Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, January 14, 2009

Wan Farid Tidak Efektif?

Kejayaan Besar Wan Ahmad Farid Wan Salleh selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri ialah mencipta nama jolokan baru kepada negeri Terengganu, sebagai negeri penjenayah selepas gelaran tidak enak sebelum ini terpahat dalam sejarah termasuk Terengganu Negeri Kaya, Rakyat Miskin.
Antara sumbangan timbalan menteri itu ketika berkhidmat dalam Kerajaan Pusat ialah menjadikan negeri Terengganu tersohor sebagai negeri penjenayah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Wan Abdul Muttalib Embong menjelaskan dalam Sidang Medianya di Kuala Ibai, Kuala Terenganu beberapa hari lalu, bahawa ramai dari kalangan penduduk negeri ini yang tidak ada pekerjaan, dikatakan berguru dengan penjenayah untuk mendapatkan ilmu bagaimana melakukan perbuatan menyalahi undang-undang termasuk, pecah rumah, ragut atau samun, peras ugut (Pao), pengedaran dadah dan seumpamanya.
Tujuan untuk menyisihkan gangster itu dari kumpulan masing-masing di negeri Pantai Barat mengundang padah apabila mereka menjadi sifu jenayah kepada penduduk tempatan.
Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob dilaporkan sebagai berkata, kadar jenayah di Terengganu sejak awal tahun 2008 hingga Mei tahun itu mencatatkan peningkatan berbanding tempoh yang sama tahun 2007.
Beliau berkata secara keseluruhannya, kadar jenayah yang melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda meningkat sebanyak 14.9 peratus tahun tersebut.
"Sehingga akhir Mei sahaja, sebanyak 335 kes jenayah kekerasan dan 2,441 kes jenayah membabitkan harta benda dilaporkan berlaku.
"Jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding 2007 iaitu sebanyak 303 kes bagi jenayah kekerasan dan 2,128 bagi harta benda dengan peratus peningkatan masing-masing sebanyak 10.6 peratus dan 14.71 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Terengganu, yang disandangnya kepada SAC II Tuan Sidin Abd Karim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Laporan ini membuktikan peningkatan jenayah berlaku di Terengganu mungkin atas sebab kehadiran penjenayah besar dari Pantai Barat ke Terengganu sebagai pesalah yang dibuang daerah.
Justeru, apa keperluan Wan Farid terhadap kemajuan dan pembangunan negeri Terengganu selepas 'working test' menunjukkan kegagalan beliau menangani kadar jenayah di negeri sendiri.
Persoalan dan isu seperti ini perlu diambil kira oleh pengundi P036 Kuala Terenganu dan penilaian sewajarnya perlu dibuat untuk menolak Wan Farid dalam pilihanraya kecil 17 Januari nanti.
Walaupun pilihanraya tersebut tidak mengubah apa-apa kedudukan sama ada pihak kerajaan atau pembangkang tetapi sekurang-kurangnya pengundi Kuala Terengganu perlu mendapatkan seorang wakil yang berfungsi untuk menyuarakan hasrat sebenar rakyat kawasan itu di Parlimen melalui Pakatan Rakyat bukan melalui Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti sebagai penyumbang besar kepada penambahan kadar jenayah di Terengganu.
Wakil BN tidak akan sekali-kali mendedahkan kelemahan kerajaannya di Parlimen melainkan mempropagandakan kononnya kejayaan demi kejayaan dicapai dari semasa ke semasa sedangkan persoalan sebenar akibat corak pemerintahan yang tidak telus dan lemah telah menghantui rakyat, merujuk kepada peningkatan kadar jenayah tersebut.
Jika semasa 'working test' Wan Farid tidak berupaya memikul tangungjawab sepenuhnya menangani jenayah bagaimana sekarang pengundi harus mempertaruhkan wakil yang tidak efektif itu untuk mewakili mereka di Parlimen?
Pengundi P036 Kuala Terengganu perlu bijak berfikir untuk menilai di manakah intan dan di manakah kaca agar undi yang diberi lebih bermakna dalam politik dengan memilih calon PAS, Haji Mohd. Abdul Wahid Endut.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising