Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, January 13, 2009

12,000 Polis baik kerah perangi gangster Selangor

Tidak ada gunanya begitu ramai polis ditempatkan di kawasan pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu. Adalah lebih baik ia digunakan untuk memerangi kumpulan samseng di Selangor yang kini dilaporkan berjumlah 10,000 orang.
Ikuti laporan dari Utusan Malaysia 10 Januari lalu seperti berikut;

KLANG 10 Jan. - Kira-kira 10,000 individu dikesan menjadi anggota rahsia lapan kumpulan yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah dan gangsterisme di Selangor dengan tujuh daripadanya berpusat di daerah Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan itu dikesan terbabit dalam aktiviti haram termasuk meminta wang perlindungan, peras ugut, rompakan, samun dan pengedaran dadah.


Beliau berkata, pihaknya telah melancarkan operasi khas dikenali Ops Cantas untuk menangkap ketua-ketua kumpulan itu.

''Seramai 16 anggota geng jenayah itu yang dipercayai antara pemimpin utama berjaya ditangkap sejak dua bulan lalu dan dikenakan tahanan mengikut Ordinan Darurat.

''Kita juga mengenal pasti identiti kebanyakan ahli rahsia geng ini. Kita ada dokumen kira-kira 10,000 mereka ini dan kita tahu siapa yang perlu dicari jika berlaku jenayah,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Balai Polis Bukit Tinggi di sini hari ini.

Khalid memberitahu, pihaknya akan menggandakan usaha menjejaki ahli kumpulan itu dengan fokus diberikan kepada daerah Klang.

Pasukan khas yang menjalankan Ops Cantas itu ditubuhkan selepas berlaku beberapa insiden jenayah kejam di Selangor baru-baru ini.


Antaranya, kejadian lapan lelaki bersenjatakan parang menyerang dan menyamun mangsa secara rambang di tepi jalan di Taman Sentosa di sini menyebabkan dua mati dan lima lagi cedera.

Khalid menambah, walaupun banyak kejadian jenayah yang dilaporkan di Selangor, statistik menunjukkan penurunan kepada 57,752 kes atau 1.43 peratus sepanjang tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Kata beliau, kes kecurian motosikal paling tinggi dicatatkan diikuti samun dan pecah rumah.

Iklan Istimewa

http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty

Kelebihan dipihak calon PAS

Ulasan ahli forum dalam satu rancangan sebuah rangkaian televisyen swasta agak positif terhadap calon PAS Haji Mohd. Abdul Wahid Endut, bagaimanapun petugas parti itu tidak seharusnya berpeluk tubuh dan terlalu konfiden dengan kemenangan apabila melihat perkembangan berlaku dalam pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu.

Seorang ahli forum berkenaan mendakwa calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai seorang beridentitikan golongan elit, sementara Haji Mohd Abdul Wahid calon datang dari rakyat dan berjiwa rakyat.

Ini terbukti selama 5 penggal beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam selepas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Mustafa Ali tidak bertanding lagi di situ.

Pengalaman memimpin rakyat sama ada sebagai pembangkang dan sebagai kerajaan memberi kelebihan kepada calon PAS berbanding calon BN yang disifatkan kononnya seolah-olah datang dari kayangan.


Wan Farid tidak pernah bertanding sebelum ini dalam mana-mana pilihanraya. Beliau sebagai peguam pernah membabitkan diri dalam kes petisyen pilihnaraya bagi DUN Bukit Payong dan Tanggol bersama Ketua Hakim Negara sekarang Tan Sri Zaki Tun Azmi.

Saya ditugaskan mengikuti sepenuhnya petisyen pilihanraya berkenaan ketika berkhidmat sebagai wartawan Harakah sekitar tahun 1990-an dan mengikuti perkembangan Wan Farid secara tidak langsung.

Sementara Haji Mohd Abdul Wahid, saya mengenalinya agak lama dan pernah membantu beliau menyediakan ucapan Dewan khususnya berhubung peristiwa perobohan Institut Berakan di Cerong Lanjut, Kuala Terengganu tidak lama dulu.

Sebelum beliau menjadi wakil rakyat saya pernah bekerja dengan beliau. Saya turut mengenali ayah beliau sebagai guru yang baik dan menjadi guru al-Quran saya ketika saya belajar di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu dalam tahun 1973.

Bagaimanapun BN cuba sedaya upaya untuk mencari kelemahan calon PAS termasuk fitnah terbaru mendakwa kononnya Haji Mohd. Abdul Wahid mendakwa
PAS adalah sebuah parti yang tidak produktif.

ADUN Wakaf Mempelam menafikan dakwaan tersebut sambil menyifatkannya ia sengaja diada-adakan sebagai satu fitnah politik terhadap beliau.

Fitnah ini dikatakan disebarkan oleh MCA di kalangan pengundi kaum Tionghua di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Mustafa Ali mengesahkan menerima maklumat itu dalam Sidang Akhbar di Pusat Media PAS Kuala Ibai, semalam dan turut menyifatkannya sebagai satu fitnah terhadap peribadi Haji Mohd. Abdul Wahid.

Ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian awam terhadap isu sebenar berlaku di kawasan pilihanraya tersebut.

Sebagaimana dijelaskan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Haji Wan Abdul Muttalib Embong, bahawa pengundi semua kaum di kawasan pilihan raya itu masih dihantui oleh masalah infrastruktur tidak sempurna, kemiskinan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Kemanakah wang royalti sebelum ini yang diterima berpuluh-puluh tahun dimanfaatkan sehingga masalah sedemikian rupa tidak berupaya diselesaikan BN.
Nah sekarang, parti manakah sebenarnya yang tidak pandai tadbir negeri dan negara? Persoalan dan isu seperti inilah yang mahu disembunyikan dari pengetahuan rakyat agar BN dianggap masih relevan.


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising