Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, February 5, 2009

Nizar, Anwar mohon mengadap Sultan sekali lagi, minta bubar DUN

05 Feb 2009 5:02PM

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon untuk menghadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya selepas lebih sejam mengadakan mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar berkata, beliau masih Menteri Besar yang sah walaupun Sultan Azlan Shah menitahkannya meletakkan jawatan.

"Saya dan Anwar akan meminta menghadap Tuanku Sultan lagi untuk bubar DUN atau mengadakan sidang khas untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap kerajaan baru," katanya.

Polis nafi kepung

Laporan lain pula memetik, Polis menafikan dakwaan mengambil alih bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan Exco, sebaliknya hanya mengadakan kawalan keselamatan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, pihaknya meningkatkan kawalan di jalan utama ke bangunan SUK berikutan perkembangan semasa di negeri itu.


Saya dan Anwar akan meminta menghadap Tuanku Sultan lagi untuk bubar DUN atau mengadakan sidang khas untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap kerajaan baru - Nizar

Hon iringi sokongan kepada Nizar

Feb 5, 09 10:19am

kemaskini 11.50pm Dari jam 10 malam hingga saat ini, kenderaan yang bertali arus di depan kediaman rasmi menteri besar terus-menerus membunyi hon selama hampir dua jam - dipercayai menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ribuan orang masih berkumpul di tepi-tepi jalan di luar kediaman tersebut dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan bersurai.

kemaskini 11.00pm Ceramah berakhir secara aman dengan bacaan doa. Menteri besar Pakatan itu berucap, sementara beberapa pemimpin atasan gabungan itu tidak berceramah.

Orang ramai diseru bersolat Jumaat esok di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

kemaskini 10.45pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak akan mengiktiraf sama sekali kerajaan baru BN dan akan terus membantahnya bersama rakyat di seluruh negeri.

Kira-kira 6,000 orang berada di kediaman rasmi itu.

kemaskini 9.16pm Kira-kira 2,000 orang berhimpun di kediaman rasmi menteri besar Perak, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Mereka melaungkan "reformasi", "jatuh BN" dan "hidup rakyat" sementara menunggu ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat mulai jam 10 malam ini.

Mesyuarat barisan pemimpin atasan gabungan pembangkang itu petang tadi memutuskan untuk mempertahankan jawatan menteri besar itu.


kemaskini 9.16pm Kira-kira 2,000 orang berhimpun di kediaman rasmi menteri besar Perak, menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.


Mereka melaungkan "reformasi", "jatuh BN" dan "hidup rakyat" sementara menunggu ucapan para pemimpin Pakatan Rakyat mulai jam 10 malam ini.

Mesyuarat barisan pemimpin atasan gabungan pembangkang itu petang tadi memutuskan untuk mempertahankan jawatan menteri besar itu.


kemaskini 8.45pm Tokoh lama Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkembangan krisis peralihan kuasa kepada BN di Perak kini sebagai "babak-babak yang memalukan."

Menulis di blog peribadinya awal malam ini, ahli parlimen Gua Musang berkata hanya ada dua cara untuk menguji sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat itu - pillihanraya negeri atau usul tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Menjatuhkan dan menaikkan sesuatu kerajaan dengan cara-cara lain adalah bertentangan dengan Perlembagaan, menghakis kedaulatan undang-undang dan membawa risiko membentuk sebuah kerajaan yang tidak sah," katanya.


kemaskini 8pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkur, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar baru Perak.

zambry abdul kadirPengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, sejurus tiba dari Perak i Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.

Dr Zambry yang juga ketua Umno bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.

Berkelulusan PhD dalam bidang politik, beliau sebelum ini pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Dr Zambry - yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dalam krisis susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 - dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah jam 3.30 petang esok.

Perdana menteri berkata, Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan ambry sebagai Menteri Besar.

Barisan exconya akan mengangkat sumpah Selasa depan.

kemaskini 7.50pm Kira-kira 1,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar Perak. Lebih ramai sedang menuju ke situ, mencetuskan kesesakan lalu lintas sekitar kawasan terbabit.

Walaupun polis memberikan amaran tegas, tidak kelihatan anggota-anggota pasukan itu kecuali bahagian trafik untuk melancarkan kesesakan jalan raya.

Kediaman rasmi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dikawal ketat oleh petugas-petugas Unit Amal PAS.

Beberapa pemimpin atasan gabungan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan mereka di situ.

musa hassan pc 021107 thinkkemaskini 6.26pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang.

Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan berlangsung esok.

Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi menteri besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut mulai 7 malam ini seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tengah hari ini berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang mengadakan sebarang perhimpunan di negeri itu.

kemaskini 6.13pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengutuskan surat rasmi kepada istana Perak, menjelaskan sebab beliau tidak melepaskan jawatan sebagai menteri besar Perak.

Beliau juga menjelaskan barisan pemimpin Pakatan Rakyat "sebulat suara" meminta beliau tidak meletakkan jawatan sehingga krisis sekarang "diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri."

kemaskini 5.52pm Perdana menteri tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 5.50 petang, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.

kemaskini 5.01pm Perdana menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru.

Timbalan perdana menteri, yang juga ketua perhubungan Umno negeri, dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan.

perak bn takeover crisis 050209 fru block sukkemaskini 4.55pm Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut.

kemaskini 4.50pm
Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar .

Mereka juga meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.

perak bn takeover crisis 050209 pakatanSetakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.

Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di kediaman menteri besar seawal 7 malam ini.

kemaskini 4.40pm
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.

Beliau juga berkata, Speaker DUN telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun-adun Pakatan yang keluar parti.

Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.

Oleh itu, katanya, majoriti BN (sekarang) mungkin tidak sah.

"Kita tidak menolak titah Sultan, cuma kita merayu Sultan (agar) mengikut ketetapan dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak," katanya.

Mohammad Nizar berkata bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau dititahkan supaya meletak jawatan dan baginda juga tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri, lapor Bernama.

"Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda 'patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan'," katanya.

kemaskini 4.05pm Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.

Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera.

Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.

kemaskini 3.28pm Speaker DUN V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.

Lobi agar mereka meninggalkan Pakatan Rakyat bermula sejak selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas.

kemaskini 3.20pm Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi.

Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.

Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan.

Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.

kemaskini 2.33pm Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.

Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

kemaskini 2.14pm Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

kemaskini 2pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang.

Naib presiden PKR, Azmin Ali turut hadir.

kemaskini 1:33pm Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.

Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.

kemaskini 1:30pm
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya.

Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang.

kemaskini 1:26pm Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan sidang media selepas bermesyuarat dengan badan perhubungan Umno negeri di pejabatnya di Ipoh.

Beliau kelihatan masuk sejurus selepas tengah hari ini.

kemaskini 11:54pm Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak serta tiga Adun Bebas hari ini menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan perdana menteri berkata kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon menteri besar baru yang akan dikemukakan oleh BN.

"Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas menghadap Sultan Perak kali kedua di Istana Kinta.

kemaskini 11:48pm Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.40 pagi tadi.

kemaskini 11:00pm Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.

perak bn takeover crisis 050209 03Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.

Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.

Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa BN negeri cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.

Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga bekas Adun PKR dan DAP yang kini wakil rakyat bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.

'Situasi tidak menentu'

Manakala Adun Bota, Nasarudin - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Selepas mengadap Sultan Perak, Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri.

Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.

Sebelum ini, Najib telah membatalkan satu majlisnya di Putrajaya pagi ini untuk berlepas ke Perak untuk mengadap Sultan Azlan Shah.

Ikut saja keputusan Sultan.. tapi kacau kerajaan BN nanti

Oleh anak_perelih

" UMNO mahukan darurat... itu yg dilihat dari cara mereka... seperti yang tersiar didalam newsflash hari ini... mereka mahukan haru hara berlaku, sebab itu mereka tidak mahu diadakan pilihanraya DUN Perak.... Apabila haru hara berlaku, PR akan disalahkan terutamanya dengan adanya media arus perdana yang dimiliki UMNO... Imej PR akan menjadi buruk... terutama untuk PRU13 nanti

Cadangan saya.. ikut saja arahan sultan.. Adakan solat hajat dan Munajat kepada Allah... minta pertolongan Allah... Selepas ini, kacau pentadbiran mereka seperti mana mereka kacau pentadbiran PR... kerana mereka ada kerusi sama banyak dengan PR.. kacau bebas 3 ekor tu.... supaya tidak senang duduk dalam DUN... Ingat mereka ada kes rasuah untuk dibicarakan lepas ini... Jika didapati tidak bersalah... itu menunjukkan mereka telah menerima habuan mereka... biar 6 bulan lagi ada tukar kerajaan lak....... biar Sultan berfikir untuk bubar DUN... Kes 3 ekor tu bawa ke mahkamah... jika berpihak kepada PR.. ada pilihanraya kecil dan PR akan menang dan kembali berkuasa di Perak... Ini saja cara untuk tunjukkan kepada Suktan bahawa keputusan baginda adalah salah....

Selain dari itu, ini juga membuka peluang untuk PR merampas MAlaysia melalui lompat parti kerana sudah terbukti ianya adalah sah seperti ditunjukkan UMNO.... UMNO tidak boleh komplen kerana mereka telah mulakan di Perak dahulu.... Dahulu Anwar cuma cakap sahaja tentang lompat parti sebagai defensive strategy dengan menyerang kubu BN supaya BN sibok dan tidak menggangu PR di Perak... Masa masih panjang.... PR masih ada 28 kerusi lagi yang bila bila boleh menggugat BN Perak....


BTW... mari kita nyanyikan lagu....
"UMNO terus celaka... tipu rakyat malaysia" (nyanyikan macam irama lagu UMNO tu)"

Nik Aziz Akur Keputusan Sultan Perak

KOTA BAHARU, 5 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Sultan Perak yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan meminta Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan.

Mengulas tindakan Sultan itu, Nik Aziz berkata, itu adalah hak dan kuasa baginda.

Beliau bagaimanapun berkata, apa yang perlu dikaji dan menimbulkan persoalan ialah mengapa kejadian menyebabkan keputusan Sultan itu boleh berlaku.

"Saya tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak itu...walaupun kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besarnya sudah mengadap untuk mendapat perkenan baginda.

"Cuma kita (Pakatan Rakyat) perlu persoalkan dan perlu kaji kenapa ada antara Adun Perak itu lompat parti dan menyebabkan suasana politik negeri Perak jadi begitu.

"Mesti ada sesuatu yang tak kena dan perancangan pihak tertentu," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mendakwa, wujud golongan yang membuat perancangan (menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat) dan menyifatkan golongan itu sebagai "peragut hak rakyat".

"Mereka ini zalim tak kenal pangkat, tak kenal titih, akan menerima tindakan Allah Taala suatu hari kelak. Malah, sebesar-besar kuasa dunia yang ada pada George Bush boleh jatuh dan dia diaib dengan dibaling kasut oleh wartawan," katanya.

Beliau juga berkata adalah aneh dan menghairankan ada Adun hilang atau dikurung oleh pihak tertentu selain beberapa orang lagi berpaling tadah.

"Ini mungkin suatu perancangan licik pihak tertentu yang ingin meragut hak rakyat yang sudah diputuskan dalam pilihan raya (umum) lalu," katanya.

-- BERNAMA

Patut bubar - Prof Shad Saleem

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Sultan Perak berkuasa memecat Menteri Besar sekalipun MB enggan meletak jawatan selepas diperintahkan berbuat demikian, kata seorang pakar perlembagaan hari ini.

Bagaimanapun, kuasa berbuat demikian tidak terdapat dalam peruntukan perlembagaan negeri Perak tetapi daripada Akta Interpretasi yang menyatakan kuasa melantik termasuk kuasa memecat, kata Prof Dr Shad Saleem Faruqi.

"Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat.

"Tetapi Artikel 16 Fasal 6 menyebut jika beliau hilang kepercayaan beliau mesti meletak jawatan. Jadi kawasan kelabu ialah apa berlaku jika beliau tidak meletak jawatan," katanya bila dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata dua peruntukan yang berasingan nampaknya bercanggah jadi seseorang itu perlu melihat di luar Perlembagaan Perak dan kepada Akta Interpretasi, yang menyebut kuasa untuk melantik termasuk kuasa memecat.

"Dalam situasi di mana orang berkenaan (MB) tidak mahu berundur tetapi kalah, Sultan mempunyai kuasa untuk memecat.

"Saya yakin baginda tidak suka (memecat MB) tetapi seluruh dunia memerhati, kerajaan tumbang bukan kerana mandat popular tetapi akibat perbuatan melompat parti.

"Saya yakin Tuanku amat dukacita dengan semua ini, tapi baginda dalam dilema, baginda perlu mempunyai sebuah kerajaan tetapi terdapat kebuntuan jelas," kata beliau.

Prof Shad Saleem berkata beliau lebih suka kepada pembubaran (dewan negeri) untuk membolehkan rakyat buat keputusan tetapi langkah itu melibatkan belanja besar dan gangguan yang membebankan rakyat, yang pastinya telah diambil kira oleh Sultan semasa membuat keputusan.

Profesor itu diminta mengulas keengganan MB Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan walaupun setelah diarah berbuat demikian dengan segera oleh Sultan Azlan Shah.

Satu kenyataan dari pejabat Sultan Perak berkata jika Mohammad Nizar tidak berundur, jawatannya sebagai Menteri Besar Perak bersama jawatan anggota-anggota exco negeri akan dianggap telah dikosongkan.

Prof Shad Saleem bagaimanapun berkata keengganan Mohammad Nizar itu bukan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman.

Najib Lanun Melayu

Najib Razak kini hampir berjaya menubuhkan kerajaan primitif Barisan Nasional (BN) di Perak dan hampir berjaya menjadi lanun Melayu dengan kewibawaan sebagai pemimpin paling teruk dalam sejarah Malaysia.

Seorang anggota polis yang didakwa Shirul dalam kes pembunuhan altantunya Sharibuu mengakui dia dijadikan 'kambing hitam' untuk menyelamat orang yang tidak mahu dipanggil atau hadir memberi keterangan di mahkamah.

Kes ini didakwa ada kaitan dengan Najib, umum semua tahu dakwaan itu. Imej Najib cukup teruk dan merudum apabila ketika hampir menjejak tangga menjadi Perdana Menteri, dia menjadi semacam penjenayah politik dan difahamkan merancang rampasan kuasa kerajaan negeri dari tangan Pakatan Rakyat.

Saya amat jijik melihat manusia primitif ini hidup bermaharaja lela apa lagi mahu menjadi orang nombor satu negara tidak lama lagi.


Nizar perjelas sebab tidak letak jawatan MB

Feb 5, 09 6:38pm

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinSurat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera.

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,


MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,


Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,


Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,


Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

SULTAN OF PERAK 'FAIL IN HIS DUTY' TO HIS RAKYAT

The Sultan of Perak had failed in his duty to protect its rakyat by allowing the 'dubious' tactics used by the Barisan Nasional leaders to wrest control of the State government.

Although only with a slim majority, the Sultan had demanded the resignation of the current Pakatan Rakyat Mentri Besar and his Executive Councillors, paving the easy way for UMNO-led Barisan Nasional government to take over.

The Sultan is fully aware that the rakyat wants a State General Elections, so that the rakyat can vote a new and able government into power. The Barisan Nasional leadership is fully aware that a general election at this moment would be very disastrous for them and had used 'dubious' means to take control. [read more]

Rakyat Perak di suruh terima Kerajaan BN

Kaedah rampas kuasa kerajaan BN di Perak sungguh memalukan. Bila kita lihat sikap beberapa pemimpin yang lompat parti, bagaikan kita berada di zaman dulu. Malah, mereka yang menipu rakyat kelihatan tersenyum bangga seolah olah cara mereka itu di sanjungi.

Menurut berita lagi, Yee Fong (ADun Jelatang) yang melompat dari DAP kepada Bebas, kerana tidak mendapat layanan kerajaan negeri dan tidak mendapat kenderaan CAMRY sungguh mengecewakan. Ini kah ADUN yang korang pilih dulu?

Anda tentu sesal dan sekarang, rakyat Perak di paksa untuk terima kerajaan baru akibat hak pilihanraya di nafikan.

Baca sidang akhbar pemimpin Pakatan rakyat yang baru saja berakhir di Perak

Klik sini

Tadi sudah di beritahu oleh laporan Malaysiakini bahawa kerajaan Pakataan Rakyat di KEDAH sedang cuba untuk di jatuhkan bermula hari ini. Laporan lain pula, Kerajaan Negeri Selangor akan cuba di jatuhkan bermula pada bulan April. Sila berikan butiran sekiranya anda tahu.

Aku tak bimbang dengan ADUN ADUN PAS ... tapi yang di bimbangi adalah ADUN ADUN PKR dan DAP yang mudah kelabu mata bila di sogokkan dengan wang dan kebendaan.

Feb 5, 2009

Mari sembah yang ESA

Kita cuba menghormati, Tapi manusia tak sedar diri.
Kita cuba berbudi bahasa, tapi manusia lupa bila berkuasa.
Kita cuba bersopan santun, tapi kekadang manusia mahu di balun.
Kita cuba berbudi pekerti, tapi manusia tak reti reti.

Dari kita sembah manusia, lebih baik kita sembah yang ESA.


Rujuk sya~reform

DS Nizar dan DS Fatimah tetap di hati



[...] [read more]

Ramai yang kecewa


Aku malas nak komen. Takut mulut bacol aku ni keluarkan sebutan sebutan yang tidak baik. Tapi baca sendiri komen rakyat kepada Sultannya di SINI

Tulis la banyak banyak ... ntah baca ntah tidak.
Hari ini - 5 hb FEB 2009

Majlis malam ini yang sepatutnya diadakan di Kediaman Menteri Besar telah berpindah ke Stadium Indera Mulia...Program akan bermula seawal jam 8.00 malam....

----
Anda di tipu? Anda terhina?
Mari berkumpul seramai mungkin
SUARA RAKYAT ... SUARA KERAMAT !!!

Feb 5, 2009

Maki mereka sampai ke mati !


Mengkhianati rakyat. Slogan 'Rakyat adalah majikan' oleh kerajaan BN dan mereka yang lompat parti sekadar untuk mencari sokongan. Selepas menjadi pemimpin masing masing buat keputusan sendiri.

Sebagai tanda benci aku pada mereka maka paparan wajah mereka ku lekat di kerusi komputer di pejabat ku, untuk aku dudukkan setiap hari.

POLITIK PERAK: DETIK MENARIK HARI INI

[DIKEMAS KINI 6.50 PETANG] BERIKUT adalah perkembangan politik di Perak sepanjang hari ini.

6.30 petang: Perdana Menteri meninggalkan Istana Kinta bersama seorang lelaki yang tidak dikenali duduk di sebelah beliau dalam kenderaannya.

5.53 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Azlan Shah. Beliau tiba dengan diiringi sembilan kereta.

5.40 petang: Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan berhubung titah Sultan.

5.10 petang: Menteri Besar Perak berkata, kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak akan meletak jawatan kerana masih berkuasa. Sebaliknya, beliau akan menghadap Sultan Perak sekali lagi untuk merayu supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya negeri baru diadakan.

4.50 petang: Nizar dalam sidang akhbarnya memberitahu, Pakatan Rakyat akan merayu kepada Sultan Perak supaya memberi perkenan untuk membubarkan DUN negeri itu supaya rakyat Perak boleh membuat keputusan berhubung kerajaan seterusnya. Beliau bagaimanapun masih belum membangkitkan isu peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar.

4.30 petang: Di Bagan Serai, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa BN akan memerintah kerajaan negeri Perak.

4.21 petang: Pasukan polis dan FRU mengambil alih bangunan Kerajaan Negeri. Sebaik sahaja Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar dan semua Exco meletak jawatan, Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghantar surat kepada semua Exco memaklumkan kepada mereka untuk menyerahkan kembali harta negeri termasuk kunci, kereta dan sebagainya. Beliau turut pergi ke pejabat semua Exco dan meminta semua pembantu peribadi Exco meninggalkan bangunan dengan segera.

3.30 petang: Perdana Menteri akan menghadap Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, petang ini.

3.00 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang media khas di kediaman rasminya.

2.25 petang: Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan DUN Perak dan meminta Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Jika tidak, jawatan itu dianggap kosong.

12.45 tengah hari: MB Perak memasuki Istana Kinta.

12.30 tengah hari: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Pakatan Rakyat yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di Ipoh.

11.56 pagi: Najib memberitahu wartawan yang beliau telah memberitahu Sultan Azlan Shah bahawa BN mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri Perak. Katanya, Sultan akan menitahkan keputusannya tidak lama lagi.

11.55 pagi: Speaker V. Sivakumar meninggalkan Mahkamah Tinggi selepas memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan surat peletakan jawatan tiga ADUN sebagai sah dan kerusi DUN tersebut kosong.

11.50 pagi: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di pejabat Menteri Besar pada pukul 3 petang ini dan perhimpunan besar-besaran dijadualkan berlangsung pada pukul 7 malam di kediaman Menteri Besar.

11.38 pagi: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu wartawan, beliau baru sahaja dipanggil untuk hadir ke Istana Kinta.

11.34 pagi: Najib meninggalkan Istana Kinta bersama empat ADUN.

11.21 pagi: Najib kembali ke Istana Kinta, kali ini bersama empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) untuk menghadap Sultan Perak.

10.35 pagi: Ketua Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Istana Kinta. Najib dijangka akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan negeri bagi membincangkan calon BN bagi jawatan Menteri Besar Perak.

9.50 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Ahli Parlimen Bagan Datoh) memasuki Istana Kinta untuk mendapatkan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi BN membentuk kerajaan baru di negeri itu.

9 pagi: Speaker, V. Sivakumar memberitahu wartawan yang beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi pada hari ini untuk mengisytiharkan surat letak jawatan tidak bertarikh oleh bekas ADUN PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan ADUN DAP, Hee Yit Foong (Jelapang) sebagai sah. Tiga ADUN tersebut telah meletakkan jawatan daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas dan mengakui akan memberi sokongan kepada BN.

Nizar kata kekal jawatan, MB baru dijangka hari ini

RASMI... Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kiri) dan Menteri Besar, Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada perasmian Model Ladang Padi Sime Darby Plantations di Ladang Tali Ayer di Bagan Serai pagi ini. Mohamad Nizar, yang mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, hari ini telah dititahkan supaya meletakkan jawatannya itu oleh Sultan Perak. - fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI, 6.00 PETANG] IPOH Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak walaupun telah diminta oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah agar berbuat demikian.

Menteri Besar baru menggantikan beliau dijangka diputuskan petang ini dan mengangkat sumpah hari ini juga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini sedang berada di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak. Kenderaan yang membawa beliau tiba di istana kira-kira pukul 5.53 petang diiringi sembilan kereta.

Antara mereka yang disebut-sebut ialah Setiausaha Umno Negeri Perak, Datuk Ramly Zahari yang juga ADUN Manong ataupun ADUN Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Dalam pada itu Ramly berkata, proses angkat sumpah bagi Menteri Besar yang baru kemungkinan diadakan esok.

"Kemungkinan esok pagi, hari ini tak sempat rasanya.

"Masalah dengan Pakatan pun tak selesai lagi, macam mana nak buat lantikan baru," katanya.

Bagaimanapun Zambry ketika dihubungi juga memaklumkan calon bagi Menteri Besar baru masih belum diputuskan.

"Setakat sekarang kita belum putuskan siapa calonnya dan saya fikir paling cepat kemungkinan esok pagi untuk Menteri Besar baru angkat sumpah," katanya.

Sehubungan itu kata Nizar, beliau akan merayu Sultan Perak agar mengkaji semula keputusannya untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Kata beliau, pihaknya akan merayu untuk menghadap Sultan Perak secepat yang boleh.

"Saya masih kekal sebagai Menteri Besar... esok saya akan ke pejabat saya seperti biasa," kata beliau pada sidang media di sini sebentar.

Terlebih dahulu beliau mengambil bahagian dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, lebih dua jam, yang diadakan di kediamannya.

Turut hadir ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

Terdahyulu, Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahliahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahliahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu.

BN kurang bijak, bawa masuk pemimpin kualiti rendah - Mahathir

(Hrkh) - Adalah kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas manakala Dato' Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula kepada Umno.

Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi pakatan PAS-PKR-DAP dalam 59 kerusi Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 manakala kerusi BN meningkat kepada 28 daripada 27.

Pada sidang akhbar petang semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak berkata, BN telah memperoleh wakil rakyat mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas itu telah berikrar akan menyokong BN.

Dr. Mahathir berkata: "Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti."

"Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu," katanya menurut agensi berita.

Jamaluddin dan Mohd Osman menghadapi pertuduhan rasuah dan kes mereka sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.

Beliau juga mengingatkan bahawa jika kedua-dua mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas menyertai BN, rakyat akan berkata sistem kehakiman telah dimanipulasi.

Speaker ke mahkamah, mohon kerusi 3 Adun diisytihar kosong

Feb 5, 09 11:04am

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi ini, untuk mengisytiharkan tiga kerusi anggotanya - yang dianggap meletakkan jawatan - telah kosong.

perak deputy speaker sivakumar and osman and jamaluddinV Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan ketiga-tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan DAP itu.

Jamaluddin Mohd Radzi (wakil rakyat Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) didakwa menyerahkan surat peletakan jawatan mereka hujung minggu lalu.

Mereka berdua bagaimanapun menafikannya dan mendorong Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak surat peletakan jawatan tersebut.

Suruhanjaya itu juga berpendapat kerusi kedua-duanya tidak kosong dan pilihanraya kecil tidak boleh diadakan.

Adun Jelapang dan juga bekas timbalan speaker DUN Hee Yit Foong didakwa menyerahkan suratnya semalam, tidak lama selepas mengisytiharkan keluar DAP.

Dalam satu kenyataan bersamanya dengan exco kanan negeri Datuk Ngeh Koo Ham, Sivakumar berkata permohonannya untuk memaksa SPR mengiktiraf tiga kerusi itu telah kosong dan memanggil satu pilihanraya kecil.

"Kerajaan negeri juga telah mengiktiraf bahawa mereka (bertiga) bukan lagi wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing," kata Sivakumar dan Ngeh.

"BN tidak boleh mendakwa ia mempunyai majoriti di DUN kerana Pakatan Rakyat masih mempunyai 28 Adun seperti juga BN yang memiliki 28 Adun.

"Kedudukan tiga lagi wakil rakyat itu kini harus diputuskan di mahkamah."

Mereka berkata lagi, dalam keadaan politik tidak menentu saat ini, Speaker dan kerajaan Perak menyokong cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan DUN.

Sivakumar dan Ngeh berharap Sultan Perak memperkenan cadangan tersebut.

Kenyataan penuh Sultan Perak

Feb 5, 09 5:15pm

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM
Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Kedah kini panik, awasi rapi Adun PKR

Feb 5, 09 1:01pm

kemaskini 3:04pm Di saat kerajaan Perak di ambang kejatuhannya, kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah pula kini menjadi sasaran BN seterusnya susulan terdapat beberapa wakil rakyat gabungan tersebut didakwa "berisiko tinggi" untuk melompat parti.

Malaysiakini difahamkan bahawa wakil-wakil rakyat terbabit kini diletakkan dalam pengawasan ketat kepemimpinan Kedah dan Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan panik dan berwaspada, pergerakan mereka kini difahamkan dipantau rapi kerana wujud dakwaan mereka sedang dijadikan terbaru sasaran untuk ditarik melompat menyertai BN.

Usaha sejak tahun lepas dipergiatkan kembali minggu lalu, serentak dengan usaha memujuk beberapa Adun PKR dan DAP di Perak.

Difahamkan, usaha ini turut melibatkan sebuah jabatan kerajaan.

Projek BN ini berkaitan usaha menumbangkan satu demi satu kerajaan negeri pimpinan gabungan pembangkang itu, bermula di Perak yang kini hanya menunggu saat rasmi kejatuhannya.

Pakatan Rakyat memerintah Kedah dengan kelebihan lapan kerusi - 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, manakala BN pula 14 kerusi.

Kerusi milik Pakatan itu terdiri daripada 16 kerusi PAS, lima kerusi PKR dan satu kerusi DAP.

Susulan usaha menarik wakil-wakil rakyat PKR di Kedah semakin rancak, exco kerajaan Kedah V Arumugam membuat laporan polis awal minggu ini dengan dakwaan beliau, keluarganya dan pegawainya diugut.

Adun PKR Bukit Selambau itu juga mendakwa ada pihak menawarkan sejumlah wang tetapi enggan mendedahkan jumlahnya dan pihak terbabit.

Menang atas tiket bebas pada pilihanraya umum lalu, Arumugam kemudiannya menyertai PKR sebelum dilantik pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Tiga Adun PKR yang didakwa menjadi sasaran BN: Tan Wei Xu (Bakar Arang), Mohd Rahzi Salleh (Lunas) dan Lim See Nee (Kulim).

Seorang lagi Adun Sidam, Tan Chow Kang dikatakan "tidak goncang" walaupun selepas usaha memujuknya melompat kepada BN.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lim menafikan beberapa Adun PKR dikuarantin di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Azizan Razak untuk mengelak mereka berpindah parti.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan usaha melobi mereka agar menyertai BN.

Susulan perkembangan itu khususnya kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, sidang mesyuarat tergempar semua Adun dan ahli parlimen Kedah dijadualkan jam 4 petang ini.

PM tiba di istana, Pakatan berkubu di rumah MB

Feb 5, 09 10:19am
kemaskini 5.52pm: Perdana menteri tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 5.50 petang, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.



kemaskini 5.01pm: Perdana menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru.

Timbalan perdana menteri, yang juga ketua perhubungan Umno negeri, dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan.


kemaskini 4.55pm
Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut.

kemaskini 4.50pm
Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar .

Mereka juga meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.

Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.

Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di stadium Ipoh malam ini.

kemaskini 4.40pm
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.

Beliau juga berkata, Speaker DUN telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun-adun Pakatan yang keluar parti.

Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.

Oleh itu, katanya, majoriti BN (sekarang) mungkin tidak sah.

kemaskini 4.05pm Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.

Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera.

Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.

kemaskini 3.28pm Speaker DUN V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.

Lobi agar mereka meninggalkan Pakatan Rakyat bermula sejak selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas.

kemaskini 3.20pm Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi.

Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.

Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan.

Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.

kemaskini 2.33pm Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.

Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

kemaskini 2.14pm Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

kemaskini 2pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang.

Naib presiden PKR, Azmin Ali turut hadir.

kemaskini 1:33pm Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.

Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.

kemaskini 1:30pm
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan istana Kinta jam 1.05 tengah hari tadi selepas menghadap Sultan Perak 15 minit kemudiannya.

Menteri besar itu bersama Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan sidang media jam 3 petang.

kemaskini 1:26pm Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan sidang media selepas bermesyuarat dengan badan perhubungan Umno negeri di pejabatnya di Ipoh.

Beliau kelihatan masuk sejurus selepas tengah hari ini.

kemaskini 11:54pm Semua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak serta tiga Adun Bebas hari ini menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan perdana menteri berkata kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon menteri besar baru yang akan dikemukakan oleh BN.

"Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar selepas menghadap Sultan Perak kali kedua di Istana Kinta.

kemaskini 11:48pm Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.40 pagi tadi.

kemaskini 11:00pm Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.

Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.

Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) - untuk mengadap baginda pada jam 10.55 pagi ini.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa BN negeri cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.

Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga bekas Adun PKR dan DAP yang kini wakil rakyat bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.

'Situasi tidak menentu'

Manakala Adun Bota, Nasarudin - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Selepas mengadap Sultan Perak, Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri.

Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.

Sebelum ini, Najib telah membatalkan satu majlisnya di Putrajaya pagi ini untuk berlepas ke Perak untuk mengadap Sultan Azlan Shah.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising