Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, February 2, 2009

SPR mesyuarat esok, Pakatan buat siapan pilihan raya kecil

Saya nampak kes politik Perak sebagai melucukan dan sedikit bimbang dengan gelagat permulaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) kedua-duanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kini kebimbangan saya agak berkurangan apabila dua ADUN itu panas kecacingan ketika muncul dari tempat persembunyian menafikan mereka letak jawatan sebagai ADUN.

Mereka membuat penafian bahawa surat yang ditandatangani sebagai meletak jawatan dibuat 8 Mac lalu berikutan kebimbangan mereka menyeberang ke Barisan Nasional (BN), adalah tidak benar.

Keputusan pasti dibuat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setelah menerima pengisytiharan kekosongan dua kerusi berkenaan berikutan perletakan jawatan tersebut dari Yang Dipertua DUN Perak, V. Sivakumar.

Strategi BN untuk mengugut dan menculik ADUN PKR dan memekasa mereka keluar parti menyertai BN suatu tindakan primitif zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak Hussein kononnya untuk memperkukuhkan kerajaan Perikatan atau BN di zaman masing-masing.

Ketua Umum PKR telah memberi amaran BN termasuk Najib Tun Razak dikatakan akan bertindak lebih jahat untuk mempastikan kerajaan Perak bertukar tangan.

Sehingga artikel ini ditulis Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih stabil. Yang tidak stabil sekarang ialah dua orang ADUN berkenaan.

Mereka menggelabah apabila mereka tidak lagi menjadi wakil rakyat dengan pengsytiharan speaker berkenaan.


PEGAWAI khas ADUN Behrang, Firdaus Saharuddin (duduk, kiri) membaca kenyataan dan menjawab soalan para wartawan ketika sidang media ringkas di sebuah hotel dekat Sepang hari ini. Dalam sidang media itu Firdaus berkata ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menjelaskan beliau masih lagi anggota PKR dan menafikan beliau menghantar surat meletak jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Perak, V.Sivakumar. - fotoBERNAMA
SEBAHAGIAN daripada kenyataan bertulis yang diperolehi daripada Pegawai Khas ADUN Behrang, Firdaus Saharuddin selepas beliau selesai membaca kenyataan dan menjawab soalan para wartawan pada sidang media ringkas hari ini. - fotoBERNAMA

Mengikut Laporan MStar Online, Kerajaan Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak sudah memulakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil membabitkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika kemelut "kesahihan" kekosongannya masih menjadi teka-teki.

Esok, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti perkembangan tersebut - setelah menerima notis kekosongan dan surat, dipercayai mempersoalkan kesahihan notis kekosongan, daripada kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang dan Changkat Jering pagi tadi.

"Saya dimaklumkan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak bahawa Speaker sudah memaklumkan kekosongan kerusi dan pada masa yang sama, ada menerima surat daripada kedua-dua ADUN.

"Hari ini cuti (bagi Wilayah Persekutuan), jadi kami adakan mesyuarat dalaman esok, sebelah pagi antara 10 dan 11 pagi, dan kami akan teliti kandungan surat itu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beberapa pakar perundangan dan penganalisis pula mempersoalkan kesahihan surat letak jawatan yang tidak bertarikh, yang digunakan oleh Speaker DUN Perak untuk mengumumkan kekosongan yang wujud.

Mereka merujuk kepada kes tahun 1982 dan 1993.

Pagi tadi, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi memberitahu, suruhanjaya itu perlu menghormati notis kekosongan kerusi dengan memanggil pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Bagaimanapun katanya, soal kesahihan surat seumpama itu dan sama ada kemungkinan kedua-dua ADUN terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang atau mencabar merupakan soal yang berbeza.

PKR, PAKATAN BERSEDIA

Dalam pada itu, Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, Badan Perhubungan PKR negeri telah mengadakan mesyuarat petang tadi dan menganggap kedua-dua ADUN, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) bukan lagi wakil rakyat PKR dan komited dengan keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang mengumumkan kerusi tersebut kini kosong.

"Mereka bukan lagi ADUN PKR. Speaker Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan memdedahkan perkara-perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menerima kunjungan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Ipoh dan agenda utama perbincangan adalah pilihan raya kecil bagi dua kerusi yang disandang oleh wakil daripada PKR.

Menurut sumber kerajaan negeri, Anwar dan Nizar mengadakan perbincangan itu selepas jamuan tengah hari.

"Kami percaya selain membincangkan perkembangan semasa, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil bagi mempertahan kerusi berkenaan," katanya.

Semalam, Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan Jamaluddin dan Mohd. Osman telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN pukul 5.45 petang.

Beliau telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi dua DUN tersebut pagi tadi.

Bagaimanapun, hari ini kedua-dua wakil rakyat dari PKR yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lalu menafikan dakwaan tersebut melalui wakil masing-masing bahawa mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh mereka pada 8 Mac lalu selepas pilihan raya umum ke-12.

PENDIRIAN JAMALUDDIN

Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online lewat petang tadi memberitahu, beliau menerima keputusan SPR jika mahu mengadakan pilihan raya kecil.

"Kita terima sahaja keputusan SPR jika itu yang dibuat mengikut undang-undang.

"Bagaimanapun saya masih mengadakan perbincangan dengan peguam mengenai tindakan susulan yang mahu diambil," katanya.

Sambil mengesahkan bahawa masih berada di Pahang untuk mengikuti rawatan tradisional bagi mengubati sakit pinggang, Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyerahkan surat letak jawatan kepada Speaker.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan perundangan jika SPR memanggil pilihan raya beliau memberitahu: "Saya akan berbincang dengan peguam dulu."

Jamaluddin memberitahu, surat letak jawatan yang tidak bertarikh itu telah disimpan kepada Setiausaha PKR Perak pada Mac lalu dan kemudian ia diserahkan kepada pemangku pengerusi PKR negeri.

Surat itu antara lain menyebut mengenai keputusan untuk mengosongkan kerusi yang dipegang dan ditandatangani secara berasingan oleh tujuh ADUN PKR.

Jamaluddin juga mengakui bahawa beliau ada mengemukakan salinan surat yang mempertikaikan keputusan Speaker DUN kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri, Ahmad Adil Abdullah pagi ini.

SURAT LETAK JAWATAN

Mengulas lanjut, Osman berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai surat itu kerana beliau baru sahaja mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Negeri Disember lalu.

Katanya, beliau tidak dimaklumkan mengenai surat tersebut sebelum ia dihantar kepada Speaker.

"Saya memang tidak tahu mengenainya. Surat itu dihantar terus kepada Speaker," kata beliau yang turut mendakwa tidak mengetahui penghantar surat terbabit.

Ditanya berhubung kenyataan Jamaluddin dan Mohd. Ismail bahawa mereka masih lagi ADUN, Osman berkata, perkara itu sememangnya menimbulkan dilema.

"Hal itu hanya dapat diselesaikan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Hanya mereka yang boleh memutuskan status kerusi dan ADUN tersebut," katanya.

Bagaimanapun katanya, Jamaluddin dan Mohd Ismail masih lagi ahli PKR kerana mereka tidak menghantar sebarang surat untuk keluar parti.

Keadaan yang tidak menentu mengenai kedudukan keduadua ADUN ini telah menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai mengenai kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai 32 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang menyandang 27 kerusi.

Daripada 32 kerusi itu, DAP mempunyai kerusi terbesar sebanyak 18 kerusi, PKR lapan dan PAS enam.

BN menang 28 kerusi tetapi ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR minggu lepas.

Pada pilihan raya lepas, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744.

Mohd Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperolehi 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Speaker DUN Perak sebelum itu Datuk Mat Isa Ismail yang memperoleh 8,309 undi.

MEDIA MENANTI MB

Setiausaha Politik Menteri Besar Misbahul Munir Masduki sementara itu ketika dihubungi berkata, Mohammad Nizar tidak akan membuat sebarang kenyataan kepada media pada hari ini kerana sibuk dengan persiapan menyambut perayaan Jubli Perak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok.

Beliau berkata, pada petang ini Menteri Besar akan menghadiri majlis kesyukuran bacaan Yassin dan tahlil di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Esok pula akan berlangsung istiadat mempersembah ucapan dan taat setia dan istiadat pengurniaan khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 penerima yang akan diadakan di Istana Iskandariah dan sebelah petangnya, majlis pelancaran setem memperingati Jubli Perak dan pameran setem akan diadakan di Dewan Bandaran, Ipoh.

Menurut Misbahul, media mungkin berpeluang mendapat kenyataan daripada Menteri Besar selepas tamat majlismajlis berkenaan.


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising