Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, January 15, 2009

Pengundi Hantu Bertaraf Elit di P036 Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (MPO2) -Satu maklumat mendakwa pengundi hantu dikatakan akan dibawa ke Terengganu dengan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Pengundi hantu ke kawasan Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu kali ini bertaraf elit dan dibayar dengan harga yang mahal serta didatangkan khas dari ibu kota.
Bagaimanapun tidak diketahui berapakah jumlah mereka berkenaan dan diharapkan kehadiran mereka jika berjaya mengundi tidak menjejaskan majoriti kemenangan calon PAS, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut.
Justeru, petugas-petugas pilihanraya Pakatan Rakyat diharapkan mengawasi pergerakan pengundi berkenaan dengan berhati-hati kerana kemungkinan besar mereka akan diiringi oleh polis, supaya pengundi hantu berkenaan tidak berjaya membuang undi dalam pilihanraya kecil tersebut.
Satu maklumat lagi menyebut bahawa wang segera atau rasuah politik Umno dipercayai akan diserahkan kepada pengundi mulai malam ini dengan kadar antara RM2,000 hingga RM3,000 seorang.
Adalah diharapkan pengundi Parlimen Kuala Terengganu tetap mengundi calon PAS walaupun begitu banyak wang ditaburkan ke dalam kawasan pilihanraya tersebut.

Pemimpin Umno bertaruh RM2 juta?

Maklumat terbaru yang saya terima satu 'team' apa yang dinamakan 'Kumpulan 14' yang dianggotai oleh pemimpin Umno Terengganu dari kelompok bekas Menteri Besar negeri itu Dato' Seri Idris Jusoh akan mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan memasang kain rentang di seluruh kawasan pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu yang memburuk-burukkan bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri itu dalam waktu terdekat.
Sumber saya tidak menyebut 'wording' kain pemidang berkenaan tetapi menjelaskan alat kempen berkenaan sudah siap dibuat hanya menunggu masa untuk dipasang di tempat-tempat strategi dalam pilihanraya berkenaan.
Ini menunjukkan bahawa perbalahan dalam Umno tidak pernah reda sehingga ini. Kesan buruknya nanti akan menimpa calon BN yang tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini.
Sumber saya memberitahu dalam keadaan BN terdesak untuk mencapai kemenangan, ada kumpulan tertentu yang pro BN diupah dan bergiat aktif memasang billboard termasuk karektor Anwar menunggang keldai kepala dua yang diturunkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) beberapa hari lalu.
Ia bertujuan untuk menimbulkan provokasi di kalangan petugas-petugas pilihanraya supaya berlaku sedikit kekecohan. Bagaimanapun ia dapat diredakan dengan kerjasama polis dan Penguatkuasa MBKT sebagaimana berlaku di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Ketua Dewan Pemuda Pusat, Haji Salehuddin Ayob bergegas ke tempat insiden berkenaan dan menyaksikan billboard itu diturunkan pihak MBKT.
Mereka mengharapkan petugas Pakatan Rakyat menjalankan tugas mengikut undang-undang pilihanraya jangan membuat sesuatu tindakan di luar dari batasan undang-undang tersebut.
Sementara itu, jangan terkejut dengan dakwaan ada pemimpin Umno tertentu berjudi dengan mempertaruhkan wang berjumlah RM2 juta jika keputusan berlaku sama ada Calon PAS Haji Mohd. Abdul Wahid Endut menang kira-kira 6,000 undi atau jika Wan Farid menang walaupun mijoriti 1 undi.
Ertinya semacam ramai di kalangan pemimpin Umno termasuk pemimpin tertinggi mereka percaya calon BN dalam pilihanraya tersebut akan kalah tidak melebihi 5,000 undi. Jika lebih dari itu mereka bertaruh RM2 juta.
Sementara satu kumpulan lagi bertaruh RM2 juta juga jika Wan Farid menang dengan majoriti walaupun 1 undi.
Kumpulan pemimpin Umno tersebut mempunyai sistem kerja mereka sendiri dan tidak terikat dengan bilik gerakan BN dalam pilihanraya kecil ini. Mereka ada bilik gerakan sendiri yang dirahsiakan tempatnya.
Sumber itu juga menyebut kedudukan kemenangan calon PAS sehingga hari ini masih 60:40 peratus.
Bagaimanapun petugas-petugas Pakatan Rakyat tidak perlu berpuas hati dengan laporan itu kerana taktik kotor dan jahat akan digunakan Umno di saat akhir untuk mempastikan sedaya upaya calon BN menang dalam pilihanraya kecil ini.
BN mahu mengembalikan imejnya yang merudum selepas kalah teruk dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini.
"Petuags Pakatan Rakyat perlu berwaspada dan mengikut arahan pemimpin," kata Ustaz Nasaruddin yang juga Pengarah Pilihanraya P036 Kuala Terengganu.
Iklan Istimewa

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising