang yang mengundi dia, bukan kerana diri dia sendiri, tetapi kerana kapasiti dia dalam parti yang diwakilinya yang menyebabkan dia menang. Manusia bukan seperti barangan yang boleh dijual beli," katanya di Kota Kinabalu pada bulan lalu.

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Menteri Luar mahu Nasarudin yang menang atas tiket BN meletak jawatan kerana ia melibatkan soal kepercayaan rakyat kepada calon pilihan mereka.

Pada masa itu beliau mendesak wakil rakyat yang melompat parti supaya mengosongkan kerusi yang dimenanginya.

Malah pemimpin parti yang mereka sayangi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun turut mengutuk pemimpin Umno yang melompat parti dengan menyifatkan mereka sebagai orang yang gagal dalam perjuangan parti dan bangsa.

"Orang yang melompat parti pada saya dia telah mengenepikan perjuangan. Kalau orang kuat perjuangan , dia akan menghadapi apa juga keadaan. Orang yang begini memang lemah, satu contoh bukti kelemahan dan kegagalan dalam perjuangan," katanya.

Tetapi tak sampai seminggu kemudian, suara-suara garang anti-lompat dalam Umno lenyap sama sekali. Mungkin bagi mereka, apa payahnya jika sekadar menggoyang lidah yang tak bertulang.

Perdana Menteri pun mengubah nada apabila Nasarudin dan Adun-Adun pihak lawan pula yang melompat menyertai Umno (walaupun sebagai "Adun bebas yang menyokong BN"). Kini Abdullah menasihatkan Pakatan Rakyat supaya, "Terima sajalah. Dulu semasa pilihan raya yang lepas parti pembangkang telah menang, (kita dapat terimanya)," katanya kepada pemberita di Slim River, Perak pada Khamis lalu.

Malah, beliau memberi tafsiran untuk menghalalkan lompat parti itu dengan menyatakan bahawa: "Saya percaya ini bukan sesuatu yang akan dibantah, yang penting kita mahu kerajaan yang akan dibentuk itu mengikut undang-undang dan menjalankan pentadbiran dengan penuh tanggung-jawab serta memberi khidmat kepada rakyat." Berpuluh ribu rakyat Malaysia berkumpul di Kuala Kangsar, Perak semalam untuk membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar BN.

Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dengan bangga menyifatkan rampasan kuasa di Perak melalui lompatan itu sebagai kejayaan BN.

Menteri Pelajaran itu yang bertanggungjawab mendidik kira-kira 6 juta pelajar sekolah di Malaysia menganggap kejayaan BN di Perak sebagai bukti "keyakinan anggota Umno terhadap perjuangan parti yang tidak pernah luntur walaupun tewas dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini".

Datuk Seri Najib Razak pula sebagai bakal Perdana Menteri sememangnya bangga dengan kejayaan Umno itu kerana ia menebus kembali kekalahan dalam pertandingan secara sah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kejayaan ini mencerminkan betapa cemerlang, gemilang dan terbilangnya Umno dan BN dalam soal membeli wakil rakyat, menggunakan segala aparatus milik negara dan mengetepikan mandat rakyat semata-mata untuk menang.

Yang tidak kedengaran lagi ialah soal mahu mengharamkan lompat-melompat yang sebelum ini dikatakan oleh pemimpin BN sebagai pengkhianatan terhadap rakyat dan jenayah yang mencemari politik negara.

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


Nizar enggan keluar dari kediaman rasmi

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam menegaskan, beliau akan terus tinggal di kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Tambun di sini, dirinya "masih" menjawat jawatan ketua eksekutif kerajaan negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, tiada sebab mengapa beliau perlu berpindah keluar kerana sehingga semalam, tiada langsung dokumen rasmi menyatakannya bukan lagi Menteri Besar yang sah apatah lagi beliau sendiri masih belum meletakkan jawatannya.

"Saya akan keluar sekiranya saya keluarkan surat peletakan jawatan atau hilang majoriti dalam satu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) khas yang disaksikan oleh orang ramai," kata beliau pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini lewat petang semalam.

Dalam pada itu, Nizar mendakwa keengganan beliau untuk akur kepada titah Sultan Perak adalah kerana ingin mengembalikan martabat institusi diraja supaya dihormati rakyat.

Katanya, ini kerana beliau tidak mahu rakyat melihat Sultan Perak menyebelahi mana-mana parti politik dalam menentukan siapa bakal menjadi Menteri Besar dan kerajaan negeri.

"Saya sebenarnya sedaya upaya cuba membela institusi Diraja. Saya tidak letak jawatan dan mohon dibubarkan DUN semata-mata kerana menghormati institusi diraja," katanya.

Mengulas tindakan saman terhadap Sultan Perak yang bakal dikemukakan Pengerusi DAP, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi Ipoh Selasa depan, Muhammad Nizar menafikan se keras-kerasnya beliau terlibat sama dalam perkara itu.

Katanya, tidak pernah terniat langsung di hatinya untuk menyaman Sultan Perak sebaliknya mendakwa apa yang di laporkan itu adalah satu fitnah.

"Saya hendak nyatakan saya menafikan sekeras-kerasnya niat untuk menyaman Tuanku. Ini satu pembohongan besar, satu fitnah.

"Di dunia akhirat saya akan tuntut kerana tidak ada langsung dalam hati saya terniat untuk menyaman atau ambil tindakan terhadap Tuanku," katanya.

Di Kuala Lumpur, Karpal berkata akan akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak di Mahkamah Tinggi Ipoh Selasa ini kerana mendakwa baginda bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebagai tidak sah.

Karpal berkata, dalam saman tersebut, Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri BN di negeri ini sebagai defendan kedua.

Sebaliknya ujar Nizar, beliau sebenarnya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar yang baru mengangkat sumpah, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang didakwa sebagai Menteri Besar tidak sah.

Katanya, saman tersebut akan difailkan melalui peguam Raja Aziz Addruse di Mahkamah Tinggi Ipoh seawal-awalnya petang ini atau selewat-lewatnya Selasa ini.

PERHATIAN

Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


Tragedi di Kuala Kangsar ibarat Gaza?


Saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan trajedi di Semenanjung Gaza, penderitaan rakyat Palestin dipaparkan di kaca televisyen.

Namun apa yang berlaku di Kuala Kangsar semalam digelapkan daripada kaca televisyen kerana BN malu mengaku kezaliman mereka.

Seorang penulis blog, Azizul NIzam Zulkifli memberitahu beliau melihat Dr. Lo' Lo' menitiskan airmata apabila merawat kanak-kanak sekolah yang berusia 10 tahun pengsan akibat asap tebal gas pemedih mata.

Rakyat dan juga dunia menyaksikan gas pemedih mata dibedil anggota FRU ke dalam masjid Ubudiyah.

Tidak kira yang muda mahupun yang tua, disepak terajang oleh anggota FRU tanpa belas kasihan. Ada yang cedera ditembak dengan peluru getah.

Ramai yang sesak nafas dan pedih mata akibat gas tersebut. Masjid bukan lagi tempat yang selamat daripada serangan polis.

Anggota pasukan keselamatan digunakan sebagai perisai untuk memisahkan rakyat daripada pandangan mata pihak pemerintah dan raja.

Rakyat kini bagaikan pengemis yang menunggu rezeki di tepi jalan dan tidak perlu dihiraukan mungkin 'mereka' melihat rakyat pun umpama satu dosa agaknya.

Rakyat mahu keadilan, kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa berkuasa di negeri ini, BN atau Pakatan Rakyat.

Bubarkan DUN Perak, itulah pinta rakyat.

PERHATIAN
Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


Reformasi Kedua di Kuala Kangsar

Petikan Telaah Politik
Sat | Feb 07, 09 | 6:16:25 am MYT

Setelah lebih sepuluh tahun reformasi berkaitan pemecatan Anwar Ibrahim, kali ini berlaku peristiwa seumpamanya berkaitan pemecatan tidak sah Nizar Jamaluddin.

Jika gelombang reformasi tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur kemudian merebak ke seluruh negara, reformasi kali ini berlaku di Kuala Kangsar dan bakal merebak ke seluruh Perak, malah mungkin ke seluruh negara. Sekiranya reformasi sebelum ini kerana tidak puas hati dengan Dr Mahathir Mohamad, reformasi kali ini disebabkan tidak puas hati dengan Sultan Perak dan pimpinan Umno. Yang sama, kedua-dua reformasi itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak terhadap ketidakadilan.

Dalam reformasi tahun 1998, Dr Mahathir yang mengukir nama baiknya hampir 18 tahun sekali tersalah tindakannya, nama beliau menjadi busuk dan dibenci oleh ramai rakyat Malaysia.

Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh.

Dikatakan Sultan Perak dan Raja Muda begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak menentang tindakan baginda.

Baginda menyangka bahawa rakyat Perak akan akur dengan keputusannya, tetapi peristiwa di Kuala Kangsar ini sememangnya di luar dugaan baginda. Kedudukan baginda sama seperti kedudukan Dr Mahathir pada tahun 1998.

Baginda Raja Muda Nazrin yang menaiki takhta dengan melangkaui giliran pastinya terkejut keretanya telah dibaling batu oleh para penunjuk perasaan. Baginda yang sejak sehari dua ini bertitah dengan tulus dan mulus menyatakan peranan Raja yang mesti mendukung keadilan, dapat melihat sendiri apabila rakyat memberontak setelah dirasakan Raja tidak adil dan berpihak.

Sehari dua ini kalau baginda turun kepada rakyat, tidak mustahil peristiwa yang berlaku kepada Bush akan turut berlaku kepada baginda. Cuma rakyat Perak mungkin tidak baling kasut sebab ramai di kalangan mereka yang tidak berkasut cuma berselipar. Kalau rakyat Perak membaling selipar apalagi jenis selipar jamban, maka sudah tentu Raja Nazrin akan rasa lebih terhina.

Demikianlah juga ayahanda Baginda Sultan Azlan, baginda juga pasti terkejut apabila rakyat sudah berani mempertikaikan kewibawaan baginda. Dalam laman-laman web kutukan demi kutukan telah dilempar kepada Sultan Azlan. Malah lebih mengejutkan lagi dalam web rasmi Sultan Perak, rakyat telah mencaci nista baginda di dalam buku pelawat web tersebut.

Perkataan-perkataan yang dilempar kepada Dr Mahathir, kini dilemparkan pula kepada Sultan Azlan. Sambutan 25 tahun baginda di atas takhta telah dicemari dengan kemarahan rakyat. Sepanjang 25 tahun baginda dihormati, kali ini rakyat tidak lagi menghormati baginda malah dicaci nista oleh mereka.

Dalam artikel kami yang lalu, kami telah menyatakan kalau Sultan Perak memilih untuk untuk menerima pandangan BN, maka sejarah hitam akan terpalit dalam 25 tahun pemerintahan baginda. Rakyat sekarang bukan lagi rakyat yang tidak bijak. Mereka telah mendapat ilmu setaraf dengan baginda, malah mungkin lebih.

Rakyat hari ini telah menolak propaganda media sebagaimana yang dilakukan dalam pilihan raya umum dan dua pilihanraya kecil yang lalu. Mereka telah mendapat berita dari pelbagai sumber.

Minda politik mereka telah beranjak kepada minda politik kelas pertama seperti di negara maju. Golongan yang sebaya dengan Baginda Sultan Perak ramai yang telah kembali menemui Allah, justeru rakyat baginda sekarang benar-benar telah berubah.

Peringatan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, supaya Sultan Perak meneliti keputusan baginda supaya selaras dengan kehendak rakyat seharusnya diberi perhatian. Sekiranya tidak peristiwa yang berlaku hari ini adalah natijahnya. Lebih daripada itu, sebagaimana yang disebutkan oleh Mursyidul Am PAS, kemungkinan sistem beraja di negara ini akan turut menjadi sejarah sebagaimana yang telah berlaku di negara-negara lain.

Tindakan baginda dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk di kalangan vateran Umno sendiri seperti Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Demikian juga dengan SUHAKAM, turut mempertikaikan pembentukan kerajaan BN yang tidak sah ini.

Reformasi kali kedua ini mewarisi semangat reformasi kali pertama. Rakyat bangun menyatakan bantahan atas ketidakadilan. Kali ini mereka tidak mempedulikan siapa, kerana jelas kemarahan mereka ditujukan kepada Sultan Perak selain daripada pimpinan Umno.

Biarpun media massa memainkan peranan untuk mengelirukan rakyat bahawa Nizar dan penentang keputusan Sultan ini sebagai derhaka, hari ini telah diterima umum derhaka kepada kezaliman itu sesuatu yang mulia.

Zaman feudalisme dunia dan negara ini telah lama berlalu. Sekiranya Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi calon Menteri Besar Perak sekarang, rakyat hari ini akan memilih Hang Jebat.

Sebagaimana propaganda media memburuk Anwar dan mewajarkan tindakan Dr Mahathir semasa reformasi 1998 tidak ditelan oleh rakyat, maka dipercayai propaganda media pada kali ini juga tidak akan berkesan.

Betapa lagi kalau Pakatan Rakyat bertindak bijak sepertimana tindakan mereka tahun 1998 yang lalu. Kalaupun kerajaan haram BN tidak tumbang, nama pemimpin mereka termasuklah nama Istana Perak akan terus buruk di mata rakyat.

Hari ini bukan sekadar zaman feudal telah berlalu, tetapi zaman politik perkauman juga hampir tamat. Faktor ini akan menjadikan reformasi kali kedua ini mungkin lebih berjaya. Cuma mungkin bahangnya hanya dirasai di Perak tidak di negeri yang lain. - telaahpolitik.blogspot.com

PERHATIAN
Sekarang musim candat sotong bermula di Terengganu. Saya baru mendapat laporan dari seorang nelayan bahawa sotong mula berkampung di laut Terengganu sekarang. Jika anda berminat untuk mengadakan pesta candat sotong sila klik di sini.


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising